Isnin, 29 April 2013

Vios Rota Grid Project

Rasanya ramai boleh perasan sejak akhir-akhir ni rim aloi berbentuk concave(mangkuk) semakin popular.Istilah mudahnya orang panggil rim Rota.Aku pun tak pasti rota ni jenama rim atau nama fesyen rim tu.Rim RO_JA atau keropok ROTA aku tau la.Kebanyakan design adalah design Rays Engineering TE37SL,cuma warna dan offset je meriah sikit.Ada juga pattern jejari lain yang cun,tapi selalunya stok besar-besar  tak ada.Kena rajin ronda banyak kedai.

Sabtu lepas aku temankan adik aku untuk menukar rim standard 15 inci Vios ‘J’ manualnya.Macam biasa,kalau ada kerja-kerja berkaitan kereta ni aku akan mengkontek member sekampung yang menetap di Rawang iaitu EastOne atau lebih femes dengan gelaran Naruto di Perodua Rawang.Kebetulan beliau pun baru balik dari kerja malam,sedang elok la nak diajak merayap.

Masa aku tukar rim Myvi aku dulu,lokasinya adalah kedai tayar Hankook di bandar Rawang,tapi kali ni EastOne mencadangkan sebuah kedai rim yang terletak di Batang Kali.Jaraknya dari Bukit Beruntung lebih kurang 15 minit pemanduan.Lokasinya terletak di kordinat 3,27.663”N,101,39.501”E,nama kedai aku dah lupa.

Perancangan asal ialah untuk mendapatkan rim ADVAN TC III atau SSR SP1R,tapi hasil racunan EastOne yang memberi hujah bahawa trend Rota akan bertahan lama menyebabkan segala kajian pemadanan rim tersebut dengan Vios menjadi lebur begitu sahaja.Sebenarnya aku lebih suka play safe dengan bermain fesyen rim-rim yang evergreen,malang sekali aku sendiri tak dapat menolak keseksian rim TE37 SL 17 inci bukaan lebar 9 inci dengan offset berapa entah.Agak kaw-kaw jugalah kemangkukannya.

 

IMAG0953

Tauke kedai memberikan harga RM1600 siap semua sekali selepas menilai trade in value rim Vios 15 inci asal yang terpasang tayar Bridgestone Potenza.Selepas memilih warna rim,maka kerja-kerja memasang pun berjalan.Sepatutnya pakej yang nak dipasangkan sekali ialah sport spring,tapi tauke kedai cakap nanti sangkut pulak.Kitorang dah macam blur sikit sebab nampak gaya memang jinjang la hasilnya.Lupa nak cakap,rim TE37 SL tadi dipadankan dengan tayar bajet Ingens A1 bersaiz 215/45/17 dengan spesifikasi treadwear 300,traction AA dan temperature A.

Jadi hanya kerja pemasangan rim,balancing,menukar lug nut aluminium Rays+lock nut,dan spring buffer di bahagian belakang sahaja yang dapat dilakukan.Kos yang dileburkan tak banyak,hanya RM1750.Lebih kurang jam 2.30pm baru siap memandangkan customernya agak ramai,dan mesin memasang tayar cuma ada sebijik je.

 

IMAG0960

Balik dari Batang Kali,perut dah mendidih sebab pagi tak sempat breakfast.Apa-apahal isi perut dulu di Bukit Beruntung.Pekan Bukit Beruntung ni ada sedikit kenangan masa aku belum ada kerja tetap sekitar tahun 2004.Dulu aku agak kerap melepak dibilik hostel Perodua EastOne bila ada kelapangan dihujung minggu.Pekan kecik ni menyediakan hiburan seadanya untuk kami enjoice iaitu pilihan makanan yang sedap dan aktiviti snuker hingga ke awal pagi.Itu jelah yang boleh masa tu,Bukit Beruntung mana ada shopping complex.

Selepas perut kenyang,kami me’recce’ sport spring untuk Vios tapi kebanyakannya jauh mahal dari harga di Batang Kali.Harga spring sport di kedai Continental Bukit Beruntung sekitar RM750 belum masuk harga skru camber,sedangkan di Batang Kali cuma RM500.Setelah melakukan sedikit perbincangan,kerja-kerja merendahkan kereta diletakkan pada status ‘on-hold’ untuk mencukupkan bajet membeli adjustable suspension.

