Rabu, 31 Julai 2013

Menukar Bearing Belakang Myvi

Problem bearing belakang kereta aku ni rasanya dah berlanjutan hampir sebulan.Aku dapat detect masa dalam perjalanan ke pasar malam bila ada bunyi dengungan halus yang tak pernah aku dengar sebelum ni.Mula-mula aku suspect tayar kembung,tapi bila aku check semula keempat-empat tayar,semua berkeadaan baik kecuali tayar belakang sebelah kiri.Bila dipusingkan,bunyinya teramat kasar.
Kebetulan aku baru terbaca entri blog tacradiy tentang penukaran bearing belakang Myvi,maka aku decide untuk mengerjakan sendiri.Nampak macam kacang putih je.
Pertamanya,mendapatkan spare part.Dalam blog tu,harga bearing belakang Myvi tanpa sensor ABS adalah RM175 di Kuala Terengganu.Aku dapat beli dengan harga RM160,jenama Gaido beserta sensor ABS di kedai spare part Traffic One Glenmarie Shah Alam .Aku mintak standard punya,tapi tauke kedai bagi yang ada sensor.Lantaklah,janji muat.
Perkara kedua adalah mendapatkan tool yang sesuai.Bearing belakang Myvi diskrukan ke torsion bar menggunakan empat skru star hex key.Memandangkan diagnosis tu dibuat masa aku dikampung,saiz sebenar star hex key tu tak dapat disahkan dengan tepat.Aku menggunakan kaedah McGyver kampungan dengan menenyeh kapur tulis kedalam lubang skru untuk mendapatkan teraan saiz lubang skru.Selepas diukur,diameternya ialah 11mm.
Balik Shah Alam,aku ke kedai hardware di Glenmarie juga untuk mendapatkan star hex key.Rupanya saiz star hex key diukur dalam unit jejari,contohnya T60 bermaksud jejari 6mm,atau berdiameter 12mm.Memandangkan skru bearing belakang Myvi tadi berdiameter 11mm,maka saiz keynya adalah T55.Cuma perlu dipastikan,key tersebut cukup panjang untuk mencapai skru yang terletak agak kedalam.
Ok,barang dah ada,tool pun ada,kerja-kerja membaraikan kereta boleh dimulakan.Sebelum tu dapatkan sebatang skru(saiz bebenang aku tak pasti)untuk memudahkan kerja menanggalkan drum brek.McGyver hanya menggunakan allen key yang dirembat dari rak TV terpakai kat rumah mak dia.
Langkah-langkahnya ialah:
-Baca bismillah.
-Longgarkan keempat-empat nat rim.
-Jackkan kereta dan tarik keluar rim dari hubnya.
-Lepaskan handbrake.Pastikan kereta tak bergerak walaupun dilepaskan brek tangan.Tahan tayar depan dengan batu-bata kalau dia bergerak juga.
-Tanggalkan drum brek.Ketat bukan?Disinilah gunanya skru allen key yang dirembat dari rak TV tadi.Ada dua lubang kecik dengan ulir skru yang sengaja disediakan untuk memudahkan kerja menanggalkan drum brek.Masukkan skru disitu dan drum akan terpisah dari hub.Nak guna skru apa pun boleh,janji muat,barang tak rosak dan matlamat tercapai.
-Sekarang dah boleh nampak rear bearing assembly,dan buka keempat-empat skru dengan star hex key bersaiz T55.
-Walaupun empat skru sudah dibuka,bearingnya agak ketat disebabkan pengaratan.Pandai-pandailah ketuk sampai boleh ditarik keluar.Gunakan imaginasi anda.
-Masukkan bearing baru dan ikat semula empat skru star hex tadi.Ikatkan dengan kuat,kang tak memasal tayar belakang tertanggal.
-Letakkan semula drum brek,masukkan rim dan ikat semula nat tayar.
-Siap.
Buat sendiri lebih kepuasan walaupun tak jimat sangat.Harga star hex key berbentuk "L" yang aku beli adalah RM20 dari jenama TOPTUL.Tapi tak apa,untuk kemudahan dimasa akan datang.
Apabila umur kereta melebihi 100k mileage,penyakit mula datang.Sebelum ni aircond,sekarang bearing.Kereta aku berusia empat tahun,tapi catatan mileage sudah melebihi 125k kilometer.
Tak pelik kenapa orang pilih untuk berhutang lagi sebijik kereta.Satu untuk pergi kerja,satu lagi buat stok kasi hensem.Memang tak boleh bagi cantik kereta yang dilenjan hari2 ketempat kerja.

