Khamis, 25 Ogos 2011

Datsun 1972 Elektrik Super Laju

Arini gua malas nak perah otak,so gua rembat je news dari Dailymail.Jangan risau.Bukan gua sorang je blogger yang buruk perangai macam ni,haha!

Bila kali terakhir korang nampak kereta Datsun?Apa?Tak kenal?

Sengal betul la korang...Kalau Nissan plak kenal?Tau pun.Itupun Nissan Skyline ajelah yang korang kenal.Datsun kat atas tu dah berumur 39 tahun,patutnya dah mengalami keadaan reput tulang,gigi luruh dan mula beruban.Gua rasa memang banyaknya kereta ni dah jadi besi buruk pun.
Kereta Datsun milik John Wayland dari Amerika ni diberi gelaran White Zombie,barulah ganas.Apa barang bagi nama Datsun buah kana.Apa tak ganasnya,takat sprint suku batu Maserati pun hidu asap tayar.
Kereta ni ada asap tayar je sebab enjin lemaunya dah dicampak belakang rumah dan digantikan dengan motor elektrik custom made.Sumber kuasanya datang dari 192 bijik bateri Li-Po(lithium polymer) yang menghasilkan 355 volt elektrik.
Khabarnya ia berkuasa 500hp dan acceleration dari 0-60mph cuma 1.8 saat!Betoii kaaa?Dasat...boleh bangun Enzo Ferrari dari kubur,jenuh dia buat kereta super laju.V8 la,V12 la,mamat ni pakai motor letrik je.




Dalam Dailymail cakap takat suku batu tu bawah 10 saat je dia henjut.Korang tengok la sendiri video kat atas,aku rasa 12.195 saat.

Rempit Alam Maya ke Jalanraya

Fictional

The real one!

Mantap dude,tapi sakit pinggang je gua tengok.Try balik Gua Musang,gua rasa sampai sana lumpuh terus dari paras pinggang kebawah.
Diinspirasikan dari filem Tron:Legacy,motorsikal ni dibina oleh Parker Brothers Choppers dan berenjinkan Suzuki 996cc yang dirembat dari TL1000R.Seberat 474lb dan sepanjang 8 kaki,motorsikal ni mampu merempit selaju 120mph.
Lengkap dengan jaluran electro-luminescent,motorsikal berharga 33,000 pound ni dijual secara online.

*Gambar,info semua gua rembat dari DailyMail

Rezeki Ramadan 2011

Assalamualaikum...
Dah nak habis dah bulan Ramadhan 2011,tapi rasanya takde satu pun entri pasal puasa yang aku tulis.Rasa malas plak nak cerita aku makan apa,sembahyang terawih berapa rakaat dan seangkatan dengannya.
Tapi memandangkan bulan puasa dah nak pergi meninggalkan kita tahun ni,aku ulas sikitlah macamana perjalanan puasa sebagai seorang husband untuk tahun pertama.

Menghadapi Puasa Berdua
Aku tak pasti samada aku ni rajin atau terpaksa(??),setiap petang aku akan kedapur.Samada wife aku membantu aku,atau aku yang membantu dia.Penyediaan hidangan pun bukanlah rumit sangat,setakat untuk santapan berdua.Sebelum puasa wife aku merancang nak buat makanan yang agak rumit,tapi persoalannya masa cukup ke tidak.Belum soal larat nak menyediakan macam-macam.Aku ambil jalan mudah;masak macam makan malam biasa.
Aku pun bukan jenis memilih sangat.Aku faham dia pun letih,aku pun sama penat,cukuplah janji perut kenyang.Cuma sesekali kami beli juga di bazar Ramadan Seksyen 4,Kota Damansara.Terutamanya bila hujung-hujung puasa ni.Makin malas pulak,hehe!
Puncanya sejak beberapa minggu ni wife aku sering keletihan.Isteri aku disahkan bakal menjadi mak buyung selepas ujian kehamilan menunjukkan tanda positif,hamil empat minggu.Pada mulanya aku tak faham kenapa begitu meletihkan sedangkan kandungan baru bersaiz 5mm.Belum sarat lagi membawa perut.Rupanya inilah yang orang kata pembawaan budak.
Mujurlah tiada gejala morning sickness atau mengidam benda-benda merepek.Cuma cepat keletihan,selalu demam dan kuat makan.Alhamdulillah,rezeki Ramadan 2011.

Balik Raya
Satu perkara yang agak melegakan aku,kampung kami taklah jauh sangat,lebih kurang 45 minit perjalanan.Rumah keluarga mertua aku di Taman Pinggiran Gombak,tapi tiap kali raya,haluan diorang tetap ke Pahang.Keluarganya berkumpul beramai-ramai menyambut raya di Kampung Jerantut Feri.Cuma yang agak merisaukan aku,kesesakan lebuhraya Karak hujung minggu ni.Harapnya taklah teruk sangat sebab raya lambat lagi.
Isteri aku dapat beraya dirumah mak aku lebih kurang dua hari je.Dia kena ikut keluarga dia balik Gombak,sedangkan aku ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan.Adik perempuan aku yang dah tamat Matrikulasi dapat menyambung pengajian di Universiti Malaysia Terengganu.Terpaksalah aku hantar.Mujurlah   Terengganu,kalau dapat Universiti Malaysia Kelantan?Naik bas la jawabnya.
Gaji pun dah masuk,patutnya aku beli pakaian raya,tapi tu semua tak penting bagi aku.Yang paling utama dalam kepala aku,Castrol Magnatec 10W-40 dan jugak SmartTag.Benda yang buatkan raya aku lebih bermakna tahun ni.Nak berjalan raya jadah apa kalau kereta tak servis?

