Sabtu, 25 Mei 2013
Mengenal Asas Sistem Penyaman Udara Kereta
Gambarajah diatas aku rembat dari Google je dan aku rasa gambarajahnya menunjukkan sistem asas A/C dengan baik,lengkap dengan warna gas bertekanan tinggi dan juga rendah.
Sebelum tu elok kita mula dulu dengan mengenali gas A/C yang digunapakai kebanyakan kereta iaitu R-134a.
R-134a
-merupakan sejenis gas pendingin dimana sifat gas pendingin akan menyerap haba dengan banyak semasa mengembang.Gas ini akan bergerak ke seluruh sistem untuk membawa keluar haba dari kabin kereta.Ianya akan berada dalam bentuk cecair selepas menyingkirkan haba dan bertukar menjadi gas sebelum dimampatkan semula oleh kompressor.
Komponen asas sistem A/C
1.Kompressor
-Tugasnya adalah memampatkan gas R-134a dan menghantarkannya ke kondenser.Seperti yang kita faham dari namanya sendiri iaitu kompressor,didalamnya ada piston(omboh) yang akan bergerak sepanjang masa selagi sistem A/C dihidupkan.Bila ada komponen bergerak,maka wajib ada sistem pelinciran untuk mengelakkan kehausan pada omboh tadi.Sebab itu sangat penting untuk memastikan pelinciran didalam kompressor sentiasa berkeadaan baik.
2.Kondenser
-Kondenser berbentuk seperti radiator kecil yang berperanan menyingkirkan haba daripada gas R-134a dengan dibantu sebuah kipas dan juga udara dari luar semasa kenderaan bergerak.Gas yang telah dimampatkan oleh kompressor tadi masih lagi berbentuk gas cuma ianya bertekanan tinggi dan panas.Selepas melalui tiub-tiub halus pada kondenser,haba disingkirkan oleh udara yang bergerak melalui tiub dan sirip halus pada kondenser.
Sepertimana air yang menjadi stim ketika panas,ia akan bertukar menjadi cecair semula setelah disejukkan (condensation/kondensasi).
3.Drier
-Berperanan menyerap/mengasingkan air dari bendalir penyejuk R-134a.Didalamnya terdapat bahan dessicant(seperti paket penyerap air dalam kotak kasut baru),yang akan menyerap air.Kenapa perlu memastikan air tidak bercampur dengan bahan penyejuk akan diceritakan sekejap lagi.
4.Expansion valve
-Dalam bahasa Melayunya ialah injap pengembangan.Ia berperanan mengawal aliran bendalir sebelum memasuki cooling coil.Bendalir penyejuk yang berkeadaan cecair dan bertekanan tinggi tadi akan dilepaskan sedikit demi sedikit mengikut pelarasan suhu yang kita buat dari dalam kabin.Bendalir penyejuk akan melepasi injap pengembangan dan bertukar menjadi gas.Suhunya sekitar 0 darjah Celcius.Sebab itulah kita tidak mahu ada sebarang unsur air bercampur dengan gas penyejuk untuk mengelakkan sistem tersumbat akibat pembentukan ais didalam paip sistem A/C.
5.Cooling coil/evaporator
-Apabila bendalir penyejuk bertukar menjadi gas selepas melalui injap pengembangan,ia akan memasuki cooling coil/evaporator yang berbentuk seperti radiator juga.Gas ini akan menyerap haba dengan banyak dan menghasilkan udara diluar cooling coil sejuk.Seterusnya blower(penghembus) menolak udara sejuk tadi ke ruang kabin.Manakala gas penyejuk bergerak semula ke pemampat dan membawa bersama haba yang diserap dari dalam kabin tadi.
Proses ini berulang semula selagi kita memerlukan udara nyaman ketika memandu dalam cuaca Khatulistiwa Malaysia ini.
Dengan memahami fungsi asas setiap komponen sistem A/C,sepatutnya kita dapat menjangka bahagian mana yang gagal berfungsi berdasarkan simptom-simptom yang kita alami semasa A/C kita rosak.
