Khamis, 18 Mac 2010

Game Playstation2 Favourite aku

1.METAL GEAR SERIES-Walaupun PS3 dah lama keluar,versi slim pun dah ada kat pasaran,tapi bagi aku game2 PS2 masih relevan lagi kalau nak main.Lagipun korang survey sendiri la brape harga Blu ray PS3.Orang cam aku memang tak mampu lagi,hehe!Ni la game Playstation yang paling aku suka dan main berulang-ulang kali.Dari zaman PS1 sampai la yang terakhir dalam platform PS2.Kekuatan game ni terletak pada jalan cerita,sinematografi n banyak la benda2 yang diluar jangkaan.Hideo Kojima memang kreatif dan bagi aku fikiran dia sangat advance.Sape2 yang belum pernah main cuba la mana tau suka kat karektor Snake(David Hayter) yang serius,konon2 malu ngan pempuan(kadang2 pervert jugak) dan terer(hero mestila terer) guna unsur persekitaran untuk menyorok dari musuh.Keseluruhan game memang best,ada selit unsur2 lawak jugak bagi player tak tension.Mission senang,selamatkan tebusan je.Tapi banyak Boss la kena lawan.kalau dapat main dari siri awal Metal Gear Solid:VR Mission lagi bagus.MGS4 je yang belum dapat main,huhuhu...



2.GOD OF WAR-Salah satu sebab aku suka game ni adalah kerana senang nak control player.Nak terbang ke,cantas kepala orang ke,memang senang.grafik cantik,jalan cerita pun padat,in game movie pun HD.God of War 2 ni sambungan yang pertama,Kratos nak kembali ke masa silam untuk bunuh ayah dia,Zeus.Anak derhaka la ni.Haha!jalan cerita panjang tapi x bosan sebab musuh besar2 bagak.Starting game je dah kena lawan patung besar.Ending cerita,Kratos dengan Titan Gaia pegi pulau untuk fight ngan abah dia.Bersambung plak kat PS3,huhuuu..nangis lagi.
                                                       3.WINNING ELEVEN/PES 2010-Sebenarnya aku ni dulu x minat langsung pasal bola ni.Masa memula beli PS1 dulu aku heran tengok ape la yang kengkawan aku gila sangat hadap game bola ni.Sampai xnak main game lain.Habis je final exam,aku bosan dok kat umah.Sesaje la try main game bola.Dulu aku tak tau pun law game bola ni,offside ke,corner kick ke,tau sepakkkk je.Bila dah tau,syok pulak.Agak lama aku jarang2 main,sampai la keluar game 2010 ni.Adik aku lagi terer main,tahap difficulty Superstar pun selamber je tapau.Dia ajar aku,jangan lawan team yang senang.Lawan yang susah je,baru la cepat pandai.Sekarang ni boleh la tahap Top Player punya difficulty.Yang menarik pasal Winning Eleven 2010 ni ada extra league,Champion League.Sebijik intro macam real punya Champion League,lagu latar pun sama.Grafik ok la,GPU PS2 punya level.Dalam banyak2 team,aku paling tak suka team Manchester United,Haha!MU fan jangan marah,:P.

4.MEDAL OF HONOR:VANGUARD-Game perang2 ni gunanya untuk lepas geram,hee!Dalam banyak-banyak siri Medal of Honor,aku paling suka siri Vanguard ni.Senang nak kawal player dan guna senjata.Yang lain aku dah try jugak,tapi x brape teruja la plak.Game ni pun ada jugak kaitan dengan minat aku tentang teknologi senjata dari zaman WWI sampai la sekarang.Kadang2 aku buka wikipedia untuk tengok spec senjata.Tak kira la peluru ke,sniper ke,bom,misil sampai la formulation C4.Memang menarik,macam sejarah senjata paling glamour,AK47.Ada cerita disebalik penciptaan AK47.Asalnya pencipta AK ni marah sangat dengan Nazi,dia pun cipta satu senjata yang lasak,n accuracy tinggi.Kira macam ultimate weapon la kot masa tu.Tapi sekarang banyak militan,puak pemberontak ngan penjenayah yang pakai AK47 ni,sebab simple nak operate.Niat murni pencipta senjata ni nak mempertahankan negara dia dah disalahgunakan.Tapi dalam game ni takde AK,yang paling sedap pakai M1 Garand attach ngan scope.Memang dari awal aku jadi sniper je,haha!Macam Thompson,MP40,StG44 kira ok la nak pakai.Papepun game ni berbaloi.
Banyak lagi game2 PS2 yang menarik cuma aku tak dapat nak cerita semua.Dari segi platform plak,sebenarnya aku terkenang keunikan game2 dalam PS1.Bagi aku game2 dalam PS1 lebih berkualiti dari banyak segi(kecuali grafik).Game2 macam Metal Gear Solid:VR Mission,Dino Crisis 2,Resident Evil 3,Parasite Eve 2 boleh ulang2 banyak kali main.Game2 PS2 ni cam boring sikit la nak repeat main.Contohnya game Onimusha,lepas habis main aku xde feeling nak ulang main semula.Harap2 game dalam PS3 best2 la.Teringin sangat nak main MGS4 ngan Drake Fortune.

