Khamis, 29 September 2011

Tacra DIY;Blog Macam Ni La Aku Suka

Semalam aku terpaksa Googlekan solution untuk masalah brek caliper kereta aku yang bergegar.Kereta aku dibeli baru,lepas pakai dua tahun lebih,aku perasan satu bunyi aneh yang tak sepatutnya ada pada kereta baru.Bila lalu jalan yang agak kasar,bunyi gegaran sangat ketara.
Asalnya aku jangkakan sebab hood depan yang dah aku renggangkan sikit sejak dari hari pertama aku beli.Bila brek ditekan sikit,bunyi tu hilang.Satu hari aku buka tayar depan dan aku goyang-goyangkan caliper,terasa agak kurang fit.Mungkin itulah puncanya.
Masalah ni aku ajukan ke member baik aku yang jugak pekerja Perodua.Dah dekat sembilan tahun rasanya dia berkhidmat dengan Perodua.katanya masalah tu memang biasa jadi.Suggestion dia,bawa kereta ke SC dan diorang akan replace dengan unit baru.Masalahnya schedule service aku dengan Perodua SC tak complete.Dah agak lama aku buat servis sendiri.Mana la tau diorang mintak payment,yelah bila dah tampered warranty diorang void terus.
Jalan alternatif,kenalpasti masalah dan cari penyelesaian.

Terjumpa pulak dengan blog http://tacra.blogspot.com .Actually entri untuk masalah caliper Myvi ni sebenarnya tutorial brader ni tentang penukaran brake pad.Tapi dalam ruangan komen ada diberi solution untuk masalah caliper bergegar.
Memang best baca blog brader ni.Apa jugak projek DIY kereta,akan dia muatkan walau yang simple sekalipun.Keep it up bro!
Tengok enjin Mivec kereta Wira dia,memang kemas.Dulu aku pun stadi konon-konon nak jadi pomen,tapi masuk bab wiring,terus bebal.Best jugak jadi pomen,tapi yang tak bestnya Sabtu kerja full day,huhu!Aku ada perancangan untuk buka garaj,tapi bukan untuk berniaga.Just untuk suka-suka,buat DIY.Ada welding set(gas & arka),kompressor,set tool Snap-On(pehh!),chainblock dll...
Seronok baii!Kat kilang aku ni ada kompressor piston kecik yang dah tak pakai sebab ganti dengan screw type.Aku ingat nak beli la,banyak guna gak.Buat painting job pun boleh.Tapi satu je,untuk garaj macam ni,untuk suka-suka boleh la.Aku tak minat kejar masa,nanti kerja cincai.
Ok la,banyak lagi entri brader tu yang aku belum baca,sambung stadi dulu.Ciao!

Arsenal 2-1 Olympiakos,Match 2 Group F Champion League 2011


Jam 2.45 pagi tadi berlangsung perlawanan kedua peringkat kumpulan Champion League antara Arsenal dan Olympiakos di Stadium Emirates berkesudahan 2-1.Arsenal berada di tangga kedua dalam kumpulan F dengan empat mata selepas dua perlawanan.
Gol pertama Arsenal dijaringkan oleh Alex Oxlade-Chamberlain pada minit ke-8 permainan dan pemain pertahanan Andre Santos menambah jaringan pada minit ke-20.Tujuh minit kemudian David Fuster menanduk masuk menewaskan Sczesny untuk gol Olympiakos.
Keadaan tidak berubah sehingga tamat separuh masa pertama.Di separuh masa kedua,tiada gol dihasilkan.Perlawanan seterusnya Arsenal akan bertemu pendahulu kumpulan F,Marseille pada 19 Oktober 2011 di Stadium Stade Velodrome.

Rabu, 28 September 2011

Rumah Papan Expanded Polystyrene

Aku pernah terbaca kat satu forum tentang sebuah jambatan kat Melaka yang menggunakan polystyrene sebagai salah satu material pembinaan.Kecoh jugak la isu tu,ramai yang komplen pasal harga mahal(7 juta kalau tak salah),dan penggunaan polystyrene sebagai material yang kelihatan sangat 'aneh' dimata rakyat Malaysia.Agak banyak pertikaian terutamanya dari segi kekuatan polystyrene sebagai bahan binaan.
Apa sebenarnya polystyrene dan setakat mana penggunaannya selain dari bekas pembungkus maggi goreng mamak?
Salah satu jenama pengeluar insulator,PolarGuard
Polystyrene atau nama sebenarnya EPS,singkatan untuk perkataan Expanded Polystyrene ialah bijian polystrene yang dipanaskan menggunakan stim atau udara panas.Beberapa kaedah digunakan pengeluar untuk mengawal kepadatan dan ketumpatan EPS untuk tugas tertentu.
Kebiasaannya EPS digunakan sebagai bekas makanan atau minuman,soundproofing,dan dalam pembungkusan barangan.Disebabkan ciri-ciri EPS yang tahan lasak,ringan,perintang haba yang baik,kos rendah,dan boleh dikitar semula,penggunaannya menjangkau sehingga ke bidang pembinaan.Di US,adalah normal penggunaan EPS sebagai foundation untuk lebuhraya terutama di kawasan yang tanahnya kurang padat.Lapisan EPS akan disusun kemudian ditutup dengan lapisan getah diikuti selapis tanah dan terakhir barulah turapan bitumen dilakukan.
Antara kegunaan lain EPS yang juga popular adalah sebagai penebat haba untuk rumah-rumah.Di negara empat musim,penebat haba penting untuk mengharungi musim sejuk.Nilai R,iaitu rintangan haba/unit luas yang tinggi menjadikan ianya penebat haba yang baik,samada untuk mengekalkan suhu hangat dalam kediaman ketika musim sejuk,atau menahan haba luar ketika musim panas.Penggunaan pemanas elektrik atau penghawa dingin dapat dikurangkan seterusnya menjimatkan elektrik.
Semakin tinggi nilai R,semakin baik kadar kerintangan haba dan ianya bergantung kepada ketumpatan dan ketebalan  EPS.Contohnya cuaca Malaysia yang panas lembab,penggunaan EPS boleh dipraktikkan dalam pembinaan rumah-rumah kampung.Dinding papan dilapisi dengan kepingan EPS sebelum ditutup dengan kepingan plywood untuk kemasan bahagian dalam rumah.
So,lepas ni jangan terkejut kalau terjumpa polysyrene kat mana-mana tapak pembinaan.Benda ni akan bertambah meluas penggunaannya.Katakan satu hari nanti korang beli rumah,mungkin ada terdapat beberapa bahagian yang menggunakan EPS.Jangan mangkuk jamban pun guna EPS dah la.