Selasa, 14 Jun 2011

Pergi Kerja Pakai Sut Iron-Man

Saja nak buat surprise kengkawan ataupun salah tempat nak cosplay,hehe!
Sorang pekerja telekomunikasi di Shanghai China,Wang Kang 25 tahun memakai sut Iron Man buatan sendiri untuk keluar bekerja.


Beliau membina sut Iron Man ni dari EVA foam yang digamkan keatas rangka aluminium.Dia mula membina kostum ni sejak Februari dan membelanjakan $450.Awesome job untuk jumlah modal yang beliau belanjakan.


Hasilnya beliau dipuji oleh bosnya dan yang penting ramai awek-awek jatuh cinta dengan kostum beliau.Kostum Mk1 yang dibina beliau ni seberat 50 kg dan memerlukan masa 10 minit untuk dipakai.Mesti la berat,nama pun baju 'besi',hehe!
Untuk masa akan datang,beliau akan membuat satu lagi sut Iron Man yang lebih ringan berdasarkan sut kedua Iron Man,Mk2.Kostum dia ni kalau pergi cosplay sure win!Kalau judge tak nak bagi win atau berat sebelah(bias kepada awek-awek cosplay yang lebih comel),semburkan saja dengan flamethrower.Turn them to BBQ..

More info,www.dailymail.co.uk

Petanda Awal Kejatuhan Facebook?

Laman sosial memang satu 'wabak' yang kita tak dapat nafikan impaknya cukup besar.Sampaikan aku sendiri hangin dengan kawan-kawan lama aku yang tak dapat dikesan dalam Facebook.Ape la kerja diorang ni sampai akaun Facebook pun takde.
Dah jadi macam satu kewajipan pulak untuk memiliki akaun laman sosial.Dulu handphone,siapa yang tak ada nombor handphone nampak sangat menipu.Sekarang zaman laman sosial.Macam aku sendiri,walaupun jarang log in Facebook,sekurang-kurangnya ada akaun laman sosial.

Image from Dailymail
Akaun laman sosial pertama aku ialah Friendster.Bila Facebook muncul,Friendster nampak membosankan pulak.Tapi lama-kelamaan aku rasa bosan dengan Facebook.Login pun dah jarang-jarang,seminggu dalam dua-tiga kali je.Login pun tak lama,5-10 miniit pun dah cukup.Tapi adakah aku sorang je rasa macam tu?
Nampaknya aku tak berseorangan.Menurut berita dari Dailymail,bulan lepas sahaja lebih 100,000 pengguna Facebook di Britain menyahaktifkan akaun Facebook diorang.Fenomena ni dinamakan 'Facebook fatigue'.
Di US,jumlah pengguna Facebook menyusut dari 155.2 juta kepada 149.4 juta sehingga bulan Mei.Di Kanada,jumlahnya menyusut sehingga 1.5 juta,dan di Russia serta Norway jumlahnya berkurang sebanyak 100,000 akaun.
Puncanya ramai pengguna kat sana risau tentang privasi dan selebihnya cuma bosan dengan akaun masing-masing.Ini faktor kemanusiaan,manusia memang perlukan privasi dan juga akan berasa bosan.Kadang-kadang aku sendiri tak faham dengan orang yang login Facebook berjam-jam.Kalau tengah chat tu takpelah.
Macamana pun pertumbuhan angka pengguna Facebook di negara membangun masih lagi meningkat seperti di Brazil dan Mexico.Sehingga sekarang ada kira-kira 600 juta akaun di seluruh dunia.

Korang pulak macamana?Dah mula rasa bosan dengan Facebook?

Jumaat, 10 Jun 2011

Katak Panah Beracun & Mercedez Concept Unimog


Inilah kenderaan konsep Mercedez yang bernama Concept Design 60 Years Unimog.Rekaannya adalah berinspirasikan katak panah beracun.Bahagian hud depannya mengingatkan aku kepada lori Mercedez lama yang still gagah mengangkut balak sampai sekarang.

ada la rupa cam lori ni sikit ,hehe!



Katak adalah seekor amfibia dan macam tu jugalah tujuan binaan Unimog tadi,mampu beraksi di darat dan air dengan cemerlang.Sejauh mana kecemerlangannya dia air,belum dapat kita pastikan lagi.
Nama Unimog berasal dari perkataan Jerman,UNIversal MOtor Gerat yang bermaksud....mesin.

Images & News from www.dailymail.co.uk