Rabu, 15 Jun 2011

Kambing Biri-Biri Nak Bunuh Diri

Memandai je bagi tajuk,haha!



Apa masalah kambing ni?
Putus cinta?Berhutang dengan ahlong atau mengandung anak luar nikah?
Tuan rumah Claire Walters 38,terdengar bunyi aneh ketika menonton tv dan bila dia ke halaman rumah beliau ternampak sekor kambing biri-biri berkeliaran diatas bumbung rumah beliau.Beliau sendiri hairan bagaimana kambing tersebut berada diatas bumbung,samada dengan terjunan HALO dari pesawat C130 atau perbuatan budak-budak nakal.

Bomba:"Adik kambing,jom la slow talk kat bawah"...
Sheep:"Tak mau!Please leave me alone..wuuuuuu!!"

Bomba:"Saya sibuk ni.Petang kang ada mesyuarat pulak!"

Images & News from dailymail

Facebook Domination Map


Filipina satu-satunya negara yang masih lagi merupakan kubu kuat Friendster tahun 2009


Jun 2010,Friendster terus pupus,huhu!Iran dan Pakistan mula bertukar dari Facebook ke  Cloob,manakala semenanjung Arab bertukar dari Maktoob ke Facebook.


Daripada 17 laman sosial pada tahun 2009,baki yang masih lagi aktif tahun 2011 hanyalah 9 sahaja.Brazil masih lagi setia dengan Orkut,Rusia dengan V Kontakte,Kazakhstan dengan Odnoklassniki,China dengan QZone dan Jepun masih seronok menggunakan Mixi.
Peta ni dihasilkan oleh blogger dari Itali dan pakar jaringan sosial,Vincenzo Cosenza.

Selasa, 14 Jun 2011

Guiness Book of Record Untuk Top Game Character of All Time

Undi telah dijalankan oleh Guiness yang disertai lebih 13,000 gamers untuk memilih karakter game yang paling top sepanjang kewujudan konsol permainan.Keputusannya adalah seperti dibawah.Solid Snake berada di tempat ke-4 untuk kedudukan Top Games Character of All Time.



1.Mario (Donkey Kong,Nintendo,1981)
2.Link (The Legend of Zelda,Nintendo,1986)
3.Master Chief (HALO,Combat Evolved,Microsoft,2001)
4.Solid Snake (Metal Gear,Konami,1987)
5.Cloud Strife (Final Fantasy,Square,1997)
6.PAC-Man(PAC-Man,Namco,1980)
7.Lara Croft (Tomb Raider,Eidos,1996)
8.Gordon Freeman (Half Life,Valve,1998)
9.Kratos (God of War,Sony,2005)
10.Sonic (Sonic the Hedgehog,SEGA,1990


Walaupun Solid Snake tak menduduki tangga pertama dalam senarai,beliau sememangnya legend dalam dunia game.Actually ada 50 senarai karekter,tapi aku malas nak menaip,hee!

Untuk berita penuh,baca kat sini