Satu kejutan untuk negara blok barat apabila negara China berjaya menghasilkan pesawat tempur halimunan(
stealth),Chengdu J-20.Selepas Amerika Syarikat dan Russia,China merupakan negara ketiga yang berjaya menghasilkan pesawat skala penuh dan telah diuji penerbangannya.Persoalannya,bagaimanakan negara China mendapatkan pengetahuan tentang pembinaan pesawat halimunan?
|
Chengdu J-20 |
Menurut Setiausaha Pertahanan U.S,Robert Gates,China memang diketahui mempunyai program pembangunan pesawat halimunan,tetapi untuk menghasilkan sebuah pesawat dengan yakinnya beliau berkata,China akan mempunyai teknologi
stealth pada tahun 2020.
Kembali kepada persoalan asal,bagaimanakah China memperolehi ilmu pengetahuan dan teknologi
stealth sepantas ini?
Terdapat beberapa teori yang mengatakan China memperolehinya dari
reverse engineering dan kajian keatas bangkai pesawat pengebom halimunan US iaitu F-117 Nighthawk yang ditembak jatuh di Serbia semasa Perang Kosovo.Ia merupakan satu-satunya pesawat F-117 yang ditembak jatuh.Benarkah begitu?
|
Poskad dari Aviation Museum,Belgrade |
Kisahnya bermula pada satu malam 27 Mac,Leftenan Kolonel Georgei Anicic,komander Batalion ke-3,250th Briged Pertahanan Udara tentera Serbia diarahkan ke sebuah padang di barat Serbia.Unitnya berperanan untuk memburu pesawat Nato yang terbang di udara menggunakan Soviet Isayev S-125 Neva versi Yugoslav ,misil darat ke udara.
Berhadapan dengan kekuatan tentera udara Nato,unitnya hanya boleh menghidupkan radar selama sepuluh saat sahaja untuk setiap kali bagi mengelakkan misil anti radar Nato mengesan kedudukan mereka.Sedangkan persenjataan yang mereka ada jauh lebih ketinggalan.Pada jam 8.30 malam,unit mereka menghidupkan radar pengesan pesawat tiga kali,sepuluh saat setiap kali.Untuk kali ketiga,radar mereka telah mengesan pesawat dan operator radar,Dragan Martic berjaya mengunci sasaran dan mereka melepaskan dua misil.
Pada 15,000 kaki diudara,Leftenan Kolonel Dale Zelko dari U.S Air Force 49th Fighter Wing baru sahaja menjatuhkan dua butir bom
precision guided keatas sasaran berhampiran Belgrade,dan sedang berpatah balik untuk keluar dari ruang udara Sebia.Tiba-tiba satu letupan kuat berlaku disebelah kiri pesawat F-117 dengan kod panggilan Vega 31.Beberapa teori mengatakan,selepas beliau menjatuhkan bom,
bay untuk melepaskan bom terbuka dan menyebabkan musuh dapat mengesan pesawat.
|
Bangkai Pesawat F-117 Stealth Bomber |
Bangkai pesawat jatuh di sebuah pekan bernama Ruma,18km menghala ke barat Belgrade.Apa yang mengejutkan,mereka telah berjaya menembak jatuh pesawat Amerika yang termaju ketika itu.Bangkai pesawat dibawa ke Muzium Penerbangan Belgrade dan sebahagian dari serpihan dikutip oleh orang kampung dan disimpan sebagai cenderamata.Manakala peralatan penting dipamerkan untuk dijual di muzium seperti topi kaledar,alat komunikasi dan peta kepunyaan Lt.Kolonel Dale Zelko.
Antara pembeli yang mendapatkan serpihan pesawat tersebut ialah diplomat China,Russia dan Jepun.Berbalik kepada kisah kejayaan China membina Chengdu J-20 menurut Tim Ripley,Penganalisis Pertahanan Britain,Perang Kosovo berkemungkinan membuka jalan untuk mereka mendapatkan maklumat persenjataan termaju Amerika.
Bagaimanapun ini adalah teori sahaja kerana mereka berpendapat ,teknologi mereka terlalu maju sehinggakan negara lain tidak mempunyai kebijaksanaan yang mencukupi bagi menandingi mereka.
*Sumber berita dan gambar diperolehi dari
dailymail