Abang Iparku dan 4A-GEnya....

Bagi peminat dunia modifikasi khususnya peminat Toyota,sure korang kenal sangat dengan enjin ni.enjin NA 1600cc yang agak power satu masa dulu.Macam dalam gambar ni versi terakhir yang takde TVIS,tapi lagi power dari versi awal.140hp@ 7200rpm.Dah ok sangat la tu kan...
Kisah abang ipar aku ni pulak,dia dah bosan pakai Satria reput dia agaknya,plan nak sambar sebijik kereta lain.Kebetulan 2-3 hari sebelum raya,kereta dia kena sondol.Hati dah bkobar2 nak balik kampung.Bukak Motor Trader,ada sbijik Toyota Sprinter Hatchback/Cielo dah convert enjin 4A-GE TVIS.
Terus sambar,test kat NKVE.Pehhh!!Memang sedap la kereta ni.Pickup memang best,kejap je nak dapat 180kmj.Tak goyang langsung.Pakai sebulan dua,buat maintenance sikit2 la,ada leaking kat oil sump.Pastu ok dah.
Ujung taun lepas kitorang balik kampung aku kat Lepar Utara 3,Jerantut.ada kenduri arwah bapak aku.Sape pernah sampai sana tau la macamana jalan kat sana.Memang  jauh kampung aku,tapi kalau nak training asas2 mengambil selekoh dengan betul,boleh la cuba2 datang,heee!Sambung balik citer aku.Pagi Sabtu abang ipar aku ni godek2 la pelampung fuel tank dia.ada bocor sbb bau petrol kuat sangat.Try start xmau idup plak.sampai kong bateri.
Panggil pomen kampung,dia check api takde.'distributor rosak ni,beli baru nanti abang pasang',kata pomen dengan konfiden.apelagi,bukak distributor,start kereta kesayangan aku terus hala Jerantut.Gamble jela,aku pun sebenarnya tak pernah nampak kedai halfcut kat Jerantut.Kedai spare part berlambak la.Jenuh gak la pusing2 bandar Jerantut,hampeh.Last2 jumpa gak sebijik kedai halfcut.Barang pun banyak,kot2 la ada.
Tanya budak kerja kat situ,dia jawab'barang Toyota je kita takde,yang lain ada'.Ape daaa...Toyota bukan kereta ke?Budak tu pun suggest kitorang redah Mentakab pulak.
Demi keluarga abang ipar aku,aku pun usahakan jugak la.Naya abang ipar aku,anak dua,akak aku lagi.Cmana nak balik KL.Sampai Mentakab pun sama jugak,memang ada kedai halfcut,tapi biasa2 je.Mana yang high performance??Akhirnya tjumpa gak sbijik kdai kat tepi jalan besar.dari jauh dah nampak halfcut AE86.Haaa...ini yang kena(Pak Maon).Abang ipar aku sibuk2 tanya tauke,aku selak bonet AE101.Geramnya akuuuuuuuuuuu!!!4AGE 20V Silvertop.Rasa nak rembat je distributor elektronik dia,kot2 la ngam ngan enjin abang ipar aku,heee.......Ejas harga ngan tauke,dapat distributor yang sama ngan enjin dia tadi.Tapi kena trade in yang lama,RM280.Bantai jelah,janji kereta jalan.
Pas singgah beli barang kenduri kat pasar malam Bandar Jengka,sampai umah terus pasang.Pun takmau idup jugak,apekehal lagi kereta ni.Godek2 sampai kul 9 malam.aku ni ada la jugak basic2 automotif ni.Dulu blajar kat Polisas.Kepala aku pun dah serabut,badan dah penat,besok plak sambung...
Pepagi Ahad aku bangun awal terus godek kereta,ngan kain pelikat je,haha!Biasa la,pomen amaturrrr..lagipun xboleh bangun lambat,orang kampung dah datang tolong prepare kenduri.Pagi2 dah riuh rumah aku.Jek tayar depan,masuk gear 5,betulkan marking kat crankshaft.Patut la xmau idup timing lari,firing order tah merapu raban.Maklumla buat kerja malam.Marking dah setel,try start tengok.Barula ada gaya2 nak idup.Ejas skit lagi bagi tiptop,dapat gak idup enjinnya.HUH!Lega aku.Selamat la gerak balik KL..
Bebaru ni pulak dia buat hal lagi.crankshaft boleh tanggal kat atas highway LPT.Towing balik Kemaman.Upah repair ngan towing lebih 1k jugak.Dah siap repair,kong lagi sekali masa kat LPT jugak,dekat Chenor.Towing sampai Gombak.Pening kepala abang ipar aku.dah pikir masak2,beli enjin kosong 4AGE cam dalam gambar kat atau tu.RM800 je.murah dari overhaul.Aku cakap kat dia,kalau xsampai ujung taun ni rosak lagi,let go jelah.Bulan ni je aku ingat dah lebih 2k habis.Kalau bagi aku pun takpe,dapat sumbat Advan RS 16' kat keter aku...