Anak Bulan
Aku tertanya-tanya jugak ape kebendanya anak bulan tuh?Menurut Wikipedia,"anak bulan ialah fasa pertama pembentukan bulan sabit selepas mengelilingi Bumi dan kedudukan bulan ketika itu ialah berada antara Bumi dan Matahari."Ayat ni aku tapi berdasarkan kefahaman aku selepas membaca faktanya.Kalau salah maksudnya tu aku minta maaflah.
Munculnya anak bulan maka Aidilfitri pun tiba.Tahun ni sederhana jelah.Cadangnya nak anyam ketupat barang 30 bijik cukuplah kot.Apa barang makan ketupat plastik.Lu orang pandai anyam sarung ketupat?

Rabu, 24 Ogos 2011

Jadual Perlawanan EPL Minggu 3 2011

Penat nak cerita banyak,masalah perang keatas teroris,isu politik tempatan,gaji belum dapat lagi,kereta pun belum servis,dengan Arsenal kalah minggu lepas.....adoiiii...penat otak gua.
Minggu ni Arsenal jumpa Manchester United pulak.Lantaklah nak gol berapa belas bijik pun...

Sabtu,27 Ogos 2011


Aston Villa vs. Wolves
Time : 19.00pm
Channel : Astro 812/832

Blackburn vs. Everton
Time :  21.55pm
Channel : Astro 813

Chelsea vs. Norwich City
Time : 21.55pm
Channel : Astro 812/832

Swansea vs. Sunderland
Time : 21.30pm
Channel : Astro 817/831

Ahad,28 Ogos 2011

Liverpool vs. Bolton
Time : 00.00am
Channel : Astro  817/831

Newcastle United vs. Fulham
Time : 19.30pm
Channel : Astro 817/831

Tottenham vs. Manchester City
Time : 20.25pm
Channel : Astro 812/832

West Bromwich Albion vs. Stoke City
Time : 22.00pm
Channel : Astro 812

Manchester United vs. Arsenal
Time : 22.00pm
Channel : Astro 817/831

Perang Kawalan Jauh:2nd Chapter

Semalam aku cerita pasal peperangan kawalan jauh,kebetulan malam tadi History Channel ada menayangkan dokumentari baru bulan Ogos,'Remote Control War'.Sebijik macam tajuk entri aku semalam.Kupasannya pastilah lebih mendalam,bermula dengan pelbagai jenis drone,berbentuk burung,sekawan serangga dan yang agak menakutkan aku ialah rupa sebuah robot berkaki empat iaitu 'BigDog'.

Big Dog

BigDog ialah sebuah robot berkaki empat ciptaan Boston Dynamics dan dananya dibiayai oleh DARPA.Mampu mengharungi pelbagai jenis permukaan bumi pada kelajuan 8km/j,membawa bebanan 154kg dan mendaki sehingga 35 darjah.

Dikuasakan enjin go-kart silinder tunggal berkuasa 15hp @9000rpm yang menjanakan pam hidraulik dan menggerakkan 16 actuator pada kesemua kakinya.

Crying Wolf
Amacam?Ada persamaan tak?
Bezanya cuma Crying Wolf adalah imaginasi pasca peperangan moden oleh pengarah dan pencipta game terkenal Metal Gear Solid,Hideo Kojima.Dalam siri gamenya,banyak robot-robot kecuali ianya adalah separuh manusia(cyborg).Berbeza sedikit dengan robot-robot realiti peperangan moden yang cuba untuk dijadikan autonomous.
Cuma masih banyak isu yang perlu ditangani untuk menerapkan sepenuhnya penggunaan drone dalam peperangan.Drone tiada perasaan hormat,simpati malahan untuk menjadikannya cekap membezakan musuh pun adalah isu yang masih belum selesai.
Seperti isu 'pembunuhan rambang' di Pakistan yang dilancarkan oleh drone CIA untuk menghapuskan saki-baki Al-Qaeda,sebenarnya isu itu tidak dapat dijawab oleh CIA sendiri samada sasaran pengeboman mereka benar-benar jelas.Ianya sukar untuk dibincangkan kerana apa yang berkaitan dengan CIA selalunya sulit.
Apabila saki-baki Al-Qaeda meninggalkan Afghanistan dan bersembunyi di kawasan bergunung-ganang dalam wilayah Pakistan,serangan drone menjadi pilihan utama US bermula sejak zaman Bush dan diteruskan secara konsisten oleh pentadbiran Obama.
Tentera biasa tidak dapat dihantar ke kawasan ekstrem sebegitu,maka tugas itu dijalankan oleh pengendali drone CIA.Sedangkan mengikut seorang penganalisis isu itu semalam mengatakan ianya adalah pencabulan undang-undang perang memandangkan tiada war declaration keatas Pakistan.
Apapun akhir ayatnya ialah,undang-undang perang ditulis oleh mereka yang berkuasa,dan dalam isu ini pastinya 'mereka' itu adalah US.