Jumaat, 22 Julai 2011

Malaysia 0-1 Chelsea;Bagus Ke?

Perlawanan Asia Tour Chelsea 2011 menentang pasukan Malaysia kendalian Ong Kim Swee berlangsung malam tadi di Stadium Bukit Jalil.Untuk orang yang tak mampu macam aku,duduk je depan TV tengok ASSP HD Live.


Keputusan perlawanan 1-0,gol milik Chelsea hasil sepakan percuma Didier Drogba.
Itupun golnya sedikit kontroversi kerana bola agak kurang jelas kelihatan samada melepasi garisan atau tidak.Keputusan 1-0 kelihatan agak mengagumkan memandangkan pasukan Malaysia menentang Chelsea yang turun dengan majoriti pemain utama.Tapi dari segi kualiti permainan,dua-dua team hancurr...
Disebabkan taktik permainan Malaysia agak 'rambang',pergerakan pemain agak 'unpredictable'.Jadi,pasukan Chelsea kebuntuan idea untuk menghasilkan kenduri gol sebagaimana pasukan Arsenal dan Liverpool yang menentang Malaysia sebelum ini.
Tapi agak mengagumkan,penjaga gol pasukan Malaysia yang kelihatan kurang cergas rupanya beraksi cemerlang menjaga gawang Malaysia.Tahniah!
Sedikit PHAIL dimata aku ialah papan nombor untuk pertukaran pemain kelihatan sangatlah ketinggalan zaman.Rasanya papan digital tu mampu dibuat dengan kos murah kalau betullah ianya tak mampu dibeli.Mungkin boleh minta budak kursus elektronik disekolah Vokasional untuk menciptanya sempena pertandingan Johan Kemahiran.Rasanya taklah susah sangat.

Khamis, 21 Julai 2011

Usahawan Malaysia Beli Kapal 3 Billion Pound

Biar betikk!!

Anonymous sangat dibenci dalam ruangan komen blog.But,how about this anonymous?
Menurut berita Dailymail ,seorang usahawan Malaysia yang anonymous membelanjakan 3 billion pound(RM14.5 billion) untuk membeli sebuah kapal persiaran dihiasi emas dan platinum.



Hampir keseluruhan badan kapal disalut emas dan untuk bilik tidur utama,logam platinum digunakan, dindingnya dihias batu meteorit serta tulang dinosour T-Rex asli.Jumlah keseluruhan logam berharga yang digunakan adalah seberat 100,000kg!
Dinamakan sebagai History Supreme dan merupakan hasil kerja Stuart Hughes,seorang pereka barangan mewah dari Britain.Menurut Stuart,usahawan tu memintanya membuat kapal terbang bersalut emas,tapi berkemungkinan besar projek tu akan gagal.Lalu usahawan tu minta dia buatkan kapal layar.Projek terbesar Stuart ni memakan masa selama tiga  tahun untuk disiapkan.
Siapakah usahawan itu?Ianya masih misteri dan pastinya kapal layar Eclipse milik Roman Abramovich kelihatan seperti sebuah kayak sahaja.Tapi awas,jangan belayar melalui Teluk Aden.This bling-bling yacht absolutely attract pirates!

Rasa Nak Kereta Kedua

Semalam aku nak cerita pasal Toyota Altezza kan?Tapi baik aku mula dulu dengan beberapa kereta mampu milik yang aku rasa berbaloi dimiliki.Kadang-kadang terfikir jugak nak ada kereta kedua untuk dibelai selain kereta untuk ke tempat kerja.
Pertama sekali dalam senarai:

Toyota SEG AE100/AE101

Pasal apa aku minat kereta ni?Sebab banyak ruang untuk dimodifikasi,spare part banyak dan designnya masih relevan walaupun keluarannya bermula tahun 1991.Enjinnya 1.6 4A-FE tapi banyak bebudak muda sumbat 4A-GZE supercharger ataupun enjin Toyota BZR 4 throttle Blacktop/Silvertop.

Spesifikasi:
Enjin 1300&1600cc
Tahun: 1991-1998
Kuasa:115ps(1.6)
Harga:Lingkungan 12-18k untuk standard,dah tukar enjin Blacktop/Silvertop,smoked headlight,bodykit FX harganya sekitar 25-30k

Mazda Lantis 323F

Aku rasa kereta ni comel tapi kalau kena caranya,garang cam Rottweiler jugak.Yang penting owner kena tau nak buat apa.Harga pun mampu milik,design cantik dan ruang modifikasi sentiasa ada untuk orang yang kreatif.Versi yang banyak kat Malaysia 1.6 Auto atau manual.Actually model ni ada version V6 dan jugak Type-R.Model V6 2.0 pakai hub rim 5 lubang,dan versi Type-R menggunakan enjin KF-ZE 2.0 yang menghasilkan 170ps.
Lagi pulak pembuatnya Mazda,satu manufacturer Jepun yang disegani dengan siri Rotary Renesis.Satu lagi ciri unik,tingkapnya frameless,macam Impreza.So,nampak kerek sikit.Heeee!!!

Spesifikasi:
Enjin:1.6,1.8 dan 2.0
Tahun:1994-1998
Kuasa:88hp(1.6),147hp(2.0)
Harga:Rujukan aku kat mudah.my ,harganya sekitar 13-20k untuk versi standard dan paling mahal 38k dah siap convert B8 Turbo.

Toyota Altezza

Gambar dari belakang pun cukup.Siapa tak kenal dengan lampu belakang Altezza yang sangat identikal,sampai banyak manufacturer yang terinsirasi dengan rekaan lampu belakang Altezza ni.Sebuah kereta yang cantik,cukup berkuasa dan yang uniknya kereta ni menggunakan sistem pacuan roda belakang.Agak asing untuk sebuah sedan moden buatan Jepun.
Memandangkan kereta ni berpacuan belakang,nampak gayanya kereta ni jugak bakal jadi rebutan drifter dan tak mustahil harganya akan meningkat semula.Sebelum kereta ni dapat status legend macam Sprinter Trueno AE86,baik beli cepat-cepat.
Walaupun harganya masih mahal(sebab aku tak mampu),faktor yang membuat aku jatuh hati adalah pacuan belakangnya tu la.Sebab bagi aku,pacuan belakang lebih seimbang dari segi agihan tugas.Untuk kereta pacuan depan,bebanan enjin,kawalan stereng,beban memacu dan beban semasa membrek semuanya ditanggung roda depan.Manakala pacuan belakang(FR),tayar depan cuma menampung enjin,kawalan stereng dan jugak beban semasa brek sahaja.Tugas memacu diserahkan ke tayar belakang.

Spesifikasi:
Enjin: 2.0 3S-GE BEAMS VVT-i(dengan kolaborasi Yamaha) model RS200
Tahun:2001-2005
Kuasa:210ps
Harga:harga termurah dalam mudah.com RM58.8k dan yang termahal RM100k(convert to 1JZ turbo engine)
Oh ya,BEAMS bermaksud Breakthrough Engine with Advance Mechanics Systems.