Jumaat, 6 Januari 2012

Ex Tiger Wood;Marahkan Nyamuk,Rumah Dirobohkan

Meh kita dengar perbualan antara janda Tiger Wood,Elin Nordegren dengan penjual rumah di North Palm Beach.Perbualan di curi dengar oleh agen CIA yang menyamar sebagai pekerja Alam Flora:

Elin : Bang,rumah abang cantik la.Nak jual tak?
Tuan Rumah : Kamu ada duit ke?
Elin : Ada la sikit bang,simpanan hasil berniaga pisang goreng,samosa,keropok lekor,...bla..bla..bla..
Tuan Rumah : Kamu ni jangan memain,rumah ni mahal tau.Bilik air je ada lapan.
Elin : Abang jangan ingat saya takde duit bang.Walaupun saya janda,tengok la handbag saya ni,Hermes Birkin bang!
Tuan Rumah : Abang letak harga $12 juta,ada bran?(minah ni bukan ada duit pun...)
Elin : Berehhh bang!bagi nombor akaun,besok saya bank-inkan pitih.

Maka rumah pun bertukar tangan....


Memang la lapan bilik air,tapi kalau semuanya jamban cangkung buat apa!Arrggghhhh!!(Maka Elin pun terus RAAAAAGE dan disodok rumah tu sampai licin)


sumber Yahoo News

Di China,Minyak Masak Pun Palsu


Di China,selagi boleh dipalsukan,apa pun jadi.Terbaru,pengeluar minyak kacang palsu diserbu di Zhongtang.Pihak berkuasa tempatan menyiasat Yonglong Food Factory hasil penemuan lebih 4 tan minyak substandard dan dipercayai berbahaya oleh seorang wartawan Southern Metropolis Daily yang menyamar.
Kilang tersebut mencampurkan minyak soya,minyak sawit yang diragui puncanya,minyak cottonseed dan esen cottonseed untuk meniru rupa minyak kacang yang sebenar.Minyak cottonseed mentah boleh menyebabkan kemandulan kerana ianya toksik.
Minyak kacang palsu tersebut dijual kepada pengeluar makanan di Guangdong,Hunan dan Jiangxi dengan harga 92 yuan berbanding 100 yuan untuk 5 liter minyak kacang asli.Menurut seorang pakar dari Persatuan Minyak dan Bijirin China,sekurang-kurangnya 30 pengeluar minyak makan (edible oil) di daerah itu menghasilkan minyak kacang palsu.Majoritinya adalah perniagaan berdaftar.
Kita tengok gambar diatas.Jangankan HACCP,asas GMP(Good Manufacturing Practice) pun fail....

16 Tahun Hilang;Cincin Kahwin Terlekat Pada Lobak

Selepas hilang selama 16 tahun,seorang surirumah bernama Lena Paahlsson dari Sweden menemui semula cincin perkahwinannya yang terlekat pada sebatang lobak merah!



Lena kehilangan cincin perkahwinan bertatahkan tujuh berlian kecil itu di dapur rumahnya pada tahun 1995.Dipercayai cincin itu terjatuh kedalam sinki dan bercampur dengan kupasan kulit sayur-sayuran,seterusnya berakhir dengan menjadi baja kompos atau makanan ternakan mereka.
Sisa-sisa sayuran atau najis ternakan mereka digunakan untuk menyuburkan tanaman dan selepas 16 tahun,cincin tersebut ditemui semula tersarung pada sebatang lobak.

sumber nydailynews

Rekod Tuna Termahal 2012

$736,000 atau RM2.3 juta ialah nilai seekor tuna sirip biru seberat 269kg yang berjaya dilelong di pasar Tsukiji,Tokyo Jepun,dan memecahkan rekod harga tertinggi tuna sirip biru.Rekod tahun lepas ialah RM1.302 juta.
Pemenang bidaan ialah Kiyoshi Kimura,pemilik Kiyomura Co. yang mengendalikan rangkaian restoran Sushi-Zanmai.Harga sekilo isi ikan tuna ini dianggarkan 210,000 yen atau RM8,421.



Sumber DailyMail

Khamis, 5 Januari 2012

Video Amalina 17A,1G(Pendidikan Islam)

Video penjelasan Amalina 17A tentang fesyen yang menjadi berita heboh kat sini dah tengok ke belum?
Aku belum tengok sebab kompeni aku sekat YouTube,tapi aku baca statement yang ditulis dalam blog  greenboc .
Bagi aku jawapan tu sekadar escapism untuk menegakkan benang basah.

Dari kecil suka berfesyen?
Ibu tak pernah melarang malah membelikan pakaian berfesyen?
Melepaskan tekanan belajar dengan pergi bersosial?

Matlamat tidak menghalalkan cara.Suka berfesyen tak bermakna semua fesyen boleh dicuba atas dasar SUKA.Tekanan belajar yang tinggi bukanlah YA untuk bersosial dan memeluk mat saleh.Hukum agama tetap hukum.Dalam kes Amalina 17A ni,bapanyalah yang bertanggungjawab sepenuhnya selagi dia belum berkahwin.
Macam kes Ann Julie Lucah/Lavocah?Apekebendatah tentang isu bergambar dengan FHM Indonesia tu lah.Dia sendiri tak tau dosa orang perempuan belum kahwin bapa yang tanggung.Senang je cakap dia yang tanggung.Fail.

Kalau nak tengok video Amalina tu,klik SINI