Jumaat, 18 Mac 2011

19 Mac 2011;Bulan Hampir Ke Bumi

Esok merupakan kemuncak fasa fenomena supermoon dimana jaraknya berada paling 'dekat' dengan bumi iaitu pada jarak 356,577km.Fenomena ini juga akan menyebabkan air pasang lebih tinggi dari biasa,sekitar 6 inci peningkatan aras laut.

Ringkasan fakta dihuraikan dalam gambar ni:

Image from DailyMail
Untuk pemahaman yang lebih,tonton video penerangan fenomena supermoon ni:



*Information from dailymail

www.blog5zal.com

Pertamanya,maaf kepada rakan-rakan blogger andai mengalami kesulitan untuk blogwalking dalam sehari dua ni.

Puncanya adalah kerana aku sedang dalam proses menggantikan domain dan alhamdulillah dah selesai walaupun awalnya menghadapi masalah.Al maklumlah tak ada sesiapa yang nak dijadikan rujukan ataupun panduan.Akhirnya dengan keberanian aku try n error akhirnya dapat juga diselesaikan.Simple je rupanya.
Aku memilih untuk membeli domain dengan Server Freak.Kenapa aku pilih ServerFreak?

Aku pun tak tau,haha!Rasanya sebab sebelum ni ada terbaca tentang ServerFreak.Macam testimoni la.Diorang cakap ok,aku follow je.Masih tahap amatur,so apa yang baik,kita ikut ajelahh!!

Selasa, 15 Mac 2011

Jens Lehmann Kembali Membantu Arsenal


Jens Lehmann kembali ke Arsenal.

Bekas penjaga gol Arsenal yang meninggalkan kelab ini pada 2008 kembali untuk menyahut panggilan Arsene Wenger yang buat masa ni menghadapi krisis penjaga gawang.Jens Lehmann yang berusia 41 tahun akan menjaga gawang Arsenal sehingga hujung musim ini.
Penjaga gol muda Arsenal,Wojciech Szczesny terpaksa diketepikan selama enam minggu akibat kecederaan jari,Manakala Lukasz Fabianski akan berehat sehingga musim ini berakhir kerana baru sahaja menjalani pembedahan bahu.Vito Mannone pula sedang dipinjamkan ke Hull City.
Jens Lehmann merupakan salah seorang penjaga gol terbaik Arsenal dan pernah mengharungi musim 2003/2004 tanpa kalah dan seterusnya berjaya menjuarai Liga Inggeris.Cuma satu tugas berat untuk Arsene Wenger,iaitu meredakan 'perang dingin' antara Jens Lehmann dan Manuel Almunia.
Untuk peminat Arsenal,saksikan aksi 'comeback' Jens Lehmann Sabtu ini menentang West Bromwich Albion.

*Image & news from dailymail

Isnin, 14 Mac 2011

Kenapa Nak Menggelabah Bila Perodua Keluarkan Model Baru?

Google Images
Dijangka April 2011 ini Perodua akan melancarkan model terbarunya yang diasaskan dari model Toyota Passo.Sepertimana biasa sejak Perodua ditubuhkan,kerja-kerja pengubahsuaian kosmetik akan dilakukan untuk memberikan sedikit perbezaan berbanding model asal.
Sejak beberapa bulan lepas,kita dapat lihat beberapa spyshot ketika kereta model baru Perodua ini diuji dijalanraya.Maka seperti sebelumnya,bermacam-macam reaksi dari rakyat Malaysia,dari pelbagai lapisan masyarakat  terhadap model baru Perodua yang bakal dilancarkan.
Apa yang aku dapat simpulkan,agak ramai yang 'panas punggung' setiap kali melihat model baru Perodua.Kenapa agaknya?

Bagi peminat Perodua,mereka dituduh sebagai JDM wannabe,taksub barangan berbau Jepun dan kereta Perodua hanya untuk kaum wanita.Untuk Perodua,Perodua menghasilkan kereta yang sempit,mahal,hanya tahu tukar bumper,downgrade dan sebagainya.

Persoalannya adalah,adakah Perodua menggunakan gaji bulanan si'panas punggung' untuk meng'copy paste' model Jepun?
Adakah pembeli kereta Perodua menggunakan wang si'panas punggung' untuk menjelaskan ansuran bulanan kereta Perodua mereka?
Selama ini Perodua mengamalkan kaedah 'copy paste',sejak model Kancil pertama.Adakah Perodua mengalami kerugian sedangkan Proton baru-baru ini diisytiharkan mengalami kerugian puluhan juta ringgit?Adakah jualan model-modelnya merosot teruk?
Apabila Proton mula meng'copy paste' Lancer,segalanya 'halal' untuk si'panas punggung'.Tindakan Proton meng'copy paste' adalah untuk menjimatkan kos R&D dan ianya dilihat sebagai langkah yang bijak.Padahal Perodua telahpun mengamalkannya sejak sekian lama.
Berbalik pada kisah si'panas punggung'.Apa yang perlu disakitkan hati?Anda tak rugi wang ringgit mahupun sekelumit tenaga.Jadi apa yang perlu dikisahkan?Harga mahal,tak perlu beli.Beli model kereta dari China yang murah dan luas.C.C kecik,tak kuat panjat bukit.Belilah 4x4.Nak redah paya pun boleh.Nanti harga minyak naik,bolehlah menggelabah ramai-ramai beratur isi minyak sebelum pukul 12.Macam la esok lusa dah tak payah isi minyak.
Kepada si'panas punggung',pakailah apa yang mampu.Sebelum bagi komen-komen emosional,macam Perodua ada hutang dengan korang,fikirlah guna akal.Bukan guna otak.Pakai kereta apa pun,tiap-tiap bulan tetap kena bayar ansuran pinjaman kereta 9 tahun.
Baik fikirkan soal masa depan keluarga,pendidikan anak-anak,menambahkan pendapatan,sambung belajar,meningkatkan ibadah dan sebagainya yang jauh lebih berfaedah.Tak usah penatkan otak fikirkan ayat-ayat komen pendek akal.Tak usah jadi manusia yang banyak bunyi,sedangkan diri sendiri dan keluarga belum tentu dan takkan sempurna.