Satu job lagi yang belum selesai ialah menukar muffler belakang Vios.Muffler asal berbentuk kompressor peti ais ni sangat berkesan untuk menjimatkan minyak,Myvi pun kalah,tapi nak henjut sampai redline macam ada tersekat sikit,umpama kentut tidak lawas.Muffler Apexi(dah tentu la tak ori punya…) bentuk oval dengan paip kemasukan tidak selari dipilih sebab tak mau bunyi yang bising sangat.Hasilnya sangat memuaskan dan kerja-kerja ni memakan kos sebanyak RM260 termasuk upah pasang.Gambar lepas tukar muffler lupa plak nak snap.

 

IMAG0961

IMAG0962

So far ini je yang sempat dibuat,next time bila bajet dah cukup kasi masuk adjustable suspension dengan bodykit GT Street.Nanti aku ‘belanja’ lagi di lain entri.

 

Gambar tak ada kena mengena:

 

IMAG0954

IMAG0955

IMAG0956

Idaman EastOne tapi takde stok saiz 17

IMAG0958

Hati-hati membeli,jangan nanti kena bahan dengan member-member,haha!

Khamis, 25 April 2013

Drama Korea Yang FAIL!

Agak2 la kalau ye pun berlakon,sampai flip cover handphone pun tak buka.

Isnin, 22 April 2013

Lawak Militari Dari Forumer Indon

Baiklah,aku memang ketinggalan.

 

dari topix.com

 

INDONESIA GAGAL MEMBELI LEOPARD 2A6 KARNA KEKURANGAN ANGGARAN - Topix

 

“Pihak mabes TNI dalam rilis resminya secara jujur akan membatalkan pembelian MBT tercanggih dan termahal di Dunia iaitu MBT Leopard 2A6.

sebelumnya diberitakan bahwa mulai akhir thn 2012 TNI AD akan melakukan pengadaan MBT kelas berat sebanyak 280unit yang bernilai ratusan juta US dollar, namun karna perkekonomian yang main sulit dan alokasi dana sementara utk dipakai memperbaiki infrastruktur warganya, maka pembelian MBT Leopardtercanggih di dunia dibatalkan.
sementara menurut sumber terpecaya, pihak ATM Malaysia akan mengambil alih seluruh pesanan yg gagal dibeli oleh Indonesia, dan Pemerintah Malaysia bersedia membayar kontan 2x libat iaitu senilai USD 2,2milyar, rencananya Leopard tersebut akan digunakan utk menggatikan MBT PT91 Pendekar yang dinilai gagal dan terlalu kuno dan rapuh, disamping itu saat pembelian PT91 juga tidak disertai dengan dukungan amunisi yang memadai sehingga MBT PT91 pendekar hanya akan menjadi sasaran mudah dihancurkan jika berhadapan dengan MBT tercanggih saat ini iaitu leopard 2A6c yg gagal dibeli TNI.
banyak juga pihak military malaysia yang bersukur atas gagalnya pembelianleopard 2A6c oleh TNI pasalnya jika TNI berhasil mendapatkan leopard tsb maka otomatis military malaysia akan kalah setotalnya.
utk mengganti kegagalan tersebut pihak TNI akan lebih mengupayakan pembuatan MBT buatan dalam negeri yang akan mulai diproduksi massal pada pertengahan 2017, menurut sumber produksi MBT lokal MBT tsb akan menargetkan jumlah 1150 Unit.”

 

Waduhhh…enak aja ngobrol ya?

 

Kandungan forum ni aku tak pasti benar atau sekadar troll semata-mata.Bukan main lagi diorang memperkecilkan keupayaan Pendekar besi kita.Perkataan yang aku highlight tu bermaksud penulisnya teringin merasa bontotnya disodomi oleh rod penetrator APFSDS meriam 125mm Konstrukta.Lagi ceritanya yang konon lawak,padahal tak lawak langsung ialah Malaysia pula akan membeli Leopard.Sebenarnya diorang ni sakit punggung sebab masih tak berjaya memakai MBT di rantau Asia Tenggara ni.

Aku pernah tuliskan dalam entri lama tentang hajat Indonesia membeli MBT Leopard,tapi khabarnya tak jadi pulak.Sebelum ni Belanda tak mau jual,lepas tu Indonesia beralih ke Jerman.Tup-tup aku terbaca dalam forum Panggilan Pertiwi,dah batal juga.Begitu juga dengan pembelian lapan unit helikopter tempur Apache.Kos yang terlalu tinggi bakal menjejaskan kantung rupiah Indonesia.

