Rabu, 6 November 2024

Saudara Baru; ATC Kraven 100

 Inventori terakhir aku untuk 2024 ni aku tutup dengan reel baitcasting dari ATC iaitu Kraven 100 dengan nisbah karauan 6.6:1.Sedikit maklumat asas aku ada tulis dalam posting beberapa hari lepas, tapi aku rasa macam ada beberapa maklumat yang tertinggal.

ATC Kraven ni adalah pembelian spontan tanpa memikirkan masa depan. Sekali pandang aku rasa reel ni lawa dan terus tunjuk kat wife.Wife aku sudi pulak tu membelikan tanpa banyak soal,hahahah!

Barang ATC ni kalau aku berkenan jarang la aku nak fikir lama-lama. Sebelum ni pun aku dah ada dua reel baitcasting ATC, jadi reel yang ini aku yakin prestasi dan kualitinya tak mengecewakan.

Didatangkan dengan dua nisbah karauan iaitu 6.6:1 dan 8.1:1 dan kayuhan kiri-kanan macam biasalah pilihan aku semestinya nisbah 6.6:1 kayuhan kanan. 

Aku tak berminat dengan nisbah kelajuan tinggi sebab aku tak pernah pun bermain lure top water. Satu-satunya reel aku yang bernisbah 8 adalah iFishband Tendershoot 101. Itupun sebab nisbah yang lebih rendah tak ada jual kat sini.

Dari sudut specsheet nampak reel ni macam ringan tapi sebenarnya tidak.

Dengan binaan kerangka badan grafit dan gigi gear aluminium, berat reel ini ialah 194 gram. Tidaklah seberat Tatula yang melebihi 200gram tetapi tidak ringan seperti reel BFS. Bagaimanapun bila dipasangkan pada rod, kombinasinya tidaklah seberat yang disangka. Agak ringan juga sebenarnya untuk tugasan casting seharian. 

Dari sudut kehalusan kayuhan, gigi gear utama aluminiumnya beraksi cemerlang memberikan ‘rasa’ karauan yang lancar dan halus. Mungkin tidak sehalus reel high end tapi amat baik dengan tanda harga yang ditawarkan.

Cengkaman dragnya juga baik dengan kekuatan sehingga 7kg. Setakat ni drag berbilang platnya berfungsi seperti yang sepatutnya.

Line guidenya tidak seperti abang-abangnya yang berbentuk cone atau segitiga, orifis atau lubang laluan tali bersaiz normal memberikan satu kelebihan lain iaitu susunan tali yang lebih kemas.

Aku sebenarnya tak teruja pun dengan inovasi-inovasi lubang line guide yang kononnya membantu lontaran lebih jauh. Kebiasaannya ‘kelebihan’ tu tak dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebab goal aku dalam memancing bukanlah jarak lontaran. Aku lebih suka tali yang tersusun kemas didalam spool.

Selain dari itu, tak banyak yang aku nak ulaskan. Kelengkapan biasa yang dibekalkan ialah spool bersaiz medium, brek magnetik dengan 10 tetapan dan kemasan cat luaran yang kemas. Cetakan-cetakan pada badan amat minimum; cuma ada logo ATC , nama model dan maklumat nisbah karauan. Jimat dakwat tampo.

Harga yang ditawarkan bagi aku sangat berpatutan iaitu RM335 sahaja. Aku rasa harganya yang rendah sebab tidak dibekalkan dengan spool tambahan. Saudara dekatnya Combat CF BFS aku beli pada harga RM470 ( sekarang RM450 ) dengan fitur drag clicker, lightweight body dan tambahan shallow spool. Tambahan spool ini sahaja akan meningkatkan harga antara RM50-70.

Buat masa ni aku amat berpuashati dengan prestasinya. Dipadankan dengan Rod Asuka Marksman 6-12lb one piece 6”3in, mainline Asuka Bravo 4X 20lb dan fluorokarbon Daiwa JThread 50lb, setup ni lah yang jadi setup utama permainan kolam air masin.

