Sabtu, 19 November 2011

Gelak Pagi Sabtu

Amacam Maharaja Lawak Mega Minggu 4?Malam tadi aku rasa kebanyakan kumpulan punya persembahan sangat bagus terutamanya Kumpulan Boboi dan Osbon .Sakit pipi gua gelak.Pagi ni buka Youtube layan kat situ,bantai gelak lagi.Pastu tah macamana terserempak video ni pulak.Ada tiga siri,paling gua suka Part 3.

Layannn!

Jumaat, 18 November 2011

RM 47,500,000,000,000.00

Jadual Perlawanan EPL Minggu Ini

Pertamanya,tahniah untuk skuad bimbingan Ong Kim Swee atas kemenangan tipis 1-0 mengatasi Indonesia dalam perlawanan peringkat kumpulan semalam.Sekiranya Izzaq mempunyai penyudah yang baik,pastinya Indonesia malu besar.
Minggu lepas tak ada perlawanan EPL,kebanyakan pemain bermain untuk negara masing-masing.Kedudukan tangga liga masih didahului Manchester City,kedua Manchester United,dan ketiga Newcastle.Chelsea dan Tottenham mempunyai pungutan mata yang sama,cuma Tottenham kekurangan satu perlawanan.Begitu juga Liverpool dan Arsenal,mengutip 19 mata dari 11 perlawanan.
Dua perlawanan yang dijangka menarik hujung minggu ini,Sabtu,Manchester City bertemu Newcastle United dan hari Ahad,Chelsea melayan pasukan The Reds.Perlawanan lain sepanjang hujung minggu adalah seperti berikut:

Sabtu,19 November 2011

Norwich City  vs. Arsenal (1-2)
Time : 8.40pm
Channel : 812/832

Stoke City vs QPR (2-3)
Time : 10.30pm
Channel : 817/831

Everton vs. Wolves (2-1)
Time: 10.55pm
Channel : 813

Manchester City vs. Newcastle (3-1)
Time : 10.55pm
Channel : 812/832

Ahad,20 November 2011

Sunderland vs. Fulham (D) (0-0)
Time : 2.00am
Channel : 813/832

West Bromwich Albion vs. Bolton (D) (2-1)
Time : 4.00am
Channel: 817/831

Swansea vs. Manchester United (0-1)
Time : 1.15am
Channel : 817/831

Chelsea vs. Liverpool
Time : 23.00pm
Channel : 817/831

Selasa,22 November 2011

Tottenham vs. Aston Villa
Time : 3.55am
Channel :812/832




Khamis, 17 November 2011

Permainan Bebudak Zaman MS-DOS

Kekadang bila idea tak mari,semak jugak kepala.Time ni la peluang nak update pun,balik rumah kang dah takde masa nak buat entri(sebenarnya dirumah tiada perkhidmatan internet,uhuk!).Nak cerita apa agaknya ni....

Jom masuk mesin time travel buatan anak tempatan................BUZZZ!!(bunyi mesin ke bunyi YM?)