Bagaimana China Mendapat Teknologi Stealth Untuk Chengdu J20?


Satu kejutan untuk negara blok barat apabila negara China berjaya menghasilkan pesawat tempur halimunan(stealth),Chengdu J-20.Selepas Amerika Syarikat dan Russia,China merupakan negara ketiga yang berjaya menghasilkan pesawat skala penuh dan telah diuji penerbangannya.Persoalannya,bagaimanakan negara China mendapatkan pengetahuan tentang pembinaan pesawat halimunan?

Chengdu J-20
Menurut Setiausaha Pertahanan U.S,Robert Gates,China memang diketahui mempunyai program pembangunan pesawat halimunan,tetapi untuk menghasilkan sebuah pesawat dengan yakinnya beliau berkata,China akan mempunyai teknologi stealth pada tahun 2020.
Kembali kepada persoalan asal,bagaimanakah China memperolehi ilmu pengetahuan dan teknologi stealth sepantas ini?
Terdapat beberapa teori yang mengatakan China memperolehinya dari reverse engineering dan kajian keatas bangkai pesawat pengebom halimunan US iaitu F-117 Nighthawk yang ditembak jatuh di Serbia semasa Perang Kosovo.Ia merupakan satu-satunya pesawat F-117 yang ditembak jatuh.Benarkah begitu?

Poskad dari Aviation Museum,Belgrade

Kisahnya bermula pada satu malam 27 Mac,Leftenan Kolonel Georgei Anicic,komander Batalion ke-3,250th Briged Pertahanan Udara tentera Serbia diarahkan ke sebuah padang di barat Serbia.Unitnya berperanan untuk memburu pesawat Nato yang terbang di udara menggunakan Soviet Isayev S-125 Neva versi Yugoslav ,misil darat ke udara.
Berhadapan dengan kekuatan tentera udara Nato,unitnya hanya boleh menghidupkan radar selama sepuluh saat sahaja untuk setiap kali bagi mengelakkan misil anti radar Nato mengesan kedudukan mereka.Sedangkan persenjataan yang mereka ada jauh lebih ketinggalan.Pada jam 8.30 malam,unit mereka menghidupkan radar pengesan pesawat tiga kali,sepuluh saat setiap kali.Untuk kali ketiga,radar mereka telah mengesan pesawat dan operator radar,Dragan Martic berjaya mengunci sasaran dan mereka melepaskan dua misil.
Pada 15,000 kaki diudara,Leftenan Kolonel Dale Zelko dari U.S Air Force 49th Fighter Wing baru sahaja menjatuhkan dua butir bom precision guided keatas sasaran berhampiran Belgrade,dan sedang berpatah balik  untuk keluar dari ruang udara Sebia.Tiba-tiba satu letupan kuat berlaku disebelah kiri pesawat F-117 dengan kod panggilan Vega 31.Beberapa teori mengatakan,selepas beliau menjatuhkan bom,bay untuk melepaskan bom terbuka dan menyebabkan musuh dapat mengesan pesawat.

Bangkai Pesawat F-117 Stealth Bomber
Bangkai pesawat jatuh di sebuah pekan bernama Ruma,18km menghala ke barat Belgrade.Apa yang mengejutkan,mereka telah berjaya menembak jatuh pesawat Amerika yang termaju ketika itu.Bangkai pesawat dibawa ke Muzium Penerbangan Belgrade dan sebahagian dari serpihan dikutip oleh orang kampung dan disimpan sebagai cenderamata.Manakala peralatan penting dipamerkan untuk dijual di muzium seperti topi kaledar,alat komunikasi dan peta kepunyaan Lt.Kolonel Dale Zelko.
Antara pembeli yang mendapatkan serpihan pesawat tersebut ialah diplomat China,Russia dan Jepun.Berbalik kepada kisah kejayaan China membina Chengdu J-20 menurut Tim Ripley,Penganalisis Pertahanan Britain,Perang Kosovo berkemungkinan membuka jalan untuk mereka mendapatkan maklumat persenjataan termaju Amerika.
Bagaimanapun ini adalah teori sahaja kerana mereka berpendapat ,teknologi mereka terlalu maju sehinggakan negara lain tidak mempunyai kebijaksanaan yang mencukupi bagi menandingi mereka.

*Sumber berita dan gambar diperolehi dari dailymail