Jumaat, 1 November 2024

Titipan Akhir 2024

Last post aku pasal Tatula Type-R custom tu dah agak lama,awal 2024. Sekarang dah hampir ke penghujung 2024, dan sepanjang tempoh tu ada beberapa pembelian alatan pancing yang aku dah buat.
1. Rod Expert Graphite Black Stone Fortitude 6-18lb
- rod ni adalah rod ‘termahal’ yang ada dalam koleksi aku.Harga RM445. Nampak kan barang mahal bagi aku tak mahal mana pun.Rod ni patah top section semasa kali kedua dibawa ke kolam Delek Fishing Park akibat kesilapan teknik melambung ikan.
- Aku peram agak lama sebelum disambung semula menggunakan blank yang disalvage dari rod Hasamu Ikarus.Malangnya blank Hasamu tersebut terlalu nipis dan sambungan gagal.
- Aku berjaya keluarkan semula blank yang patah tu dan kali kedua aku gunakan blank yang diambil dari rod Storm Adventure.Hasil ujian nampaknya sambungan berfungsi dengan baik.
- Rod ni kembali berkhidmat dan dipadankan dengan Tatula 100 + Asuka Bravo 8X 25lb.

2. Rod Asuka Marksman ni entah macamana aku terbeli sebab pengaruh Tiktok dan juga racunan kerabat keluarga. Team adik beradik aku semua ambil rod ni dengan saiz 4-10lb, aku sorang je beli 6-12lb.
- Dengan harga RM268 aku rasa berbaloilah dengan kualiti dia. Tapi kalau dibandingkan dari segi kekuatan, aku rasa rod one piece ni kena beli satu level bawah dari target kekuatan rod yang kita nak. Contohnya rod aku beli 6-12lb,kekuatan dia setara dengan rod 6-17/8-17lb two piece.
- Atau kalau nak kekuatan 6-12lb,cukup dengan beli rod berpoundage 4-10lb.Boleh faham kan?
- Rod ni aku padankan dengan reel dari ATC Kraven 100

3. Reel ATC Kraven ni pun pembelian yang tiba-tiba juga. Aku tak ingat sebab apa,yang aku pasti wife aku yang belikan. Harganya RM335 dan macam biasa kayuhan kanan.
- Dari segi spec tiada apa-apa yang amazing kecuali drag plate multi stack.Drag clicker?None. Walaupun main gear dia aluminium dan main body dari carbon, overall weight dia tidaklah ringan macam ATC Combat CF BFS. Dengan berat 190g, angkanya tidaklah mengkagumkan. Tapi real usage semasa dipadankan dengan rod Asuka Marksman, aku boleh katakan beratnya agak selesa.
- So far inilah pair yang aku kerap bawa ke kolam air masin buat masa ni. Padanan dengan mainline Asuka Bravo 4X 20lb cukup memadai untuk melayan ikan-ikan kolam air masin.

4. Pembelian terakhir tahun ni ialah rod dari jenama baru iaitu DASH. Spesifikasi yang aku beli ialah 4-10lb one piece. Memandangkan kategori 4-10lb aku cuma ada two piece Rentaka BlackHeart, maka aku lengkapkan kelas 4-10lb dengan rod ni.
- Harganya ialah RM288, kemasan agak cantik dengan handle monocoque ala-ala carbon fiber dan pengunci reel seat aluminium beserta ‘clicker’ (useless feature sebenarnya).
- Sayangnya rod ni agak berat untuk kategori 4-10lb iaitu 134g. Kebiasaannya bawah 100g adalah berat normal untuk kelas ini. Aku suspek berat berlebihan ni kerana binaan blanknya agak tebal sebab rod DASH ni memfokuskan permainan di kawasan heavy cover. 
- Sensitiviti rod pula ialah extra fast, amat kejung untuk lontaran umpan-umpan ringan.
- Tapi dari segi kekuatan lifting power aku boleh kategorikan setara dengan rod 6-12lb one piece. 

