Selasa, 5 Februari 2013

Apa Itu Traction,Treadwear dan Temperature Pada Tayar?

Kebelakangan ni kalau anda perasan,banyak jenama tayar pelik-pelik yang sebelum ni kita tak pernah dengar pun.Kebanyakan dari kita hanya mengenali jenama Bridgestone,Dunlop,Continental,Falken dan beberapa lagi jenama popular.Jenama-jenama popular ni kebiasaannya datang dengan harga yang premium,atas faktor R&D yang khusus untuk mengoptimumkan potensi tayar terhadap cengkaman ketika basah,berhenti  dan ketahanan.

Bagi yang mampu,tak jadi masalah untuk membeli jenama premium contohnya Michelin,tapi kalau pemilik kereta yang tak berapa nak mampu jaga dengan baik,apakah pilihan mereka untuk tayar sekiranya dah botak?

Dibawah adalah jenama-jenama tayar mengikut kategori harga premium hinggalah tahap bajet ketat.Pilihan dipoket anda.

 

  Premium  
Bridgestone Continental Michelin
Goodyear Pirelli Dunlop
     
  Pertengahan  
Avon BF Goodrich Cooper
Falken Firestone Fulda
Marangoni Hankook Kumho
general Nokian Toyo
Uniroyal Vredestein Yokohama
     
  Ekonomi  
Achilles Apollo Barum
CEAT Debica DMack
ESA Tecar Federal GT Radial
Infinity Kenda Kleber
Kormoran Marshal Matador
Maxxis Meteor Nankang
Neuton Nexen Nitto
Radar Riken Sava
Zeetex Silverstone Sunny
Semperit Zeta  
     
 

Bajet

 
Accelera Admiral Altenzo
Austone Autogrip BCT
Dextero Event Evergreen
Fullrun Gislaved Goodride
Hero Herse Jinyu
Lassa Linglong Maloya
Mastercraft Mohawk Petlas
Primewell Roadstone Rockstone
Rotalla Runway Sailun
Star Performer Starmaxx Sunew
Syron Triangle Tyfoon
Wanli Westlake  

 

Macam-macam jenama kan?Pernah dengar jenama tayar Linglong,Wanli,Semperit dan Karipap?

Karipap tu saje aku menokok tambah.

Pengkelasan diatas dibuat berdasarkan kategori harga,bukan prestasi.Secara amnya,tayar premium sememangnya berprestasi tinggi,tapi bukan bermakna tayar murah semuanya tidak bagus.

Mari sekolah sikit lagi pasal tayar.

Pertamanya kod asas,contoh(175/65/R14)

175:Kelebaran tayar (mm)

65: peratus ketebalan berbanding lebar (65%)

R: Binaan tayar (R:radial)

14: Saiz rim

Ini adalah asas.Untuk tekanan udara,rujuk saranan pengeluar kenderaan.

 

Tetapi ada beberapa lagi maklumat pada tayar yang boleh kita dapat seperti Traction,Treadwear dan Temperature pada sidewall tayar.

 

Traction:Abiliti tayar untuk menghentikan kenderaan diatas permukaan basah

Kategori:Terbaik AA,diikuti A,B dan paling rendah C.

 

Treadwear: Pengelasan kadar kehausan tayar

Kategori: Semakin tinggi nombor semakin tahan lama,contohnya tayar dengan rating treadwear 400 seharusnya dua kali lebih tahan lama berbanding tayar dengan rating 200.

*Rating ini juga bermaksud kompaun getah yang digunakan samada keras,sederhana atau lembut.Tayar lembut cengkamannya lebih baik,tetapi cepat haus.

 

Temperature:Ketahanan tayar terhadap suhu dan kebolehan untuk menyingkirkan haba

Kategori: A,B dan C.Kategori A lebih sejuk dan C panas.Panas tidak bermakna ianya tidak selamat,cuma berdasarkan rating tersebut tekanan angin dan beban yang sesuai harus digunapakai.

 

Selamat membeli tayar!

 

*Info jenama tayar,tyrereviews.co.uk

Sony Xperia Z Yang Agak Best

Selepas menggunakan Sony Ericsson Aino U10i dan rosak hanya satu tahun dilenjan,aku dah tak berminat lagi dengan produk Sony Ericsson.Kemudian Sony Ericsson menjadi Sony semula selepas mereka dah terer buat henpon,tak perlu jenama Ericsson lagi.

Agak lama Sony tenggelam di Malaysia sampailah baru-baru ni satu model mereka menarik perhatian aku dengan rupa yang cantik dan semestinya abiliti setanding dengan ‘abang’ besar seperti Apple dan Samsung.

Dijangkakan akan dilancarkan hujung suku pertama tahun ini,Sony Xperia Z dilengkapi spesifikasi hebat dan satu ‘senjata’ sulit iaitu ciri kalis debu dan air.Trend smartphone kalis air sudah bermula di Jepun agak lama,cuma pengeluar US,Korea dan Taiwan lambat menyedari kewajipan smartphone harus bercirikan kalis debu dan air.