Tahun awal 90an
Zaman ni aku kecik lagi,tapi rangkum sekali la memana tahun dalam 90an tu.Kira time yang sesuai la ni.Apa sebenarnya yang aku nak cerita sampai kena time travel ni?Hahaha!Sebenarnya saja-saja aku nak mengenang balik permainan-permainan yang dah tak dimainkan bebudak zaman IPhone.Sekarang kan dah nak dekat cuti sekolah.Aku suka cuti sekolah,macam-macam akitiviti outdoor boleh buat.
Masa aku bebudak dulu,permainan ada musim.Terutamanya cuti sekolah.Kalau musim layang-layang,semua main layang-layang,jenis mak ayah senang hulur duit(takpun seluk kocek seluar bapak),beli je kat kedai,baru 50sen.Apa jenis gambar superhero,semua ada.Jenis yang taknak menyusahkan bapak,buat sendiri guna kertas suratkhabar.Rangka layang-layang guna buluh kering yang diraut.Bebudak sekarang?Raut lidi pun tak pandai gamaknya.
Bosan main layang-layang,tukar main guli.Aku dulu tak la jaguh sangat main guli.Bawak modal berentap 20 biji,balik kosong.Biasanya dalam banyak-banyak guli,mesti ada sebijik guli 'master'.Ada 'ong' punya guli la orang kata.Zaman bebudak dulu iman tak kuat lagi,percaya benda-benda karut,guli semua sama je.Sebenarnya pandai baling dengan tak je.Tapi betul,main guli memang aku tak terer,terjebak tetap terjebak.Kena follow trend kalau nak berkawan dengan anak jiran.
Tinggal musim guli,masuk musim gasing pangkah pulak.Haaaa....main gasing gua boleh kerek sikit.Main gasing pun ada beberapa teknik karut jugak.Paku gasing tu dipipihkan jadi macam mata lembing,so bila memangkah,sompek badan gasing kengkawan,haha!Tak tau sompek tu apa?Sompek tu maksudnya terserpih.Nak mengelakkan gasing kita pulak tersompek dipangkah orang,senang je...Tepek paku tekan banyak-banyak keliling gasing,takde la badan gasing tembus kena paku bila dipangkah.Amacam,genius?Cuma satu jela,permainan gasing ni bahaya sikit.Laman rumah dah tentu hancur.Bayangkan kalau gasing tu landing kat kepala,huuuuuu!!!
Zaman aku dulu,main permainan macam ni memang serius.Merantau ke blok-blok lain(perkampungan felda ada banyak blok,satu blok satu puak),bukan cari gaduh,ajak lawan main game kampung.Main badminton pun macam tu jugak.Kongsi duit beli shuttlecock,libas sampai bulu tertinggal dua-tiga helai.Bukan kemenangan yang dicari,kepuasan bermain tu yang penting.Sifat tu aku terbawa-bawa sampai sekarang.Entah kenapa aku tak kisah sangat kalau tak menang,asalkan semua orang seronok.
Yang aku dapat ceritakan ni cuma sikit je dari warna-warni kehidupan zaman kanak-kanak aku bila cuti sekolah.Banyak lagi kisah yang menarik dan mungkin juga sama dengan orang yang hampir sebaya dengan aku.Ada masa aku cerita lagi.Jadi budak kampung memang best!


Demam Sudah Pergi Jauh

Akhirnya,dapat juga kembali meneruskan kerja lepas didiagnosis menghidapi acute pharyngitis.Duduk melepek kat rumah pun bosan,nak tidur tak boleh,kepala sakit.Malam tadi baru dapat tidur lena,siap mimpi jadi superhero lagi.Punyalah penat berlawan,sampai sakit badan.Yang peliknya tiap kali aku hampir nak kalahkan musuh,boleh pulak keluar menu pilihan,'Retry?' Yes,No.Dua tiga kali aku terpilih Yes,dok ulang-ulang lawan enemy yang sama.Haii....demam-demam ni mimpi pun merepek habis.Hari ni,giliran wife aku pulak melepek,dah terjangkit agaknya.
Dua hari MC,lain macam persekitaran jalanraya masa on da way nak ke tempat kerja.Hari ni ramai pulak driver bawak kereta sesuka hati nak potong kiri,masuk emegency lane,rushing macam nak terberanak.Minta maaf la kalau ada pihak yang terasa.Selalu aku perhatikan,biasanya driver Cina,sama je lelaki perempuan.Nanti aku buat research tabiat memandu mengikut klasifikasi bangsa.Baru la adil,tak main la tuduh semberono.Kang orang kata aku racist pulak.
Sebelum buat entri yang sesuai dengan keadaan semasa,jengah-jengah dulu blog lain.Apa cerita terbaru agaknya sehari-dua ni.