1.Gas habis.Puncanya mudah.Ada bahagian yang bocor.Tapi kenapa ianya bocor?Barangkali berlaku penyumbatan yang menghalang kelancaran aliran gas akibat pembentukan ais dan seterusnya menyebabkan tekanan sistem A/C terlalu tinggi.Boleh jadi juga kondenser bocor akibat terkena lentingan batu.Kebocoran juga dapat dikesan melalui kehadiran kesan seakan berminyak pada vent air cond di dashboard.
2.A/C sekejap sejuk,sekejap panas.Kebiasaannya bila masalah ini berlaku,udara yang keluar dari vent air cond terasa panas semasa kenderaan berhenti dan sejuk semula ketika dipandu.Puncanya adalah kipas kondenser yang rosak.Gas penyejuk tidak dapat kembali kepada bentuk cecair dan seterusnya gagal menyerap haba semasa memasuki cooling coil.
3.A/C sejuk tapi ada bunyi kasar semasa suis A/C diONkan.Ini petanda kerosakan pada bearing kompressor atau minyak kompressor telah kering.Sekiranya pasti bearingnya rosak,ia boleh ditukar tanpa perlu menukar seunit kompressor baru.Jika minyak kompressor kering,terpaksalah ditukar baru kerana ada kebarangkalian sistem dalaman kompressor telah rosak teruk.
4.Udara tidak sejuk dan rpm enjin tinggi bila suis A/C ON.Ini bermakna magnet klac pada kompressor tidak berfungsi.Kompressor memerlukan tenaga yang agak banyak untuk digerakkan,sebab itu pembuat kereta mencipta sistem dimana enjin akan sedikit mengerang jika memacu kompressor untuk mengelakkan enjin mati andai A/C dibuka semasa enjin idle(melahu).
Itulah sedikit sebanyak yang dapat aku tuliskan berkenaan sistem air conditioning kereta.Mungkin ada yang tidak tepat dan harap ada yang sudi memperbetulkan mana-mana kesalahan dalam penulisan diatas.Tujuanya untuk memudahkan pengguna memeriksa dahulu kereta masing-masing sekiranya berlaku ketidaknormalan sebelum terus menghantar ke bengkel.Tak ada siapa yang suka kena tipu kan…Aku akan cuba update dari masa ke semasa sekiranya terjumpa apa-apa yang boleh dikongsi lagi.
Jumaat, 24 Mei 2013
Air Cond Myvi Dah Elok,Tapi...
Harga sebenar benda ni RM60 jerrr! |
*Aku harap pembaca-pembaca yang ingin berkongsi masalah dapat terus emelkan ke faizalrsd@gmail.Insya Allah aku akan respon dengan segera.Banyak boleh diceritakan kat situ.Sebenarnya aku rasa agak terkilan bila dapat tau ramai yang hadapi masalah macam aku,lebih buruk lagi dapat mekanik yang teruk.I wish i can help but i'm not Superman...
Cuba fahami asas sistem penyaman udara kenderaan kat sini.Moga-moga masalah dapat dikesan dan diperbaiki seperti yang sepatutnya...
Khamis, 23 Mei 2013
Best Juga Suzuki Belang 150R Ni
Enjin | Empat lejang sejukan udara,DOHC 4 valve |
Isipadu enjin | 147cc |
Karburetor | MIKUNI BS26SS |
Transmisi | 6 kelajuan |
Kuasa | 16.5ps @ 8500rpm/12.76Nm @ 8500rpm |
Tangki | 4.9 liter |
Berat | 108kg |
First time duduk atas seat Belang ni mengingatkan aku zaman mula-mula belajar bawa motor dulu,masa tu aku darjah lima.Motorsikal yang pertama aku bawa ialah Honda Hurricane.Best gila Honda Hurricane tu,bebudak la ni mana nak merasa dah mesin lama-lama ni.Dah pupus.
Lepas duduk atas seat baru aku belek sikit-sikit motor Belang ni.Masalahnya waktu malam,nampak pun tak berapa nak terang.Suzuki memilih sistem sejukan udara yang dibantu sistem penyejukan pelincir(oil cooler).Lagi aku perasan tempat filter minyak enjin.Yang lain macam biasalah,info dari Google pun boleh dapat.Disc brek depan belakang,rear monoshock dan juga ekzos yang nampak stailo la jugak.Macam pakai ekzos aftermarket.