 

Spesifikasi Sony Xperia Z

Dimensi  139x71x7.9mm
Berat 146gram
Skrin -TFT capacitive 16M warna
-1080x1920,5.0 inci,441 ppi
Memori 16GB,2GB RAM
-slot MicroSD hingga 32GB
Kamera -13.1MP
-2.2MP kamera kedua
Operasi Android OS v4.1.2 JellyBean
CPU Empat teras 1.5GHz Krait
GPU Adreno 320
Bateri 2330mAh
Lain-lain -kalis air sedalam 1 meter selama 30 minit
-Sony Mobile BRAVIA Engine 2
-A-GPS + GLONASS

 

xperia-z

 

Gadget elektronik memang cantik berwarna hitam walaupun nampaknya kemasan macam ni bakal meninggalkan cap jari yang banyak.Paling teruk bila lepas jawab panggilan,minyak dari kulit muka akan bersememeh kat skrin telefon.Tak apalah,lap saja habis cerita.

Dari segi rekabentuk memang win,ringkas,tapi butang Power macam janggal pulak duduk kat tengah.Dari segi ergonomik,memang senang nak petik guna ibu jari,tapi tetap nampak aneh.Mungkin sebab bentuknya bulat dan terbonjol.Sekali imbas nampak macam butang fizikal untuk shutter kamera.

Harganya masih belum diketahui,tapi aku rasa mungkin murah sikit dari jenama pemain-pemain utama lain.

HTC Butterfly Yang Agak Best

htc butterfly

Produk HTC terakhir yang aku pernah tuliskan dalam blog ni adalah HTC Droid DNA,dimana spesifikasinya memang baik belaka kecuali memori dalaman yang kecil,hanya 11GB.Ketiadaan slot MicroSD menyebabkan segalanya menjadi fail secara keseluruhan.Malang sekali memori sebesar itu tak boleh memuatkan banyak filem-filem HD untuk ditonton pada skrin Super LCD3 seluas 5 inci dengan ketumpatan ppi setinggi 441.

Sebagai gantinya,HTC mengeluarkan HTC Butterfly,kalau tak salah sudah mula didapati di pasaran Malaysia.Segalanya hampir menyamai HTC Droid DNA,tetapi hadir dengan beberapa penambahbaikan,antaranya:

 

-Perubahan dimensi iaitu lebih nipis 0.6mm,tetapi panjangnya ditambah 2mm berbanding Droid DNA

-Pengurangan berat sebanyak 1.7gram

-penambahan slot MicroSD yang menyokong sehingga 32GB

 

Selebihnya masih sama dengan skrin 5 inci resolusi 1920x1080,RAM sebanyak 2GB,CPU Qualcomm Krait Quad-core 1.5GHz dan GPU Adreno 320,serta bateri 2020mAh.

Harga runcit yang ditawarkan adalah RM2,299 dan untuk harga lebih murah(beserta kontrak),Maxis menawarkan harga bermula RM1,188 dengan kontrak dua tahun manakala Celcom RM1,468 dengan kontrak setahun atau setahun setengah.

Isnin, 4 Februari 2013

Syok Juga Toyota Vios Ni

Vios

Lama juga rasanya aku tak menulis pasal kereta.Kali ni aku nak cerita sikit pasal Toyota Vios@dugong(kata komentator di blog paultan).Sejak dari model pertama sampai sekarang entah berapa kali facelift,lima,enam kali kot.Boleh kata tiap tahun muka lain-lain.Pertama kali Vios generasi kedua keluar,serius huduh yang amat bontot dia.Bertahun jugak la baru nampak ok dan akal aku boleh terima.

Hujung minggu lepas aku balik kampung dan aku mengujipandu dugong J,kelas paling basic dalam keluarga Vios.Ke’basic’an siri J ni aku tak pasti sangat,maybe interior material,audio control kat stereng pun tak ada dan unit hiburan asas dengan 4 speaker.Lain-lain malas pulak aku nak Google.Selebihnya sama je,enjin 1NZ-FE 1.5 DOHC VVT-i 109ps dengan tork 142Nm@4200rpm.

Mula-mula ujipandu aku dulu sekitar Kota Damansara,terasa pickupnya agak lambat dan sedikit berat kalau dibandingkan dengan Myvi rim 17 tutup aircond.

Ada dua kemungkinan berlakunya berat sebab masa tu tiga orang dewasa ada dalam kereta dan satu lagi yang paling berat,ada beras 100kg dalam bonet,haha!Memandangkan pemanduan sekitar bandar,pengunaan satu-satu gear pun pendek je.Model yang aku uji ni versi manual,lupa pulak nak cakap.Biasanya kereta sedan ada sikit feel macam berat,tapi tak sebenarnya sebab nisbah gearnya diatur lebih kepada pemanduan lebuhraya.

Semalam ujipandu dengan kondisi jalanraya yang pelbagai iaitu Lebuhraya Karak dengan laluan berselekoh,Lebuhraya Pantai Timur yang lurus tapi berombak dan juga jalan kampung Jengka-Kota Gelanggi yang baik sedikit dari jalanraya di Afghanistan.

