Pagi tadi lebih kurang jam 10.30am,aku terus ke
Perodua Servis Sunway Damansara untuk mendengar apakah pendapat bebudak Perodua Servis tentang masalah
air cond kereta aku.Kalau diagnostik diorang memberikan jawapan dan saranan yang masuk akal,aku boleh terus servis kat sana je.
Lepas aku tunggu dalam 10 minit,SA Perodua bagitau aku jawapan yang paling aku tak nak dengar;kompressor rosak.Memang betul magnet klac kat kompressor tu tak enggaged,tapi SA mencadangkan aku menukar seketul kompressor baru atas alasan tak boleh tukar unit magnet klac kompressor sahaja.
Kosnya pulak?
Lebih 2k tuuuu!
Dalam masa yg sama,ada juga sorang mekanik Cina,maybe dipanggil oleh budak Perodua SC untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan air cond pelanggan.Pomen Cina tu bagi option lain iaitu menggantikan kompressor dengan unit recon pada harga RM750.
Tapi aku tetap tak puas hati.Sedangkan bearing kompressor pun boleh ditukar,inikan pulak magnet klac yang terletak diluar kompressor.Aku konfiden kompressor aku tak rosak sebab tak ada bunyi kasar.Satu lagi tentang rpm aku yang mencecah 1700 bila suis air cond diONkan,bukti kompressor aku tak jammed.
Then aku bagi jawapan tak mau repair kat situ.Lepas aku blah dan menghala ke Glenmarie Shah Alam,SA Perodua tadi call aku bagitau,ada spare part untuk magnet klac tadi.Kos yang terlibat ialah RM350 termasuk kos servis sistem air cond sekali.Dah nampak sikit wayang kat situ.Tetiba plak ada spare part.Kalau aku agree tukar kompressor tadi macamana?Tak pasal-pasal kena sembelih RM2000++.
Sebenarnya aku ke Glenmarie tu sebab nak cuba hantar repair air cond kat Denso.Tapi tak buka pulak.Bulan Jun nanti baru buka.Bila aku fikir-fikir balik,terpaksalah buat juga kat Perodua SC Sunway tu.Masa tu pun jam dah dekat pukul 12.30pm.Nak solat Jumaat lagi.
Sampai je Sunway Damansara,aku bincang lagi dengan pomen Cina tu.Aku perjelaskan kat dia yang aku nak dia tukar unit magnet klac kompressor dan juga servis air cond(tambah gas,tukar minyak kompressor,cuci cooling coil) sahaja.Harga RM350 tu pun dimuktamadkan sekali.Aku takmau dia memandai-mandai tukar benda lain.
Lepas tinggal kunci dengan kereta,aku gerak ke masjid.Pukul 2.15pm aku ke SC semula dan tengok kereta aku macam dah siap.Laju gak dia buat.Betul ke dia dah servis ni?Masa tu pomen Cina pergi makan.Bila pomen sampai je aku terus test air cond...
Alhamdulillah air cond dah kembali pulih dan aku rasa lebih sejuk dari sebelum ni.Tapi aku tanya Cina tu,"you dah servis ke?"Dia jawab dah.Then aku tanya lagi,"you dah buka dashboard dan cuci cooling coil tak?"
Dia terdiam....
|
Harga sebenar benda ni RM60 jerrr! |
Sah dia tak cuci.Kemudian dia jawab,upah buka dashboard sahaja RM220.Laaa...apa fesyen punya takrifan servis dia buat ni.Setahu aku servis air cond ni paling kurang kena top up gas,tukar/tambah pelincir kompressor,check sensor,dan cuci cooling coil.Nampaknya cuma top up gas dan tukar pelincir kompressor je dia kata dia buat.Itupun aku tak puas hati sebab tak nampak.
Macamana pun aku terpaksa juga terima keadaan tu dan membayar RM350 kat pomen.Bayaran bukan dibuat pada SC ya sebab projek repair air cond ni aku rasa memang di subcon pada pomen luar.Fasiliti je tumpang Perodua SC.Lebih kurang macam projek duit tepilah.
