Selasa, 28 Ogos 2012

Raya,Motor Besar dan GT-R

Balik kampung raya tadi seronok dapat jumpa kengkawan di reunion.Aku,Mail dan sorang lagi member merangkap jiran depan rumah,En.Naruto je wakil dari kampung kitorang.Yang lain entah kemana,malu gamaknya reunion kecil-kecilan,haha!

Si Mail beraya dengan kuda baru tahun ni,Ducati Monster 796.Cemana tah si Mail ni boleh jatuh cinta dengan Ducati,pengaruh kengkawan gamaknya.Dia ni jenis hobi tak tetap,orang main Vespa,dia pun Vespa,sampai dua bijik katanya.Dalam masa yang sama motor off road pun dia main.Tetiba je main Ducati,jenis touring bike plak tu.Itu tak cukup memeranjatkan gua lagi,sekali dia cakap beli cash,nah kau.Ko jual dadah ke ape Mail.

Alhamdulillah rezeki si Mail,hobi yang pelbagai macam tu disokong pula dengan kewangan yang stabil.Katanya Ducati tu RM63k,assembly kat Thailand.Walaupun RM63K,masih kedengaran agak murah bagi standard Ducati.Kali terakhir aku belek superbike Ducati versi Racing Factory,tak ada yang kurang dari 100k.

Kalau gua kaya macam Mail,gua sambar Evo 7 sebijik,Kawasaki Z1000 Black Edition sebijik,setel.Ni ha gambar Kawasaki Z1000 Black Edition.Kacak bergaya bukan?

 

z1000

Sebenarnya aku bukan nak cerita pasar motor besar,aku teringat cerita En.Naruto pasal video YouTube GTR vs Bugatti Veyron.Disebabkan masa tu kat kampung,aku agak nak tergelak jugak dengar cerita dia.Nak tengok YouTube,line internet takde.En.Naruto ni pun tak percaya juga sebenarnya,dalam video tu katanya GTR overtake Bugatti Veyron macam Bugatti Veyron tu tengah berhenti.Dapat imagine tak?

Maksudnya GTR tu memang super laju lah.Sebelum mengetahui betapa lajunya GTR itu,ada baiknya kita dibrief dulu apakah dia Bugatti Veyron.Bugatti Veyron ialah kereta produksi terpantas didunia.Versi Super Sportnya berkuasa 1200hp dengan kelajuan maksimum 431km/j.Pi Kedah makan tengahari pastu balik opis semula kat KL pun boleh.

Enjin dia 8000cc 16 silinder dalam susunan W.Tak tau macamana layout enjin W,umpama enjin V8 disusun sebelah menyebelah.Tak cukup dengan itu saja,desakan empat ketul turbin turbo menambahkan lagi kuasa Bugatti Veyron.Kampung habis ayat gua.Haa…power beb.Banyak lagi maklumat best kat Bugatti Veyron ni,tapi aku dah pernah tulis dulu.Malas nak cerita benda yang sama dua-tiga kali.

Lawannya pulak sebuah jentera Jepun yang disegani iaitu Nissan GT-R.Tak tau GTR yang mana,cukup sekadar disebut namanya Nissan GT-R.Woi!!GTR banyak jenis la dol!

Jangan tersilap okeh,yang lama-lama tu namanya Nissan SKYLINE GTR.Model GTR paling baru tak ada nama Skyline.Model paling latest 542hp,dari enjin 3.8 liter V6 twin turbo.Top speed 321kmj je tapi macamana dengan cerita member gua tadi?

Bila aku fikir-fikir balik,aku pun cakap kat En.Naruto.Walaupun aku tak percaya,tapi tak mustahil GT-R boleh titik Veyron.Sebabnya senang,maybe GT-R tu heavy mods.Aku bagi contoh kereta drift Daigo Saito,dia pakai Lexus IS250C dengan enjin 2JZ.Horsepower dia 1000hp + 200hp nitrous system.3000cc je pun 2JZ tu,boleh cecah 1000hp daripada standard kilang 280hp.Apatah lagi enjin GT-R yang standard roket dari kilang.

Videonya sampai la ni aku tak jumpa.Katanya rakaman dari dalam Bugatti,yang ada drag GT-R dengan Bugatti tapi rakam dari dalam GT-R ada la.Yang tu ka En.Naruto?