Pertamanya aku nak highlightkan tentang handling.Aku bukan nak sebut handling kategori trek Sepang.Maksud aku handling sebuah sedan yang selesa untuk mengharungi kepelbagaian variasi jalanraya yang aku sebutkan diatas.Ini adalah kali pertama aku memandu kereta yang menggunakan EPS(Electric Power Steering).Oleh kerana itu,aku cuma boleh membayangkan feel pemanduannya hampir seperti stereng Logitech untuk game Gran Turismo.

Sistem EPS membantu ketika parking,tetapi semasa pemanduan agak laju,stereng menjadi berat untuk kestabilan.Memang syok,solid.Patutnya aku terus cakap syok dari awal,tak payah eksplen sampai Gran Turismo bagai.Ditambah lagi dengan sistem gear dengan batang pendek,macam short shift plak rasanya.Tukaran gear terasa sikit macam ‘bergetah’ mungkin sebab masih baru+sistem linkagenya dalam ruangan enjin pun nampak complicated.

Masih lagi bab handling.Walaupun dugong menggunakan sisten gantungan torsion bar dibelakang,ianya masih sangat memadai untuk kegunaan berlumba biasa.Maintain speed sekitar 120-130kmj di LPT dan Karak tidak menjadi masalah langsung.Cukup sedap,sampai selekoh turun gear empat dan terus tekan minyak lagi sambil melayan selekoh.Brek?Tak payah.Tunggu sampai plaza tol je.

 

Vios Engine

Keduanya,enjin.Rasanya enjin 1NZ-FE memang dah lama digunapakai,boleh dikatakan enjin lama.So what?Tork yang mencukupi dan fuel consumption yang jauh lebih jimat dari Myvi,buat apa buang duit R&D enjin baru?Masa trip ke Alor Star dua minggu lepas,Myvi aku dan Vios dugong J sama-sama isi penuh di Batu Caves,dua-dua kereta full load.Sampai depan homestay Hutan Kampung Alor Star,Myvi tinggal dua bar,Vios ada empat bar lagi selepas mengharungi jarak lebih 420km.

Tank Myvi 40 liter,tank dugong 42 liter,beza 2 liter sahaja.Serius fuel efficient 1NZ-FE ni.

Satu lagi yang aku perasan,layout enjin agak berlainan.Aku tak pasti juga sejak bila Toyota pakai format intake depan,ekzos belakang.Macam K20A plak susunannya.Mungkin aliran udara dari grill depan akan menyejukkan intake manifold.Khabarnya layout macam ni dapat memperbaiki tork low dan mid range.

Kebaikan tork yang bagus ketika low dan mid range ada kena mengena dengan penjimatan bahanapi.Nisbah gear dapat dioptimumkan untuk kuasa dan pecutan.Sebagai contoh enjin Myvi K3-VE pada kelajuan 100kmj berputar pada kelajuan 3000rpm.Vios ‘cuma’ memerlukan 2600rpm untuk kekal pada kelajuan 100kmj.Kurang pusingan bermakna kurang telan bahanapi.Simple.

Dari segi kuasa memecut dan mendaki,boleh dikatakan sedap jugalah.Sebelum ni kalau dengan Myvi aku,biasanya aku peram gear empat dari bawah bukit sebelum kepuncak terowong Karak.Tengah momentum sedap tu kalau ada kereta yang lembab duduk lorong paling kanan,terpaksa juga switch gear tiga sambil menyumpah.Vios pulak paling rendah sampai gear empat sahaja,cukup gagah mendaki bukit sampai ke terowong.Tapi semalam ada sebijik Mazda 5,sambil maintain naik bukit,boleh accelerate lagi.Power sungguh.

Konklusinya,agak best juga dugong ni sebenarnya walaupun harga paling basic RM73k.Tapi aku teringat kata-kata editor majalah Kereta,pasal apa ramai pakai Vios atau Hilux?Sebab enjin Toyota ni ‘kalis peluru’ katanya.Start terus jalan,tak payah warm up.Amalan karut je warm up enjin ni.Aku tak tipu.

Untuk hasil ujipandu yang lebih menyeluruh,carilah di Internet.Aku tak rajin pulak nak mengomen pasal kenapa material dashboard nampak macam murah,besi gred apa dia pakai,crash test berapa bintang,kenapa bontot Vios tak lawa,pasal apa orang panggil dugong dan sebagainya.Sekian terima kasih!Smile

Jumaat, 1 Februari 2013

Kebanyakan kapal digerakkan oleh enjin diesel,samada pacuan terus pusingan syaf untuk memutarkan propeller atau menjana generator elektrik untuk kegunaan motor propeller.Bagi jenis kapal yang menggunakan kuasa nuklear,konsepnya adalah memanipulasi haba dari perlakuran terkawal rod-rod bahanapi nuklear untuk memanaskan dandang(boiler),stim akan menggerakkan turbin penjana tenaga elektrik dan seterusnya kuasa elektrik digunakan untuk menggerakkan motor propeller.

Pemilihan jenis penjana kuasa adalah berdasarkan kuasa yang dikehendaki dan yang paling penting bahanapi yang digunakan.Diesel biasanya dipilih atas faktor nisbah hasilan kuasa yang lebih baik dan nuklear