Tahun ni aktiviti memancing aku agak perlahan. Kekerapan memancing berkurangan kepada sebulan sekali. Aku ada banyak masa, cuma team adik beradik aku sibuk dengan urusan masing-masing.
Semoga tahun mendatang, hobi memancing aku ni masih bertahan. Jumpa lagi tahun depan. Assalamualaikum.

Ahad, 28 Januari 2024

Tatula Type R 10 Years Anniversary Edition Custom Made

Salam semua.


Seperti biasa, agak lama juga aku tak kongsikan sesuatu kat sini sejak last post berkenaan reel Daiwa Tatula Type R kuning dan juga post berkenaan pemilihan rod. Dalam sela masa tu banyak juga pertambahan koleksi-koleksi baru tapi aku tak sempat nak menulis, antaranya perolehan reel Tatula 100H terpakai sebanyak dua unit, pembelian rod Expert Graphite Blackstone Fortitude, rod Hasamu Ikarus, rod Team Seahawk  Blitzkrieg dan juga seunit reel BFS Fishband Tendershoot 101.

Semua ni nanti aku akan ulaskan kemudian.

Untuk posting ni aku nak kongsikan setup terbaru aku iaitu reel custom sendiri sempena ulangtahun Tatula ke 10 (2013-2023) berasaskan reel pertama Tatula yang dipadankan dengan rod Rentaka Black Heart BH1.

Setup ni lebih fokus kepada permainan lure soft plastic ringan dan target-target kolam air masin bersaiz hidangan kedai tomyam ( lebih kurang berat 0.5kg-2.0kg). 


Reel diatas ni asalnya dibeli untuk spare part dan juga didorong kerana sering di'bakar' adik beradik yang menggunakan reel JDM ber 'T-Wing' warna gold. Reel Type R yellow aku T Wingnya berwarna chrome dan kelihatan tidak JDM. Sememangnya Type R bukan reel JDM dan ia khas untuk pasaran luar Jepun.

Hasil carian di laman web Buyee,dapatlah jumpa seunit T Wing gold terpakai, tapi harganya sungguh mengarut.Sumpah mahal untuk part sekecil tu. Aku teruskan pencarian dengan mengkaji unit-unit terpakai dan nampaknya harga agak berpatutan. Aku beli dua unit dimana satu berkondisi luaran agak teruk dan satu lagi hanya calar-calar ringan.

Bila dah sampai nampaknya reel yang berkondisi agak baik tadi memang baik dan cuma perlu diservis dan digilap cat asalnya. Aku padankan dengan mainline Asuka Bravo 8X berkekuatan 25lb dan shock leader 50lb + rod 6-18lb Expert Graphite Blackstone Fortitude 2 piece. Banyak juga aksesori lain yang ditambah untuk menaikkan serinya, tapi nantilah aku cerita kemudian.


Reel Tatula 100H yang berkeadaan agak teruk tadi lama juga aku simpan sementara menunggu idea dan peralatan yang mencukupi untuk memulakan projek. Akhirnya aku dapat idea untuk buat anniversary reel sendiri memandangkan reel Tatula ni adalah versi terawal yang dah berusia 10 tahun.

Memandangkan aku amat suka dgn mainframe Type R yang berlubang di bahagian atas, aku cuba tebuk sendiri tapi nampak hasilnya kurang 'asli'. Jalan shortcutnya ialah memesan mainframe Tatula HLC terpakai yang rekabentuknya sama dengan Tatula Type R. Harga di Buyee lebih kurang RM45 dan total kos untuk dihantar ke Malaysia sekitar RM75.Mahal kan pos dia? Begitulah harga pos Jepun. Walaupun item yang berjaya dibida mungkin dalam bajet, consider pertambahan kos sekitar 70% ke 80% tambahan lagi sebelum sampai ke tangan anda. Pembelian dua unit reel sebelum tu jumlah cukainya sahaja RM135 dikenakan oleh Kastam Malaysia.


Proses pertama ialah menanggalkan cat pada sideplate reel Tatula tadi yang memang dah sedia direlaikan. Walaupun ada orang sebut cat Tatula senang rosak kena air masin, sebenarnya cat Tatula ni bukan setakat tahan air masin, dia juga kalis paint remover! Susah sebenarnya nk buang cat lama. Aku cuma buat seadanya untuk surface preparation sebelum disembur dengan cat primer high temp Gox7.