Apa lagi yang best ya…haaa…meter dia memang best,kombinasi takometer analog dan juga speedometer digital beserta pilihan mod enjin samada normal, ECO atau PWR.Dari segi fizikal agak garang juga kalau ditenung lama-lama,cuma taste aku mungkin dipengaruhi rekabentuk Yamaha yang bersudut tajam.Satu je yang agak merisaukan,tangki bahanapi cuma menampung 4.9 liter untuk memberi ‘minum’ enjin sebesar 150cc.
Ok,aspek fizikal dan teknikal aku dah sentuh sikit,sekarang sesi ujipandu.Menghidupkan enjin Suzuki Belang ni memerlukan penunggang menarik klac sepenuhnya sebelum menekan butang starter.Macam Vios pulak.Pada pendengaran aku,bunyi enjin Belang sedikit kasar,sebab bunyi-bunyian mekanikalnya tidak diredam oleh water jacket sepertimana LC135.Ditambah lagi dengan bunyi ekzos standardnya yang agak garang pada standard keluaran kilang.
Tapi tak apa,semua tu tak penting.Yang penting macamana rasa tork enjinnya.Respon enjin ringan,pickup cukup kuat dan khabarnya ada lampu shift light untuk mengingatkan penunggang sekiranya enjin over rev.Aku tak adalah try sampai redline,motor tu pun baru je keluar kedai.Dah habis pantang nanti baru boleh test kelajuan maksimum.
So,itu sajalah yang dapat aku tuliskan berkenaan Suzuki Belang 150R.Barang Suzuki ni bukanlah tak bagus,tapi tak taulah kenapa amat kurang orang pakai.Nisbah Belang vs Yamaha 135LC diatas jalanraya agaknya 1:70.Ada yang cakap secondhand valuenya tak setinggi Yamaha.Of coz la tak tinggi sebab demand tak banyak.Pasal apa demand tak banyak?Puncanya adalah kerana sentimen dan cerita-cerita tahyul,padahal pakai Suzuki pun mungkin tak pernah.Cepat sangat percaya cerita orang.
Oklah,cerita banyak tak guna.Straight to the point.Siapa nak beli Honda Wave 125S aku,tahun 2007,kondisi nak runtuh.Aku bukak harga RM2,500 boleh negosiasi.Kalau takde orang nak beli,aku pakai sampai reput.Hahahaha!
*Suzuki Belang yang aku ujitunggang tu dah pun dipakaikan tunable CDI dari REXTOR.Dalam entri pasal LC135 dulu,ada komentator yang mengatakan cut-off engine ni hanya marketing strategy semata-mata.Untuk makluman,Suzuki Belang yang telahpun diuji tu limit rpm sekitar 11,000.Selepas memakai CDI REXTOR,rpm tiada had lagi.Jarum sampai kebawah pun boleh.
Bagaimanapun kombinasi sprocket memainkan peranan penting.Pernah Suzuki Belang diatas dipakaikan sprocket 38,akibatnya top end torque terjejas teruk.Masuk je gear enam,langsung tak ada daya kilas.Top speed boleh pergi cuma hampir-hampir 120kmj dengan badan P.Ramlee aku.
Rupa-rupanya Suzuki Belang ni tak mau sprocket kecik,dia nak sprocket 42 juga sebab dah ada gear 6 sebagai overdrive.
Rabu, 22 Mei 2013
Bacalah Kalau Sudi Nak Faham…
*Andainya penulisan aku ni dibaca golongan profesional dan berpendidikan tinggi,harap maaf sebab penulisan ini hanya berdasarkan dari pandangan peribadi aku,niat aku cuma untuk kita sama-sama mencari jawapan yang terbaik.Pendidikan percuma,adakah ianya akan berhasil seperti yang kita harapkan?
Ini isu lama,tapi aku terasa nak ulas pulak.
Hari ni aku terbaca satu artikel bertajuk 'mengapa kerajaan wajar biayai pendidikan tinggi',hasil penulisan Anas Alam Faizli dalam laman web freemalaysiatoday.Latar belakang beliau hebat juga,tapi yang paling penting artikel beliau sangat menarik dan tidak sedikit pun mengaitkannya dengan sebarang isu-isu politik.Rumusan dari apa yang disampaikan beliau aku boleh katakan begini;pendidikan tinggi percuma akan memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia ke aras yang jauh lebih baik.