Sebagai ganti,mereka beralih ke helikopter Bell yang dipasang PT Dirgantara.Untuk MBT,aku tak tahu apa calon penggantinya,barangkali MBT dari Republik Congo yang terkenal murah dan sungguh berkuasa petir.MBT power tak dapat beli,Apache tak dapat beli,apa pun tak boleh,huhuhu!

 

award-winning-mini-radio-control-tank-leopard2-a5-nato-camouflage-id2-01-geekymart-500x500

Nah,amik ni buat main bawah rumah.

Misi Gagal Di Jeti Wak Sempuh

Sejak ada set pancing baru ni,semangat nak memancing jadi berkobar-kobar lain macam.Sampai rasa nak ambik cuti pegi memancing.So semalam(Ahad),aku try satu port memancing kat Bagan Lalang.Port ni boleh tahan glemer kot,atas suggestion dari member sekampung.

Maklumat lokasi yang diberi nama Jeti Memancing Wak Sempuh ni aku dapat dari blog jenahakpanggang.Dari entri beliau,tempat memancing ni memang lumayan dengan ikan-ikan gred A.Bacalah sendiri,confirm menggigil joran korang kat rumah,hehehe!

Tepat jam 4.00am,aku dan adik aku bergerak ke lokasi yang terletak di koordinat 2"36"29.67 N / 101"42"09.31 E,berbekalkan burger oblong dan kueh teow sebekas besar,hasil air tangan wife aku yang risaukan suaminya kelaparan.Itu ajelah yang aku bawa selain dua set pancing.Adik aku yang ikut sekali,terpaksa membeli rod baru iaitu rod X-Puyu Legend 9 kaki untuk menggantikan rod AwaShimanya yang patah dan dipadankan dengan kekili AjiKing Airmaxx 5000.

Umpan memang tak dibawa langsung memandangkan dari informasi asal,kat jeti tu ada jual umpan udang hidup dengan harga 0.50sen seekor.Cantiklah,bayaran masuk pun murah,RM4 je,umpan pun senang dapat.

Dalam perjalanan,member aku yang sampai lagi awal bagitau umpan dah habis.Mana mau cari umpan daaa…sampai aku terfikir nak guna daging burger oblong buat umpan.Aku sampai ke Jeti Wak Sempuh jam 5.20am.Umpan pun tak ada nak memancing apa kejadahnya.Aku pun cuba-cuba la tanya kolam pancing berhampiran,kot-kot sudi menjualkan barang lima enam ekor udang hidup.Tapi tak ada rezeki juga sebab stok dia pun sikit,lagipun ada tiga orang tengah memancing kat kolam tu.

 

IMAG0935

Jeti Wak Sempuh jam 7.26am

 

Maka,perkara yang sepatutnya dilakukan adalah tidur dalam kereta menunggu hari cerah.Jam 7.30am,aku meronda pekan Sungai Pelek mencari pasar/mini market untuk mencari udang mati.Agak pelik juga,kat situ pasar/mini market pun cuti.Jam 8.30am,aku bersama adik aku,Toficx Man dan Bob(teka kenapa nama dia Bob) mencari umpan di pasar basah berdekatan pantai Bagan Lalang.Yang ada cuma udang bersaiz L dan XXL,dengan harga sekilo RM32,saiz XXL tak payah tanya.Akhirnya kami beli ikan kembung sekilo.

Disebabkan Bob seorang yang peramah,Bob berjaya mengayat makcik penjual ikan tu untuk memberitau lokasi menjual udang hidup.Bukan sekadar informasi umpan,Bob juga berjaya mendapatkan kotak polistrin bersaiz besar siap dengan ais.

Menurut makcik tu,umpan udang hidup ada dijual dikedai pancing yang terletak bersebelahan 7-Eleven.Kami terus kesana dan membeli udang hidup sebanyak 30 ekor(RM10).Murah punya pasal,rasa macam nak beli RM20.Lega rasanya bila dah ada umpan…

Hampir pukul 9.00 jugakla baru dapat labuhkan umpan.Time macam tu matahari dah mula terang dan membakar kulit,disamping terasa baju basah akibat peluh yang berjejeran.Semangat punya pasal,tahan jugalah demi hobi yang tak berapa nak tegar ni.