Manakala warna merah ni adalah warna Honda Formula Red R77 dari Aikka. Proses nak create balik rupa aslinya adalah dengan decal water transfer Shopee sebelum diprint dengan info-info wajib menggunakan printer laserjet.Jenis font juga dipilih dengan teliti supaya sehampir mungkin dengan font yang digunakan pihak Daiwa. Bahagian mainframe aku cuma gunakan cat gloss black daripada jenama Samurai.

Satu kesilapan aku ialah cetakan water transfer tadi aku tak semburkan dengan lapisan khas 'fixative' untuk menguatkan decal. Bila takde lapisan 'fixative', water transfer mudah bergulung semasa proses pemasangan dan susah nak ditampal. Ini pelajaran pertama yang aku dapat masa buat projek ni.

Selesai proses water transfer, beberapa lapisan perlindungan clear 2K Aikka dilayangkan. Proses ni aku buat dengan agak cincai sebab excited nak tengok dia siap cepat,hahaha!


Dalam gambar ni aku padankan dengan mainline Gachiri 4X 30lb untuk sementara sebelum ditukar kepada Asuka Bravo 4X 15lb. Kenapa 4X? Sebab aku suka pulak bunyi geseran mainline 4X dengan cincin rod yang memberikan sensasi kepuasan semasa ikan melarikan tali dari spool.


Untuk rod pula, aku sesuaikan dengan rod baru keluaran Rentaka iaitu model Black Heart 2 piece BH1 dengan rating 4-10lb sepanjang 6 kaki 3 inci. Rod ni sangat ringan, dibina 2 piece untuk memudahkannya dibawa meredah hutan belantara sekiranya diperlukan walaupun sebenarnya laman pancingan aku cuma kolam-kolam berbayar. Aksi rod ni ialah fast action tapi mampu berubah kepada slow action sekiranya ditarik ikan sasaran yang besar. Satu saja part yang aku tak berapa berkenan pada reel ni ialah handle gripnya didatangkan dengan rekabentuk begini:

Agak tak berapa 'sedap' dipegang sebenarnya. Apapun rod ni secara keseluruhan ok saja. Masih berbaloi dimiliki dengan kualiti buatan yang ditawarkan.

Ujian pertama setup ni dibuat di kolam B UBFV dimana saiz-saiz ikannya biasa saja, malahan segelintir pemancing cuma menggunakan setup ultralight dengan soft plastic Zman untuk menjinakkan siakap. Di kolam ni juga aku rasa aku dapat rekod 'ketukan' umpan terbanyak sepanjang sejarah aku memancing kolam air masin iaitu sekitar 9 kali tapi hanya mampu menaikkan 3 ekor MJ. Mungkin jenis pemilihan mata kail dan saiznya tak bersesuaian. Ikan-ikan disini boleh dikatakan amat aktif sebaik saja dilepaskan dari sangkar. Pasti ada ketukan dalam tempoh kurang 10 minit sebaik saja dilepaskan.

Disini juga aku praktikkan kaedah lain mencangkuk umpan hidup iaitu udang hidup yang dicangkuk dibahagian ekor dan ekornya dipotong sedikit. Memang terbukti mujarab. Walaupun udang cepat mati, faktor seretan udang secara mengundur mungkin lebih mirip aksi udang sebenar yang menarik perhatian ikan. 


Oklah, setakat itu saja perkongsian aku untuk kali ni sebagai pembuka 2024. Semoga aku dikurniakan lebih kerajinan selagi blogspot ni wujud. Aku juga cuba buat serba sedikit konten di TikTok tapi agak terhad sebab tiada kamera aksi. Phone aku ni pun aku tak faham juga, awal-awal beli dulu gyro EISnya berfungsi cemerlang. Akhir-akhir ni video bergegar teruk, tak cantik bila dimuatnaik ke Tiktok.