Aku bersetuju dengan apa yang diperkatakan beliau,cuma ada beberapa isu yang perlu diambilkira.Apa yang bakal aku perkatakan bukanlah untuk memperdebatkan isu pendidikan percuma ni.Aku cuma nak memberi sedikit ruang untuk kita semua terokai perspektif ekonomi dari sudut pekerjaan bukan profesional.Maksud aku,sumbangan kepada sektor perindustrian oleh golongan pendidikan pertengahan dan rendah macam aku ni.
Mula-mula kita fahami dulu apa matlamat pendididikan tinggi percuma ni,tak lain tak bukan ialah untuk memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk mendapat pendidikan yang bukan sahaja baik,tetapi memenuhi keperluan pasaran pekerjaan.Tetapi adakah ruang yang diberikan itu(jika dilaksanakan),mampu menghasilkan lebih ramai graduan berkualiti?
Pendidikan di Malaysia secara umumnya bermula dari sekolah rendah dan seterusnya ke peringkat menengah.
Zaman aku bersekolah dulu,setiap tahun pelajar mesti membayar yuran sekolah dan yuran peperiksaan.Sekarang ni rasanya dah tak ada yuran sekolah,yuran peperiksaan aku tak pasti.Boleh dikatakan hampir semua rakyat Malaysia mampu menghantar anak ke sekolah,dan menamatkan persekolahan sehingga ke peringkat SPM.Mungkin ada yang keciciran ke sekolah,tapi peratusannya tidaklah begitu besar.
Sebagai contoh,statistik SPM 2012 menunjukkan 15,793 daripada 472,541 calon mendapat semua 'A'.Maksudnya hanya 3.342% termasuk dalam golongan cemerlang akademik,hasil dari pendidikan yang tak mahal langsung itu.
Bermakna bakinya 96.658% akan menyambung pengajian di bidang kemahiran,atau lebih malang lagi ada yang terhenti setakat itu sahaja.Persoalan aku satu saja,kenapa pendidikan sekolah rendah dan menengah yang tak mahal itu masih belum mampu menghasilkan pelajar cemerlang akademik sekurang-kurangnya 50%?Dimana silapnya ya?
Ianya bukan soal percuma,ia lebih kepada soal mampu/layak.Mampukah semua pelajar-pelajar kita menerima cabaran pendidikan peringkat tinggi?Aku nak cerita subjek pengajian level ijazah ni aku tak tahu,so aku bagi contoh tahap diploma sahaja.Masa aku mengaji part time dulu,semuanya sudah bekerjaya dan mampu membayar yuran pengajian.Tapi segelintir saja yang mampu menghadam subjek Termodinamik dan Kajidaya Bahan.Pasal apa?
Sebab sudah lumrah manusia,ada yang bijak dan ada yang tak berapa pandai.Bukan di Malaysia saja macam itu,orang putih pun ramai juga yang bodoh.Disebabkan mereka speaking Inggeris itu saja yang membuatkan mereka nampak educated walaupun sebenarnya sekolah pun tak habis.
Berbalik kepada topik pelaburan kerajaan dalam pendidikan tinggi percuma untuk menjanakan ekonomi Malaysia.
Negara manakah yang mempunyai kekuatan ekonomi buat masa ini?Amerika?China?Jepun?Kebelakangan ini ekonomi China semakin kuat,tapi kita sedar tak apa yang berlaku disebalik pertumbuhan rancak ekonomi China?Jawapannya adalah kos buruh yang sangat rendah.Menurut adik aku yang pernah bekerja di China,operator disana berpendapatan RM400(800 yuan) gaji asas sebulan.Disebabkan kos buruh yang murah dan ramai inilah mereka dapat membuat produk dengan murah dan berskala besar.Bukan itu saja,kos buruh rendah juga menarik minat pelabur untuk melabur di negara berkenaan.Adakah buruh-buruh disana berpendidikan tinggi percuma?Jurang pendidikan antara lapisan bawahan dan profesional tetap akan wujud sebab ianya sebahagian dari keperluan industri.
