Jumaat, 25 Mac 2011

Jumpa Kepala Gajah Purba

Pekerja binaan janakuasa hidroelektrik di Padre Hurtaldo berhampiran Santiago,Chile menemukan rangka kepala gajah purba mastodon yang dipercayai wujud kira-kira dua juta tahun dulu.
Mastodon bersaiz seperti gajah moden walaupun mempunyai persamaan DNA dengan saudaranya Mammoth.Pada mulanya,pekerja binaan ternampak hujung gading dan terus menggali sehingga terjumpa tengkorak mastodon lengkap.Gadingnya berukuran 4 kaki panjang dan 6 inci lebar.




Gading mastodon terbesar yang pernah ditemui ialah berukuran 16 kaki dan seberat 1 tan.Dijumpai pada Julai 2007 di Milia,timur Athens.

*Informasi dan gambar yang lebih lanjut,di dailymail

Khamis, 24 Mac 2011

Manfaatkan TV High Definition Anda

Aku percaya ramai yang merasakan TV resolusi tinggi (HD) sebagai satu keperluan.Ditambah lagi dengan persaingan sengit pengeluar menjadikan harganya semakin mampu milik dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Minggu lepas je aku sempat survey satu kedai elektrik di Prima Seri Gombak.Saja nak tengok mesin basuh dan berkenan dengan mesin basuh automatik 6.5kg Toshiba.Tentang mesin basuh memang aku mempercayai jenama Toshiba.Mampu berkhidmat sampai reput.Serius!
Sempat juga aku tengok-tengok harga TV LED.Dah jauh murahnya berbanding dulu.Dua tahun lepas aku beli TV LCD jenama LG 32' siri Scarlet.Masa tu harganya sekitar RM2200.Siri Scarlet ni berbeza dari siri lain dalam jenama LG sebab sistem bunyinya ditala oleh Mark Levinson.Remote controllernya boleh disetting untuk berfungsi kat produk elektrik jenama lain.Kat PS2 pun boleh.
Baru-baru ni bila aku survey,nilai RM2200 boleh dapat TV LED Full HD 42'' 100MHz berjenama.Rasa nak jual pulak TV aku ni.Kebanyakan TV HD Ready mempunyai frekuensi 60MHz.Bagi TV Full HD,biasanya 100MHz.Gambar yang terhasil dari TV 100MHz lebih lancar dan smooth pergerakannya.
Bila pakai TV High Definition,dah tentu la mengharapkan gambar yang sharp dan crisp kan?Kenapa bila pasang kat rumah,gambarnya blur tak macam kat kedai?
Ramai yang salah anggap,TV HD tak generate gambar yang jelas dan tajam dengan sendirinya.Ia perlukan sokongan sampingan.Barulah abiliti TV korang akan beroperasi secara maksimum.Antara teknik yang korang boleh cuba:

1.Dapatkan pemain DVD/Blu-Ray yang berjenama baik.Ramai yang suka padankan jenama player DVD dengan jenama TV.Tak kisah la.Biasanya bila sama jenama,boleh share remote.Player Blu-Ray entah berapa harga sekarang.Masa aku beli TV dulu,Blu-Ray player berharga hampir 5k.So,langkah paling bijak,dapatkan Playstation 3.Mampu mainkan game dan Blu-Ray disc,dengan harga RM1199 je.Kalau ada fungsi Progressive Scan,aktifkan fungsi tu.

2.Player DVD/Blu-Ray yang mantap belum cukup lengkap lagi.Langkah seterusnya,dapatkan kabel HDMI atau Component Cable.Macam-macam jenama dan harga.Harga paling mencarut sekali yang aku pernah jumpa,RM1299.Untuk kabel je!Tapi jangan risau,banyak pilihan.Bawah RM100 pun boleh dapat.Sama juga macam Component Cable,pun dalam lingkungan harga tu jugak.Sebab apa harganya macam tu sedangkan ia hanyalah kabel?Sesetengah kabel,HDMI/Component,terdapat salutan Gold 24k pada setiap connector.Sebab tu harganya mahal dan kenapa emas?Emas adalah pengalir elektrik yang terbaik.

3.Ok,TV,player dan kabel dah mantops,kenapa gambar blur lagi?Haaa...kat sini ramai yang tak faham.Adakah korang pasang DVD pasar malam atau tepi jalan dan mengharapkan gambar yang superb?Dah tentu tak mungkin.Secanggih mana pun sistemnya,input yang baik sangat penting.Input yang aku maksudkan tentulah DVDnya.Belilah DVD yang original.Mahal kan?Dalam RM60 untuk setiap filem.Harga Blu-Ray sekitar RM150-160.
Actually aku pun tak beli DVD original,tapi ada tempat aku beli yang menjual DVD baik.Huhuhu!

4.Bagi pelanggan Astro,dapatkan Astro BYond.Dengarnya tak lama lagi Astro akan me'wajib'kan BYond.Nak tak nak,kena tambah ekstra RM20.Amacam?