Masuk pukul 10.00am,akhirnya tak boleh tahan lagi dah.Bukan setakat panas punya pasal,umpan pun belum digetu ikan.Yang anehnya lagi,air terlalu tenang dengan parasnya kekal sama macam jam 5.30am tadi.Mujur adik aku kreatif,bersebelahan kerusi tempat duduk berbumbung tu ada bunting UITM yang terbiar.Dia gantung buat khemah terus.Baru la selesa nak memancing.Toficx Man and the gang kecuali Bob sedap je aku tengok berbaring atas jeti tengah panas.Kalis haba betul la nelayan part time ni.

 

11.00am……………

 

12.00pm……………

 

Bob dah mula bosan,kengkawan lain dah berbunyi-bunyi nak terjun dalam air sebab tak tahan panas.Yang kelaparan pun ada.Masa ni jeti dah dikunjungi agak ramai orang termasuk yang membawa keluarga sekali.Umpan udang aku dah ditukar ke hirisan ikan kembung,lepas tu pasang udang balik.Keputusannya tetap sama walaupun nampak paras air mula naik tapi dengan sangat perlahan.

Akhirnya jam 12.30pm,aku pun bungkus selepas member aku bagitau pancingan muara ni memang macam tu bila dah masuk tengahari.Ikan tak selera nak menjamah umpan ditambah lagi air baru nak pasang.Beliau berjanji untuk mengaturkan trip gantian ke lokasi khas bulan Mei nanti sebagai ganti.

Disebabkan misi ni misi yang pertama selepas lama memeram pancing,aku terselamat dari bebelan isteri.Next trip wajib kena ada hasil sebagai impression yang baik dan untuk memastikan trip-trip seterusnya mendapat sokongan isteri.

 

Antara beberapa perkara yang aku boleh highlightkan dalam misi ni sebagai pengajaran ialah:

 

1.Waktu pasang dan surut air juga wajib diambilkira selain dari memilih hari yang baik iaitu dua hari sebelum dan dua hari selepas air mati.

2.Jangan mengharapkan udang di Jeti Wak Sempuh,beli udang hidup dan udang pasar sebagai backup.

3.Walaupun tempat tu buka 24 jam dan ada kedai makan,kedainya tak buka 24 jam ya.Sila bawa bekalan makanan.

4.Lokasi ni sememangnya jeti,maka banyak bot yang keluar masuk.Kekadang aku tengok driver bot macam saja-saja je lalu rapat dengan tempat orang lontar umpan.Aku suspek kekerapan bot lalu tu menyebabkan ikan lari.(alasan tipikal orang tak pandai mancing,haha!)

 

Bayaran RM4 untuk sebatang joran tidak dikenakan sebab aku tengok kaunternya tutup.Kesimpulannya hari tu tak ada rezeki dengan keadaan air yang tidak mengizinkan.Maybe aku tak pandai memancing sebab tu tak dapat ikan,tapi orang lain pun aku tengok membangau jugak,hehehe!

Nama lain untuk keadaan ini ialah “kumpau”,hampir menyamai tajuk sebuah filem parodi lawak Amerika tahun 2002 lakonan Steve Oedekerk iaitu Kung Pow.Bezanya filem tu dipenuhi lawak bangang parodi filem Hong Kong,manakala kumpau bukanlah satu perkara lawak.Kebarangkalian untuk menjadi bahan ketawa kawan-kawan sangat tinggi.

Jumaat, 19 April 2013

Beli Atau Buat Sendiri?

Mengapa hampir kesemua kelengkapan ketenteraan negara kita dibeli dari luar?

Mengapa Malaysia tidak membuat sendiri kelengkapan ketenteraannya?

 

T90

Russian T90

 

Ini antara persoalan yang timbul bila kita melihat sesuatu produk militari buatan negara luar.Tak perlu rujuk negara-negara pembuat senjata seperti Amerika dan Russia,kita tengok sahaja negara Indonesia dengan PT Pindad.Ataupun lebih kecil lagi,industri pembuatan senjata api di Filipina.Kenapa Malaysia selesa untuk membeli sahaja,dan tidak menghasilkan aset sendiri dengan serius serta berskala besar?

Sebenarnya kita juga ada menghasilkan aset-aset dan kelengkapan ketenteraan kita sendiri,cuma ianya tidak begitu diketahui/tidak diambil peduli orang awam.Tetapi sekiranya melibatkan aset-aset berat/kritikal,belum masanya untuk Malaysia menuju kearah itu.

Jadi,apa halangan utama dalam penghasilan aset ketenteraan sendiri?

