Memetik kata-kata mantan Perdana Menteri Malaysia,Tun Dr Mahathir,Khazanah Nasional berhak menjual sahamnya dalam Proton kepada mana-mana pihak yang dapat memajukan syarikat itu.Saham Khazanah Nasional berjumlah 42.7% dalam Proton.
Syarikat yang berminat untuk membeli saham Proton bukan sahaja perlu memajukan dan membangunkan Proton,dan menurut Tun Dr.Mahathir Proton memerlukan suntikan dana 2 bilion ringgit untuk memulihkan keadaan kewangannya.
Sebagai pemain utama industri automotif tempatan selama 25 tahun,Proton pernah mencapai tahap yang membanggakan selain giat menjalankan R&D untuk berdiri diatas kaki sendiri.Niat Tun mengasaskan Proton bukan sahaja untuk melihat Proton sebagai entiti negara yang mampu menjana ekonomi,tetapi disebaliknya mendedahkan anak tempatan kepada ilmu pembuatan kenderaan disamping memberikan peluang pekerjaan.
Sebagaimana matlamat utama setiap syarikat,sasaran sebenar adalah untuk menjana keuntungan.Prinsipnya mudah,tiada keuntungan,syarikat takkan mampu bertahan lama.Atau lebih jelas lagi,kemerosotan angka jualan pastinya menjejaskan syarikat.
Kat sini aku nak fokuskan sedikit kelemahan Proton dalam aspek penjualan kenderaannya.Tidak dinafikan Proton memberikankan apa yang terbaik untuk harga yang dikenakan pada setiap modelnya,disamping menawarkan pelbagai variasi yang memberikan banyak pilihan untuk bakal pengguna.Tapi kita lihat rekod jualan dua model Proton yang paling lemah,iaitu Savvy dan Gen2.
September Oktober YTD
Statistik diatas adalah rekod jualan model Proton pada bulan September dan Oktober 2011.
Harga Savvy diletakkan antara RM33,549 hingga RM45,841(AMT H-Line) dan Gen2 pada harga antara RM53,488 dan RM60,488(AT,H-Line).
Apakah RM33,549 yang ditawarkan adalah terlalu mahal untuk Savvy 1.2 MT?
Atau Gen2 1.6 IAFM MT berharga RM53,488 tidak berpadanan dengan apa yang bakal pembeli dapat?
Menawarkan pilihan yang banyak kepada pembeli yang berpotensi adalah sesuatu yang baik,tetapi harus berhati-hati dalam menetapkan harga jualan.'Kelemahan' yang aku maksudkan adalah sesetengah model mencetuskan kekeliruan dalam menentukan pilihan pembeli,antara praktikaliti atau kehendak.Contohnya seperti berikut:
Savvy 1.2 MT Lite : RM33,549 vs.
Saga FL 1.3 MT :RM37,998
Gen2 1.6 IAFM MT : RM53,488 vs.
Persona Elegance 1.6 IAFM MT M-Line : RM52,999
Sebagai pengguna,perbezaan harga sebegini menyebabkan dua model yang aku sebutkan tadi menjadi mangsa keadaan.Katakan bakal pembeli pada asalnya berminat membeli Savvy 1.2 AMT H-Line,dengan harga RM45,841 berkemungkinan perhatiannya akan teralih kepada Satria Neo 1.6 MT Lite yang cuma berharga RM43,900.Apa yang terjadi adalah berlakunya
clash pada senarai harga beberapa model yang 'mengganggu' skop pilihan pengguna.
Mungkinkah pembeli lebih tertarik kepada rekabentuk Gen2 sedangkan wujudnya Persona Elegance yang lebih
'elegance' dan pastinya sesuai untuk mereka yang berkeluarga?Jawapannya terletak kepada pengguna yang menentukan kejayaan setiap model yang Proton hasilkan.
Langkah yang mungkin terbaik untuk Proton adalah dengan menamatkan saja pengeluaran model-model yang jualannya lemah,dan menumpukan kepada aspek kualiti model-model yang dapat dijual dengan baik seperti Saga dan Persona.Permintaan tetap ada untuk Savvy dan Gen2,cuma terlalu sedikit untuk diteruskan.Tindakan Perodua menamatkan pengeluaran Kelisa dan Kenari boleh dicontohi walaupun mereka mengambil risiko menghentikan model yang masih mempunyai permintaan baik.Tetapi penting untuk memastikan kelangsungan model Viva dan Myvi dan seterusnya tumpuan dapat diberi kepada usaha meningkatkan kualiti dan kapasiti pengeluaran.
Bukan niat aku nak memuji Perodua,tapi sebagai sebuah syarikat yang memerlukan dana untuk operasi syarikat,R&D dan bonus pekerja,mereka faham betapa perlunya menjual sebanyak mungkin kenderaan.Tak ada untung,tak ada makna.Berbanding Proton yang bernaung dibawah Khazanah Nasional,apakah makna kata-kata Tun Dr Mahathir tentang suntikan dana 2 billion yang diperlukan Proton?
Wang bukanlah masalah besar untuk Khazanah,aku juga berkerja dibawah naungan Khazanah maka perkara berkenaan kewangan mereka sangatlah aku fahami.Tapi mereka pun ada sasaran tersendiri,mungkin dana akan diberi selama beberapa tahun sahaja dan seterusnya syarikat naungannya perlu berdikari.
Pernah aku terbaca beberapa komen dangkal dan tidak cerdik dari blog automotif popular mengatakan membeli Perodua seperti ditipu,model
rebadge yang dijual mahal.Soalnya sekarang adalah kuasa beli ditangan pengguna.Harga yang murah bukan lagi faktor utama menentukan kelangsungan model yang dipasarkan.Pembeli lebih berminat terhadap
value added dengan nilai yang dilaburkan termasuklah faktor lain yang tak kurang penting juga iaitu
feedback dari pengguna terdahulu.Kuasa beli lebih kepada kaum wanita yang kebanyakannya berpendidikan tinggi(berpendapatan baik) yang mahukan kereta bandar yang mudah dikendalikan dan kurang karenah.Benar,majoritinya wanita tidak tahu apa-apa tentang kereta,tetapi pengguna tetap pengguna yang membayar harga kereta setiap bulan.Berbalik kepada isu jualan kereta,apakah signifikannya kepada pengeluar kenderaan sekiranya menjual kereta kepada pembeli yang pakar tentang kereta berbanding pembeli biasa?