Jumaat, 5 Julai 2013

Swap Muka Yang LOL

Aku terjumpa berita ni dalam DailyMail.Siapa yang tau asas Photoshop tak sah kalau tak cuba alter muka sendiri.Aku pernah buat dulu masa excited bermain photoshop dengan meng’swap’ muka aku pada badan Jay Chow dalam poster Initial D.Hasilnya berjaya mengLOLkan member-member aku.Ok,skil photoshop aku memang kampung habis.

Tapi idea meng’swap’ muka couple-couple dibawah sangat kreatif.Respek + senyum sorang-sorang depan PC.

 

Elizabeth

Hermione

Kardashian

Obama

 

Obama kelihatan seperti rockers Indon.Lagi gambar di DailyMail

Anda Geek Kategori Mana

Meh try Geek Calculator.

Ada lima kategori iaitu Tech Rich,Social Addicts,TV Worshippers,Quality Seekers atau Price Pragmatists.

Aku dah cuba dan keputusannya aku tergolong dalam kategori Social Addict.Susah nak admit yang aku ni termasuk dalam golongan addict,tapi memang betul,bila internet tak ada rasa macam ada tempurung besi jatuh atas kepala aku.

 

Geek Calculator

 

Nak cuba boleh klik SINI

Khamis, 4 Julai 2013

Jawapan Kepada Isu Gadget WiFi Hacker

hacker-cartoon

Sehari dua ni agak banyak komen yang aku terima dalam entri gadget untuk WiFi hacking.Mostly agak marah dengan pandangan aku tentang benda alah tu.

Pertamanya aku nak refresh balik apa puncanya aku bertegas dengan pendapat aku.Semua yang beragama Islam harap maklum dan ambil serius sebab hukum tetap hukum.Tak ada excuse walaupun sekecil 1 byte.

Bayangkan begini dengan menganggap watak dibawah adalah kalian semua:

 

Encik A bercadang untuk memasang UniFi dirumahnya lalu melanggan pakej TM UniFi VIP10 dengan kos permulaan RM200 manakala bil bulanan ialah RM200.Selepas pemasangan siap,router UniFi membenarkan akses internet tanpa wayar dengan password encryption yang sudah pasti hanya Encik A dan keluarganya yang tinggal serumah sahaja tahu.

Disebabkan ianya berbayar dan Encik A yakin dengan keselamatan sistem sekuriti UniFi,Encik A tidak ragu atau bimbang dengan amaun yang dibayar setiap bulan.Internet dirumahnya lancar dan kuota data sentiasa mencukupi untuk penggunaan berat dalam sebulan.

Satu hari Encik A menyedari penggunaan kuota datanya semakin meningkat dengan mendadak.Hasil siasatannya,Encik A mendapati sistem sekuriti WiFinya telah dihack oleh jiran-jirannya menggunakan device buatan China untuk aktiviti mendownload data bersaiz besar.”

 

1.Sebagai manusia normal,perlukah Encik A mengucapkan tahniah kepada jiran beliau kerana berjaya decrypt password WiFi beliau?

2.Kalau semua WiFi dianggap hakmilik awam,kenapa tak minta sahaja password daripada Encik A yang membayar tiap-tiap bulan?Anda takut password yang diminta,kaki yang diberi?

 

Fikirkan jawapannya.

 

Kedua,sila FAHAM erti public WiFi dan personal WiFI.

WiFi yang dipasang kerajaan untuk projek kampung tanpa wayar sememangnya FREE!Diulangi FREE.Tak kisah lah kampung apa pun,FELDA ke(kampung aku memang FELDA,harap maklum.So far belum ada WiFi FREE di kampung aku).Yang menjadi masalah mungkin signal kurang kuat,tapi tak kisahlah sebab free kan.Sekupang habuk pun tak payah bayar.Mungkin maksud diorang ni,alat tu digunakan untuk menguatkan penerimaan gelombang WiFi.

Alat tu ada dua fungsi ya,pertama menguatkan gelombang WiFi untuk penerimaan data lebih pantas dan kedua menggodam password WiFi.Fungsi pertamanya tu ok,memang bagus.Tapi kalau fungsi menggodam,aku tak setuju.