 

1.Kos

2.Kepakaran

3.Vendor

4.Pasaran

 

Kita ambil contoh pada penghasilan kereta kebal utama.

 

Kos

-Sebelum mengetahui berapa besar kos menghasilkan sebuah MBT(kereta kebal utama),ada baiknya kita tahu kos R&D Proton Gen2.Kos yang terlibat dari awal proses rekabentuk sehingga memasuki fasa pengeluaran ialah RM500 juta.Dan adakah semuanya dihasilkan didalam kilang Proton?Tidak,ianya memerlukan sokongan ratusan vendor untuk menghasilkan komponen-komponen kecil yang akhirnya disatukan menjadi sebuah kereta.

Berbalik kepada pembuatan MBT yang kompleks dengan sistem persenjataan,perisai aktif,enjin berkuasa,pelbagai sensor dan sistem komunikasi,berapakan kos R&D yang diperlukan agaknya?Belasan bilion?

Malaysia membayar sebanyak USD368 juta kepada Bumar Labedy untuk 48 unit MBT PT91-M Pendekar +14 unit kenderaan sokongan dimana kos seunit lebih kurang USD7.67 juta(RM22.78 juta).Jelas disini membeli adalah lebih menguntungkan berbanding membuat R&D yang mana hasilnya belum jelas samada berjaya atau gagal.

 

Kepakaran

-Pakar dalam bidang seperti ini adalah bermaksud seseorang yang tahu dengan mendalam,banyak pengalaman,dan tahu menjangka keadaan yang bagaimana untuk sesuatu yang dibinanya itu mampu bertahan.Dalam masa yang sama,perlu kekal dalam bajet yang diperuntukkan.Jangkaannya juga wajib mengambilkira perjalanan masa projek dan perkembangan sistem persenjataan masa akan datang.

Untuk satu industri yang sememangnya baru,barangkali R&D akan memakan masa sekurang-kurangnya 8-10 tahun.Jadi,persoalannya adakan kita mempunyai pakar-pakar seperti itu?

 

Vendor

-Membuat sebuah kereta memerlukan pembekal komponen plastik,kerusi,sistem brek,elektronik dan macam-macam lagi.Apatah lagi komponen-komponen sebuah MBT.Adakah kita ada vendor yang mampu menawarkan meriam,sistem pandang malam,enjin,sistem kawalan tembakan,dan pelbagai jenis sensor?Jawapannya memang tak ada.Ok lah,kita beli dari luar saja.So,apa yang buatan tempatannya kalau semua kita beli dan pasang sahaja?

 

Pasaran

-Katakanlah kita berjaya juga menghasilkan sebuah MBT buatan tempatan sepenuhnya yang diberi nama TBM1-Pahlawan(contoh) yang dihasilkan oleh syarikat Ahmad Defence System.Selepas belasan bilion dihabiskan untuk menghasilkan MBT pertama,berapa unitkah yang perlu dijual untuk mendapatkan keuntungan?Katakan kerajaan Malaysia membeli sebanyak 50 unit dengan harga RM20 juta seunit,syarikat Ahmad Defence System hanya mendapat RM1 bilion.

Kenapa 50 unit sahaja,bukan 200-300 unit?

Sebelum PT91-M terpilih,Malaysia pernah dioffer MBT K1M buatan Korea Selatan tetapi ditolak kerana jumlah ditawarkan terlalu banyak iaitu 210 unit.Rupabentuk mukabumi Malaysia yang agak ekstrim tidak mengizinkan keberkesanan peperangan MBT yang banyak.

Memandangkan Malaysia hanya mahu 50 unit MBT TBM1-Pahlawan,maka syarikat Ahmad Defence System terpaksa meneroka pasaran luar.Agak-agak MBT TBM1-Pahlawan mampu tak bersaing kontrak dengan MBT Leopard,Abrams,T90,Leclerc,dan lain-lain model yang dihasilkan oleh syarikat berpengalaman dan sudahpun terbukti keberkesanannya?

 

So,berdasarkan beberapa kekangan diatas,adalah lebih baik Malaysia menjadi pembeli sahaja.Penerangan ini adalah berdasarkan pengetahuan cetek aku sahaja,maka ianya dibuat dengan seberapa ringkas tanpa menyentuh aspek-aspek sains,hukum fizik mahupun kajian doktrin peperangan.

Kalau masih tak faham,boleh bawak berbincang…