Isnin, 21 Mac 2011

Malware;Ini Bukan Masalah Muammar Gadaffi!


DAH BEBERAPA HARI WARNING NI KELUAR BILA AKU BUKA BLOG AKU.KATANYA BLOG AKU NI ADA CONTENT DARI BLOG LAIN YANG DISYAKI ADA MALWARE.

WATDEHECKK!

BILA PULAK AKU COPY-COPY BLOG ORANG.RASANYA SEJAK AKU TUKAR DOMAIN KOT??

**SIAPA-SIAPA YANG ADA KEPAKARAN OR IDEA MACAMANA NAK REMOVE 'MALWARE' NI DARI BLOG AKU,PLEASE TINGGALKAN KOMEN.BANTUAN KORANG SEMUA SANGATLAH DIPERLUKAN,HUHUHUHU!!!

Krisis di Libya;Masalah Mereka Atau Masalah Dunia?

Dunia masih lagi bersimpati dengan kejadian tsunami di Jepun yang juga mencetuskan tragedi baru iaitu pencemaran radiasi dari janakuasa nuklear.Kebocoran radiasi bukanlah disebabkan gegaran 8.9 skala Richter dan tsunami semata-mata,tetapi adalah kerana bekalan elektrik yang terputus akibat gegaran.
Ketiadaan bekalan elektrik menyebabkan sistem penyejukan gagal berfungsi.Itulah bencana berganda yang sedang dihadapi Jepun.Terkini,makanan dan bekalan air paip didapati tercemar teruk dengan radiasi dan menambahkan lagi sengsara rakyat Jepun khususnya.


Belum reda dengan masalah negara Jepun,negara Barat menumpukan perhatian kepada masalah dalaman Libya dan mula campurtangan.Konflik beberapa negara Arab sebelum ini merebak ke Libya sehingga berlaku pertempuran antara penyokong Muammar Gadaffi,dan juga rakyat yang mahukan Gadaffi berundur.
Apabila tentera yang setia dengan Gadaffi mula menyerang rakyat Libya yang memberontak,negara Barat yang memerhatikan situasi tegang ini mula mengambil langkah agresif.Berpuluh-puluh kapal perang dan kapal selam yang merapati Libya dari Laut Mediterranean melancarkan ratusan peluru berpandu Tomahawk terbaru yang ditingkat keupayaan untuk menggegarkan bumi Libya.
Itu tidak termasuk peluru berpandu StormShadow yang dilancarkan dari jet-jet Panavia Tornado milik RAF yang berulang alik 4800km dari pengkalan Marham,Norfolk ke Libya.Manakala B2 Spirit stealth bomber berulang alik sejauh 8960km dari US ke Libya.
Tentera SAS pula sudahpun memasuki Libya untuk penandaan sasaran strategik untuk serangan udara seterusnya menggambarkan serangan akan berlanjutan untuk beberapa hari lagi hingga Gadaffi berundur.Dari kekuatan ketenteraan tentera pakatan Barat,memang tidak dinafikan lagi kadar keberkesanan serangannya.

Pakatan Barat menanggung kos yang sangat besar untuk menyerang Libya.Harga sebuah peluru berpandu Tomahawk umpamanya sekitar RM1.454 juta.Sehingga semalam,mereka telahpun melancarkan 124 Tomahawk yang keseluruhannya bernilai RM180.3 juta.
Jika dikira kos-kos lain termasuk kos bahanapi untuk kapal perang,jet pejuang,pesawat pengebom dan pesawat risikan,mungkin nilainya melebihi RM250 juta.Ia cuma telahan saya yang bukanlah pakar dalam menganalisis kos peperangan.

Kenapakah mereka sanggup 'membuang' duit yang banyak menyerang Libya atas alasan melindungi rakyat Libya dari serangan tentera Gadaffi?Kita kembali kepada masalah yang sedang dihadapi Jepun sekarang ini.
Dengan jumlah wang yang sebegitu banyak,alangkah baiknya jika wang tersebut digunakan untuk membantu Jepun.Alangkah baiknya juga 'kepakaran' mereka dalam teknologi dimanfaatkan untuk mengawal situasi merbahaya pencemaran radiasi di Jepun.
Kenapakah sebabnya?Kita sama-sama fikirkan....

*Image from dailymail 

Ahad, 20 Mac 2011

Infografik Serangan Keatas Libya

Negara US,Kanada,Itali,United Kingdom dan Perancis sepakat melancarkan serangan keatas Libya semalam.Serangan dari udara dan laut dilancarkan bertalu-talu keatas bandar Zuwarah,Tripoli,Misratah dan Benghazi.
Jet RAF Tornado melancarkan peluru berpandu krus udara ke-darat,Storm Shadow manakala kapal perang serta kapal selam US dan Britain melancarkan 110 peluru berpandu Tomahawk keatas sasaran di Libya.





*Infografik dari en.rian.ru dan dailymail