Sebelum aku keluarkan kereta aku,aku mintak semula magnet klac kompressor Denso original yang ada kat kereta aku.Walaupun rosak,aku tetap bawa balik.Yang kelakarnya pomen tu macam teragak-agak je nak bagi benda tu kat aku.Dia terkejut kot aku minta semula.Mesti la aku mintak,aku beli barang baru,bukan trade in.Macam ada something fishy je...ada la tu..
Oklah,kesimpulannya air cond aku berjaya dipulihkan selepas mengganti magnet klac spool dengan kos RM350.Tapi ada beberapa perkara yang perlu diambiltahu pemilik Myvi.Sebabnya kerosakan sistem air cond ni la yang pomen paling suka sembelih.Sikit-sikit nak tukar kompressor,padahal masalahnya mungkin hanya berpunca dari relay/fius yang berharga tak sampai puluh ringgit pun!Hati-hati ya?Jangankan pomen bawah pokok,Perodua SC pun sama letak parang kat leher kita jugak.Awal minggu lepas,wife aku call banyak Perodua SC untuk buat benchmarking harga.Harga average servis air cond( kalau tak rosak),RM165.Sangat berpatutan,tapi Perodua SC Sungai Buloh punya harga RM600++.
Entah macamana ada satu SC menyambungkan call wife aku ke Denso Glenmarie.Kos servis di Denso Glenmarie sekitar RM200++ je.Lagi puas hati sebab manufacturer yang servis.Confirm part original.
Sini aku nak listkan beberapa perkara yang boleh dilakukan kalau berlaku masalah air cond:
1.Kenalpasti simptom luarbiasa yang terjadi bila air cond dah tak sejuk,samada bunyi kompressor bising,air cond sekejap sejuk sekejap panas atau tiba-tiba tak sejuk langsung.
2.Ketahui bagaimana sistem air cond berfungsi.Tak perlu tahap pro.Tahu secara asas pun dah cukup.
3.Harus tahu ya kompressor air cond sebenarnya sangat lasak dan tahan lama dengan syarat diservis sekurang-kurangnya dua tahun sekali.Paling malas la tu.Apa la sangat kos RM165 untuk dua tahun.Daripada kena kencing buta-buta je.
4.Rujuk kawan-kawan/internet atau apa juga sumber yang boleh membantu untuk mendapatkan gambaran sebenar masalah air cond korang.
5.Rajinkan tangan menelefon banyak pusat servis macam wife aku buat.
6.Kalau terpaksa juga tukar kompressor,bawa balik unit yang lama.Aku yakin ramai yang sedekah kompressor lama kat pomen.Kompressor boleh direbuild/re-condition semula.Kompressor yang siap direcon berharga paling koman RM450 tau.
7.Jangan tinggalkan kereta.Pomen yang jujur akan terangkan apa juga yang kita tanya.Kalau pomen jenis rimas bila kita tengok dia buat kerja,ada la benda nak dikencing tu.
Akhir kata,aku harap ramai yang dapat manfaat dari entri aku ni.Jangan mudah setuju dengan pomen.Aku agak skeptikal dengan pomen zaman sekarang.Baik pomen motor atau kereta.Sebenarnya sangat banyak benda pasal air cond ni aku nak tulis memandangkan informasi dalam bahasa Melayu teramat terhad,kalau ada pun sesetengahnya tak membantu langsung.Entri lain aku akan tuliskan bermula dari konsep asas air cond,simptom,mengenalpasti punca dan juga kos-kos anggaran.
Dalam masa terdekat ni aku akan cuba kumpul informasi dan juga membuat entri dengan lebih terperinci.Susah derrr taip pakai Android!
*Aku harap pembaca-pembaca yang ingin berkongsi masalah dapat terus emelkan ke faizalrsd@gmail.Insya Allah aku akan respon dengan segera.Banyak boleh diceritakan kat situ.Sebenarnya aku rasa agak terkilan bila dapat tau ramai yang hadapi masalah macam aku,lebih buruk lagi dapat mekanik yang teruk.
I wish i can help but i'm not Superman...
Cuba fahami asas sistem penyaman udara kenderaan kat
sini.Moga-moga masalah dapat dikesan dan diperbaiki seperti yang sepatutnya...