Sama juga kes kalau rumah dekat dengan kedai mamak atau mana-mana premis yang open WiFinya.Belilah alat penguat signal kalau nak tumpang WiFi diorang.Pokok pangkalnya kat sini pemilik WiFi itu open to public atau encrypted.Harus maklum kenapa ada encryption.Sebab tak nak kongsi lah!(contoh:”Aku bayar bil pehal kau nak tumpang internet aku plak?Kalau nak,share bayar bil la”.)

Metafora;Kalau benda yang orang simpan dalam peti besi,tapi korang nak jugak ambik dengan cara memecahkan peti besi tu,perbuatan tu dipanggil apa?Berdosa encik-encik ya kerja-kerja ‘mencuri’ ni.Bezanya cuma benda tu tak nampak,tapi tetap ‘hak’ orang lain.Tanggungjawab saya mengingatkan saudara seagama,terima atau tak andalah tentukan jalan hidup masing-masing.

“Kubur asing-asing,tapi kalau meninggal nanti,sila bergolek masuk lubang dan kambus sendiri’.

Selasa, 2 Julai 2013

Despicable Me-niooonnn 2!

Kali terakhir aku tonton filem di panggung adalah ketika wife aku sarat mengandung dan movienya adalah Ghost Rider: Spirit of Vengeance.Lepas tu aku ber’cuti’ dari menonton wayang sebab dah ada anak kecil.Mana mungkin aku nak bawa anak aku yang ligat tu kedalam panggung.

Minggu lepas kami berdua dapat peluang untuk berdating bila anak aku ditinggalkan dirumah mertua.Bukan senang nak dapat peluang berdating,tambahan lagi bila wife aku cakap dia rindu bauan harum popcorn Cathay Cineplex.

Disebabkan dah agak lama aku tak menjadi pengunjung tetap Cathay Cineplex Damansara,banyak perubahan yang berlaku pertamanya sistem tempahan tiket online.Dulu boleh book tanpa perlu mengeluarkan wang,sekarang kena pakai VISA.Aku trauma dengar nama VISA ni.

Kedua,sistem queue stail ular kena katok iaitu satu barisan berlingkar-lingkar untuk mengadap dua kaunter sahaja.Maybe bukan hari Ahad,sebab tu kaunter yang buka sikit saja.Bagi aku sistem ni tak membantu mempercepatkan urusan pembelian tiket pun kalau kaunter yang dibuka cuma DUA.

Lain-lain perubahan ialah ruang legarnya dah terang dengan lampu putih,tiada lagi panel pempamer hall yang dibuka diaras bawah,dan sofa sedap didepan pintu masuk juga sudah dibuang.Aku lebih suka konsep lama yang berlampu biru dan penuh dengan poster besar filem baru + model promo skala sebenar.(aku tak tau nama sebenar benda tu).

Sebenarnya aku nak tonton filem Man of Steel,tapi bila fikir-fikir balik,macam bosan je cerita dia.Kang sama macam cerita Spiderman,dok ulang jalan cerita sama.Kemudian aku terpandang list tayangan yang menunjukkan filem Despicable Me 2.Dalam website Cathay,filem ni masih lagi coming soon(Jumaat lepas).

 

despicable_me_two_ver5

Filem pertamanya aku letak rating 7.5/10,itupun sebab posternya nampak biasa-biasa sangat.Tak cukup power untuk menarik aku membeli tiket wayang.Lepas tonton dalam FX HD baru tau filemnya agak best terutamanya keletah Minion yang comel.So,expectation untuk filem kedua ni agak tinggi dan tanpa ragu aku terus beli tiket couple seat untuk tayangan jam 5.45pm.

Dipendekkan cerita,aku bagi rating 8.7/10.Kalau dalam filem lama minion-minion tu comel dan sekadar watak penghias cerita,kali ni diorang DOUBLE comel + kelakar + lagi banyak minion.Boleh dikatakan 50% content filem ni adalah berkenaan minion sebab diorang adalah part penting dalam filem Despicable Me 2.

Serius best filem ni.Sangat sesuai untuk melegakan tekanan kerja,duit kena curik,dan sebagainya.

 

Mana mau cari benda ni haaa?!!

 

Despicable Me 2 figures