Syiling 2 1/2 Sen Nederlandsch Indie 1857

IMAG0322

IMAG0323

 

Semalam member satu department aku ada sebut pasal syiling lama yang dia nak tunjuk kat aku.Dari penerangan dia semalam,dia cuma ingat Belanda dan tahun 1857.Hari ni dia bawa syiling tu dan inilah dia syiling bernilai 2 1/2 sen Nederlandsch Indie yang ditempa pada tahun 1857.Maknanya syiling ni dah pun berusia 155 tahun.

Adakah syiling ni bernilai tinggi?

 

Pertamanya,kita ketahui dulu apa itu Nederlandsch Indie.

Agak sukar juga untuk mendapatkan maklumatnya memandangkan kebanyakan informasi dalam Bahasa Inggeris.Nederlandsch Indie ialah Syarikat Hindia Timur Belanda yang menguasai sebahagian besar Asia Tenggara sejak 1800 hingga kedatangan Jepun pada 1942.Sebelum tahun 1800,ia dikenali dengan nama VOC (Vereenigde Oost-Indische Compagnie).

Sejarah lama-lama sangat ni aku tak tau langsung,cuma aku biasa tengok simbol VOC pada meriam-meriam lama.VOC ni sangat besar,menguasai ekonomi Asia Tengara yang masa tu menjadi pusat perdagangan yang kaya dengan sumber alam.Itulah sikit sebanyak maklumat asal usul dari mana wujudnya syiling tadi.Maaflah kalau salah,sebab tu aku tak tulis banyak.Makin panjang aku tulis kang makin tersasar pulak terjemahannya.

Berbalik kepada syiling 2 1/2 sen tadi,nilainya pada tahun 1857 mungkin boleh seguni beras barangkali.Pada masa sekarang ia dinilai berdasarkan kondisi dan raritynya.Orang yang pakar dalam bidang numismatik bolehlah memberi anggaran nilai pasarannya sekarang.Dari pandangan mata kasar aku,keadaannya agak teruk dengan pengoksidaan berwarna kehijauan(biasanya logam tembaga)dan tempaan agak kabur.Mungkin ada cubaan untuk membersihkannya dengan cara yang salah.

Hasil tinjauan aku di beberapa laman web termasuk eBay dan Mudah,nilainya tidak seberapa,sebabnya mungkin kerana syiling ni tidak sukar didapati.Harganya berlegar sekitar RM30-RM100.

 

Sori la geng,ingatkan kita boleh dapat puluh ribu tadi.Kita kumpul modal beli metal detector,then kita scan tebing Sungai Kuala Muda.Port hang cari remis masa kecik-kecik dulu.

Isnin, 20 Ogos 2012

Gigi Piranha Fail

Tabloid tempatan 25 Jun 2012

Gigi ikan payara/vampire fish

Research please...
Published with Blogger-droid v2.0.6

Selasa, 14 Ogos 2012

Lagu Raya Paling Win Tahun Ini

Memula aku ingat tak best,malas nak klik dalam Facebook.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Jenayah:Kepit TV 42 inci Celah Kangkang

Jenayah lawak di Oslo,Norway.

 

Seorang wanita beserta teman lelakinya ditahan polis selepas didapati mencuri televisyen skrin rata 42 inci.Memang sukar untuk membawa keluar TV sebesar itu dari kedai tanpa disedari pekerja kedai.Tapi macamana pasangan tersebut melakukan kerja yang keji itu?

 

TV skrin rata itu di’kepitkan’ celah peha wanita tersebut yang berjaya membawa TV itu ke stesen bas berhampiran.Oh ya,wanita itu memakai skirt.Walaubagaimanapun mengepit TV sebesar itu dicelah peha bukanlah kerja mudah kerana pastinya pergerakan akan kelihatan kekok.Ianya disedari pekerja kedai elektrik dan telahpun menalipon polisi lebih awal.Kejadian berlaku di pusat beli belah Elkjop.

Wanita berumur 31 tahun itu digelar ‘Thunder Thigh’ oleh radio tempatan dan kes itu merupakan kes teraneh di Sweden sejak hampir 10 tahun lepas.