Asas industri iaitu tunjang ekonomi ni senang saja.Ada pekerja profesional peringkat pengurusan dan ada pekerja bawahan.Dari mana datang sumber pekerja bawahan?Sudah tentu dari golongan berpendidikan rendah dan sederhana.Mahukah graduan Ijazah Kejuruteraan Kimia bekerja melipat kotak,memasang komponen enjin kereta ataupun bermandi peluh menurap jalanraya?Mungkin mereka mahu,tapi berapa gaji nak dibayar agaknya.6k?8k?
Itulah yang aku tak berapa nak faham matlamat sebenar pendidikan tinggi percuma.Samada untuk membolehkan lebih ramai pelajar mendapat pendidikan tinggi atau meramaikan lagi jumlah graduan.Atau hanya benar-benar mahu membantu golongan 3.342% tadi menamatkan pengajian tanpa dibelenggu hutang?Sekiranya peratusan kecil itu saja yang dibantu dengan pendidikan tinggi percuma,ianya patut dinamakan skim pendidikan percuma untuk pelajar layak ke universiti sahaja.Baki selebihnya dibiarkan terkontang-kanting mencari bekal untuk menempuh alam realiti kehidupan yang tiada belas kasihan ini..
Matlamat perlu jelas,golongan mana yang menjadi sasaran untuk pelaburan pendidikan jangkamasa panjang.Aku cuma faham macam ni sebab aku sekolah tak tinggi.Pendidikan tinggi percuma barangkali untuk meramaikan lagi graduan atau lebih tepat lagi masyarakat masa hadapan yang lebih bijak.Kuantiti graduan atau kualiti graduan.Aku rasa pendidikan tinggi percuma tak akan dapat dinikmati golongan majoriti,itu saja.Pendidikan tinggi percuma tak melayakkan semua orang menamatkan pengajian dengan cemerlang.Kita kena terima realiti ni.Sekalipun pendidikan itu percuma,kos kehidupan tidak percuma.
Aku bagi contoh masa aku belajar di politeknik dulu.Yuran tak mahal,lebih kurang RM350 satu semester kalau tak salah.Tapi kos hidup macamana?Rumah sewa,minyak motor,makan,dsb.Yuran je free tapi kos lain tu yang penting juga.Dulu aku belajar dalam keadaan serba-serbi tak cukup.Walaupun yuran berbayar,bila putus duit belanja je moral dah drop.Nak buat assignment pun susah.Kesudahannya result exam final aku sekadar bolehlah nak hidup.Aku tak rasa yuran free akan membantu moral nak mengaji tu akan meningkat.Orang risau hutang belajar berpuluh-puluh ribu ya?Then belajarlah rajin-rajin,loan akan diconvert menjadi biasiswa.Betul,tak ramai langsung yang boleh sampai tahap macam tu.Tapi dari sudut positifnya,ia merangsang kita untuk belajar dan tamat pengajian dengan cemerlang.Bukan setakat cukup-cukup makan dan tiada hutang saja.
Mungkin pendidikan percuma yang dicadangkan dapat membantu dari segi yuran pengajian.Tapi kena ingat,living cost tanggung sendiri,okeh?Keluarga miskin macamana?
Selepas aku tulis panjang lebar ni,agak-agak dapat tak dikaitkan hubungan antara pendidikan tinggi percuma dan pertumbuhan ekonomi negara?Jom fikir….
Masalah Air Cond Myvi Aku
Sabtu lepas wife aku call masa dia dalam perjalanan balik kerja,dia mengadu kenapa air cond kereta ni panas?Aku jawab le,cuaca memang panas sekarang ni,cuba adjust temperature controller tu bagi tinggi sikit(supaya lebih sejuk).Dah jadi kebiasaan aku,sejak beli kereta bulan Julai 2009 sampai sekarang,temperature controller air cond kereta aku memang tak pernah dipulas sampai penuh.Paling tinggi pun dalam 45% je,itu pun dah memadai.Kalau waktu memandunya malam,boleh dikatakan tak perlu langsung adjust temperature knob tu.Blower speed letak nombor dua pun dah rasa macam nak kebas kesejukan.
