Rabu, 27 Jun 2012

Sepandai-Pandai Melintas Highway

Sama bangangnya macam drifting Arab style,dah la drifting tak ada seni,pastu ramai yang mati katak sebab kena rempuh bila kereta terbabas.

Ni kat China.Bebudak di China tak ada kerja berfaedah,akhirnya mendapat…

 

Guardian Tank;BMPT Terminator

Kebelakangan ni aku suka tanks.Baru atau lama.Aku harap DeAgostini Combat Tanks Collection akan keluarkan model ni;kereta kebal BMPT Terminator.BMPT bermaksud Boyevaya Mashina Podderzhki Tankov atau bahasa Inggerisnya Tank Support  Fighting Vehicle.Kenapa tak dinamakan tankbuster ke,tank destroyer ke?Aku cakap macam tu sebab senarai senjatanya cukup banyak untuk sebuah tank.Cuma bezanya BMPT tidak mempunyai meriam utama,sebaliknya dilengkapi pelbagai senjata untuk menangani ancaman dari segenap sudut.Tugas utamanya adalah sebagai ‘penjaga’ MBT(Main Battle Tanks).

 

images (1)

Secara amnya BMPT diasaskan dari chassis kereta kebal T-72.Dibina oleh Uralvagonzavod,kereta kebal ini seberat 47 tan dan digerakkan oleh enjin diesel V92S2 berkuasa 1000hp.BMPT Terminator mampu mengunci tiga sasaran serentak dengan kawalan tembakan berkomputer yang diadaptasi dari MBT T-90.Senarai persenjataan yang dipasang pada BMPT Terminator:

 

- 2 unit 30mm 2A42 dual feed cannons:850 butir peluru dengan kadar tembakan 600 butir seminit,pelbagai jenis amunisi seperti HE-T,APDS,HE-FRAG,AP-T

-2 unit pelancar grenad 30mm AG-17D dengan 600 butir grenad

-4 pelancar 130mm 9M120-1 Ataka T ATGM(Anti Tank Guided Missile) yang boleh menembak pelbagai jenis kepala peledak termasuk kepala peledak tandem HEAT untuk menembusi explosive reactive armor(ERA)

-1 unit machine gun PKTM 7.62mm dengan 2000 peluru

-Bom asap 81mm

 

bmpt

wlppr_2008_xlptv_b11

Zaman Julius Ceasar Tak Ada Metal Detector

Apakah ini?

 

Treasure

Mumia?

 

treasure2

 

Wang emasss!!!

treasure3

 

Owhhh…bukan emas rupanya.Emas tak teroksida,kalau tak silap akulah.Masa SPM dulu subjek Kimia cukup-cukup makan je.Ceritanya macam ini,dua sahabat Mr.Reg Mead dan Mr.Richard Miles terjumpa longgokan (atau apa-apa sajalah istilah yang sesuai)syiling Celtic lama yang berjumlah dalam anggaran 30,000-50,000 keping,tertanam 3 kaki di sebuah ladang di Jersey.

Tapi penemuan tu bukan dengan mata kasar,alat pengesan logam berkuasa tinggi yang digelar deepseeker digunakan.Penemuan yang berbaloi ini hadir selepas mereka berdua terlibat dalam aktiviti mencari barang berharga yang tertanam sejak 30 tahun.Syiling tersebut disalut dengan tanah liat dan dianggarkan sekeping nilainya adalah 200 pound.Nilai keseluruhan dianggarkan 10 juta pound.

 

Berapa harga sebijik metal detector ek??

 

treasure4

Kondom Dalam Pes Tomato

Syarikat Unilever didenda oleh mahkamah Brazil sebanyak 3100 pound selepas seorang surirumah menemui kondom dalam tin tomato paste.Mrs Mayerle dari Rio Grande do Sul selatan Brazil menemui kondom itu selepas menuang baki pes tomato berjenama Knorr kedalam sebuah jar selepas satu familynya memakan makanan yang disediakan menggunakan pes tomato tersebut.

Bagaimanapun Unilever enggan mempercayainya sebab segala kerja pengetinan dilakukan dengan mesin.Apapun denda perlu dibayar kepada Puan Mayerle atas moral damage yang telah berlaku.

article-2164940-13CB8DB4000005DC-343_468x620

Sekiranya semua kerja pengetinan dari peringkat awal hingga akhir menggunakan mesin,bagaimana kondom boleh berada dalam tin?

I’m not a private investigator tapi aku teringat masa aku mula bekerja dulu.Member sekerja aku ni jenis kepala masuk air sikit.Satu hari sambil kami tengah buat kerja-kerja capping,member aku tadi dengan selamba masukkan coklat M&M yang dia tengah kulum kedalam botol produk.Lepas tu dia tersengih puas.What the ??? Serius aku tak faham.Walaupun produk tu untuk external use tapi ada staff jenis macam tu memang boleh membawa kepada masalah yang besar.Tak pasal-pasal nama syarikat buruk.

By the way,ini adalah perisa baru pada kondom memandangkan sebelum ni ada kondom perisa strawberi,pisang dan pelbagai lagi perisa buah-buahan.Apa kata lepas ni R&D kan pulak kondom perisa durian?

 

*Image & news from DailyMail

Jumaat, 22 Jun 2012

Penyejuk CPU Paling Genius

Ini namanya genius!

 

Binaan CPU komputer biasanya terdiri dari heatsink yang dilekatkan pada CPU dan diatas heatsink akan terdapat kipas yang akan menyejukkan sirip-sirip heatsink setelah haba diserap dari CPU.Tapi apa yang dicipta oleh Sandia National Lab ini sememangnya breakthrough dalam meningkatkan kecekapan penyejukan CPU.Sandia Cooler menggabungkan fungsi heatsink dan kipas dalam satu item yang digelar spinning heatsink.Tapi mustahil bukan untuk melekatkan CPU pada heatsink yang berputar 2000rpm ini.

How do they do it?

Kaedah konvensional ialah heatsink dilekatkan pada CPU dengan lapisan thermal paste sebagai perantara.Oleh kerana namanya pun spinning heatsink,ianya tidak boleh dilekatkan pada CPU.Maka kaedahnya adalah dengan meletakkan spinning heatsink serapat mungkin pada CPU tanpa menyentuhnya dengan jarak 1/1000 inci untuk membentuk ‘air bearing’.

Sandia National Lab mengklaim(macam Indo tuduh kita klaim tarian Tortor) kipas CPU ciptaannya mampu menyejukkan 30 kali lebih efisien.Bila akan berada dipasaran tidaklah aku ketahui.

*Dulu-dulu masa aku baru belajar relaikan PC,aku lap thermal paste tu sampai bersih sebab tak tau apa benda kelabu yang melekit-lekit kat situ.

 

Spinning heatsink

 

*Sumber berita Gizmodo