China memang banyak gadget-gadget pelik dan merbahaya.Dulu diorang buat taser berbentuk handphone.Dari sudut positifnya kita boleh renjatkan orang yang nak rompak kita,tapi masalah besar kalau perompak yang pegang taser tu dan renjatkan kita.
Tapi aku bukan nak cerita pasal taser.Kebetulan aku terjumpa gadget 'James Bond' yang menarik ni.
Haaa...ni bukan lighter Aladdin ya?Rupa je macam lighter,tapi haram tak boleh cucuh rokok.Cuba teka.
Tak payah teka la,buat penat kepala je ye tak?Lambat tunggu jawapan korang,mengantuk aku tunggu.Lagipun jawapan dah ada kat tajuk entri,hee!
Lighter tadi sebenarnya adalah mini camcorder.Harganya US$28 dan boleh diorder di sini .Spesifikasinya adalah seperti berikut:
Image Sensor :1.3 Megapixel CMOS
Visual Angle : 65 degree
Storage capacity : 8 Gb(Micro SD beli sendiri)
Video : 640x480 pixel,25fps
Video format :AVI
Photo : JPEG (1280 x 1024)
Interface: USB 1.1/2.0
Charge time : 3 hours
Rabu, 15 Jun 2011
Kambing Biri-Biri Nak Bunuh Diri
Memandai je bagi tajuk,haha!
Apa masalah kambing ni?
Putus cinta?Berhutang dengan ahlong atau mengandung anak luar nikah?
Tuan rumah Claire Walters 38,terdengar bunyi aneh ketika menonton tv dan bila dia ke halaman rumah beliau ternampak sekor kambing biri-biri berkeliaran diatas bumbung rumah beliau.Beliau sendiri hairan bagaimana kambing tersebut berada diatas bumbung,samada dengan terjunan HALO dari pesawat C130 atau perbuatan budak-budak nakal.
Images & News from dailymail
Apa masalah kambing ni?
Putus cinta?Berhutang dengan ahlong atau mengandung anak luar nikah?
Tuan rumah Claire Walters 38,terdengar bunyi aneh ketika menonton tv dan bila dia ke halaman rumah beliau ternampak sekor kambing biri-biri berkeliaran diatas bumbung rumah beliau.Beliau sendiri hairan bagaimana kambing tersebut berada diatas bumbung,samada dengan terjunan HALO dari pesawat C130 atau perbuatan budak-budak nakal.
Bomba:"Adik kambing,jom la slow talk kat bawah"... Sheep:"Tak mau!Please leave me alone..wuuuuuu!!" |
Bomba:"Saya sibuk ni.Petang kang ada mesyuarat pulak!" |
Images & News from dailymail
Facebook Domination Map
Filipina satu-satunya negara yang masih lagi merupakan kubu kuat Friendster tahun 2009
Jun 2010,Friendster terus pupus,huhu!Iran dan Pakistan mula bertukar dari Facebook ke Cloob,manakala semenanjung Arab bertukar dari Maktoob ke Facebook.
Daripada 17 laman sosial pada tahun 2009,baki yang masih lagi aktif tahun 2011 hanyalah 9 sahaja.Brazil masih lagi setia dengan Orkut,Rusia dengan V Kontakte,Kazakhstan dengan Odnoklassniki,China dengan QZone dan Jepun masih seronok menggunakan Mixi.
Peta ni dihasilkan oleh blogger dari Itali dan pakar jaringan sosial,Vincenzo Cosenza.
Langgan:
Catatan (Atom)