Lagipun ada baiknya kompressor air cond kereta tak dipaksa bekerja keras,mudah-mudahan tahan sampai reput,heee!Sesekali bila memandu malam,air cond tak dibuka langsung.Bagi dia rehat sikit,minyak pun boleh jimat.
Tapi apakan daya,bila dah sampai masa nak rosak,dia tetap rosak.Mileage pun dah cecah 120,000km.Petang Sabtu tu aku pun saja-saja la nak drive kereta pergi kedai beli barang dapur sikit.Bila ON air cond,”eh,kenapa lama sangat nak rasa sejuk ni?”Aku tunggu lagi seminit dua……
Confirm memang air cond dah tak sejuk langsung.Gas habis ke?
Kenapa tiba-tiba je jadi tak sejuk?
Nama pun kereta sendiri,aku perasan ada sikit behaviour yang aneh masa aku ONkan suis air cond.Selalunya RPM akan berada sekitar 900-1000 rpm ketika idle.Bila suis A/C di ON kan,rpm akan melonjak sikit,itupun tak lama,tak sampai satu second pun dan rpm tetap maintain pada bacaan 900-1000.
Tapi kali ni lain,bila suis A/C di ON kan,rpm melonjak sampai 1700 dan ambil masa agak lama untuk turun semula ke paras idle sebenar.So,jangkaan pertama aku kompressor tak jalan.Sebabnya enjin ringan macam tak ada load kompressor walaupun enjin dah ready dengan rpm tinggi untuk terima beban kompressor.Dalam istilah mekaniknya,magnet klac kompressor tak enggaged bila suis ON.
Persoalannya,kenapa tak enggaged?Maka aku pun gunakan skil paling asas iaitu memeriksa fius.Kemudian baru aku perasan,dimana letaknya fius air cond?Myvi ada dua kotak fius,satu di ruangan enjin dan satu lagi dibelakang konsol dashboard sebelah kanan.Dalam kotak fius utama di ruang enjin tu,ada ditunjukkan diagram,setiap fius untuk komponen apa.
Ada satu bahagian yang bertanda A/C 7.5v,tapi sebenarnya memang tak ada apa-apa fius kat situ.Kalau sumbat juga fius spare 7.5v yang dibekalkan pun tak guna,slot tu memang tak boleh letak fius,longgar semacam je.Kemudian aku check kotak fius belakang konsol dashboard.Yang ni pulak langsung tak ada petunjuk.Tapi aku check jugalah,tak ada yang putus pun.Ditambah lagi dengan keadaan masa tu dahpun Maghrib,aku pun stop dulu untuk cari idea.
Sambil-sambil tu aku call member kat Rawang,kot-kot dia boleh diagnostik punca masalah air cond aku ni.Selesai solat Maghrib,aku terus pecut ke Rawang.Pecut malam-malam dengan tak ada air cond memang syok.Terasa enjin power je walaupun sebenarnya minyak hitam aku dah patut kena tukar,heee!Tak apa,last time aku tukar dulu aku pakai minyak 10,000km,tapi aku set 7000km je.
Dipendekkan cerita,member Rawang cakap mungkin gas habis.Sebabnya,dari sight glass piping selepas kompressor tak ada nampak apa-apa flow bendalir.Bila tengok Myvi member aku ON air cond,boleh nampak bubble halus dari sight glass tu.
Hari Isnin lepas,wife aku minta kengkawan kat kilang dia checkkan kereta aku.Ada la alat diorang pakai untuk check pressure gas.Nampaknya gas masih penuh,petanda tak ada sebarang kebocoran.Malam tu juga aku check lagi sekali semua fius,confirm tak ada yang putus walaupun fius yang aku check tu tak ada kena mengena langsung dengan air cond.Kemudian aku buka penutup refill valve gas dan tekan valve tu.Nah kau!Menyembur gas air cond.
Tak apalah,sekurang-kurangnya confirm sistem tak bocor.Teori magnet klac kompressor tak enggaged mungkin betul,cuma puncanya masih belum dijumpai.Memandangkan woksyop kat luar sana kebanyakannya sembelih customer,Jumaat ni aku akan pergi check sistem air cond aku di Perodua Servis Sunway Damansara.Boleh tukar minyak enjin sekali.Nantikan kesudahannya di entri akan datang.