Isnin, 21 Mac 2011

Krisis di Libya;Masalah Mereka Atau Masalah Dunia?

Dunia masih lagi bersimpati dengan kejadian tsunami di Jepun yang juga mencetuskan tragedi baru iaitu pencemaran radiasi dari janakuasa nuklear.Kebocoran radiasi bukanlah disebabkan gegaran 8.9 skala Richter dan tsunami semata-mata,tetapi adalah kerana bekalan elektrik yang terputus akibat gegaran.
Ketiadaan bekalan elektrik menyebabkan sistem penyejukan gagal berfungsi.Itulah bencana berganda yang sedang dihadapi Jepun.Terkini,makanan dan bekalan air paip didapati tercemar teruk dengan radiasi dan menambahkan lagi sengsara rakyat Jepun khususnya.


Belum reda dengan masalah negara Jepun,negara Barat menumpukan perhatian kepada masalah dalaman Libya dan mula campurtangan.Konflik beberapa negara Arab sebelum ini merebak ke Libya sehingga berlaku pertempuran antara penyokong Muammar Gadaffi,dan juga rakyat yang mahukan Gadaffi berundur.
Apabila tentera yang setia dengan Gadaffi mula menyerang rakyat Libya yang memberontak,negara Barat yang memerhatikan situasi tegang ini mula mengambil langkah agresif.Berpuluh-puluh kapal perang dan kapal selam yang merapati Libya dari Laut Mediterranean melancarkan ratusan peluru berpandu Tomahawk terbaru yang ditingkat keupayaan untuk menggegarkan bumi Libya.
Itu tidak termasuk peluru berpandu StormShadow yang dilancarkan dari jet-jet Panavia Tornado milik RAF yang berulang alik 4800km dari pengkalan Marham,Norfolk ke Libya.Manakala B2 Spirit stealth bomber berulang alik sejauh 8960km dari US ke Libya.
Tentera SAS pula sudahpun memasuki Libya untuk penandaan sasaran strategik untuk serangan udara seterusnya menggambarkan serangan akan berlanjutan untuk beberapa hari lagi hingga Gadaffi berundur.Dari kekuatan ketenteraan tentera pakatan Barat,memang tidak dinafikan lagi kadar keberkesanan serangannya.

Pakatan Barat menanggung kos yang sangat besar untuk menyerang Libya.Harga sebuah peluru berpandu Tomahawk umpamanya sekitar RM1.454 juta.Sehingga semalam,mereka telahpun melancarkan 124 Tomahawk yang keseluruhannya bernilai RM180.3 juta.
Jika dikira kos-kos lain termasuk kos bahanapi untuk kapal perang,jet pejuang,pesawat pengebom dan pesawat risikan,mungkin nilainya melebihi RM250 juta.Ia cuma telahan saya yang bukanlah pakar dalam menganalisis kos peperangan.

Kenapakah mereka sanggup 'membuang' duit yang banyak menyerang Libya atas alasan melindungi rakyat Libya dari serangan tentera Gadaffi?Kita kembali kepada masalah yang sedang dihadapi Jepun sekarang ini.
Dengan jumlah wang yang sebegitu banyak,alangkah baiknya jika wang tersebut digunakan untuk membantu Jepun.Alangkah baiknya juga 'kepakaran' mereka dalam teknologi dimanfaatkan untuk mengawal situasi merbahaya pencemaran radiasi di Jepun.
Kenapakah sebabnya?Kita sama-sama fikirkan....

*Image from dailymail 

Ahad, 20 Mac 2011

Infografik Serangan Keatas Libya

Negara US,Kanada,Itali,United Kingdom dan Perancis sepakat melancarkan serangan keatas Libya semalam.Serangan dari udara dan laut dilancarkan bertalu-talu keatas bandar Zuwarah,Tripoli,Misratah dan Benghazi.
Jet RAF Tornado melancarkan peluru berpandu krus udara ke-darat,Storm Shadow manakala kapal perang serta kapal selam US dan Britain melancarkan 110 peluru berpandu Tomahawk keatas sasaran di Libya.





*Infografik dari en.rian.ru dan dailymail

Sabtu, 19 Mac 2011

Meter Kelajuan Concorde Dilelong

Machmeter ialah meter untuk mengukur kelajuan berdasarkan nisbah kelajuan berbanding kelajuan bunyi.Seperti yang korang tau,Concorde ialah pesawat penumpang supersonik yang dah pun 'bersara' sejak 2003.



Gambar diatas menunjukkan machmeter dari Jet Concorde G-Boad(210) yang menyeberangi Atlantik dari New York ke London dalam masa 2 jam 52 minit dan 59 saat pada 1996.
Angka 202 menunjukkan kelajuan yang disetkan iaitu 2 kali kelajuan bunyi dan huruf CG menunjukkan kepada pilot yang kapal terbang tersebut boleh diterbangkan dalam keadaan geseran kepada atmosfera berada pada tahap paling minimum.
CG bermaksud Centre Gravity.Meter ini diberikan kepada Peter Gravenstock,iaitu engineer British Airways sebagai hadiah bersara.Machmeter ni dianggarkan mampu mencecah harga 20000 pound.


*Images and information from dailymail