Selasa, 16 Jun 2015

Duit…

Bak kata member aku,duit ringgit.

Nilai semasa Ringgit Malaysia buat masa ni adalah RM 3.755 = USD 1.Nampaknya nilai wang kita menghampiri nilai tambatan ringgit semasa krisis ekonomi global tahun 1998 dulu.Bagi orang biasa macam aku,nilai wang yang rendah berkadar terus dengan harga barangan.Matematik mudah,barang yang dahulu berharga USD 100 = RM280 (contoh) ,sekarang nilainya RM 375.5.Peningkatan sebanyak RM95.5 dek kerana nilai wang yang jatuh teruk.
RM Chart

Tengok nilai sebelum krisis ekonomi dulu,nilai ringgit sekitar RM2.5 untuk satu dollar Amerika.Ada pendapat yang cakap nilai ringgit sebegini bagus untuk pertumbuhan ekonomi negara sebab harga barangan keluaran kita kekal kompetitif di luar negara.Value ringgit tinggi sangat pun tak boleh juga,karang barang eksport negara kita jadi mahal.
Bermula 2006 hingga 2013,ada turun naik tapi masih lagi oklah,malang sekali nampaknya grafnya semakin menaik sampai ke hujung carta.
Aku bukanlah pakar ekonomi pun.Dipendekkan ceritanya,kalau tunjuk kat pakcik-pakcik kampung,diorang pun faham maksud nilai duit jatuh ni.
Lain ceritanya dengan sorang menteri kita yang keluarkan statement ‘pelik’ baru-baru ni.Katanya dia adalah orang yang paling suka bila nilai ringgit jatuh.Alasannya baik untuk pelancong supaya diorang rasa berbelanja di Malaysia murah.Itu alasan dia.Yang kita nampak,dia cuma kejar KPI portfolio jawatan yang dia pegang.
tourist_arrival_receipts

Angka-angkanya nampak menarik,tapi bagaimana angka-angka ini boleh membantu mengurangkan beban kehidupan yang meningkat secara terus?BR1M?Berapa persen rakyat Malaysia yang layak terima BR1M?Berapa lama pula amaun BR1M yang diterima mampu bertahan?
Pusing-pusing celah mana pun,faedahnya untuk rakyat tetap tidak terasa untuk jangkamasa panjang.
Berbalik kepada statement ‘nilai ringgit jatuh itu bagus’.
Perhatikan level masyarakat yang bagaimana yang marah dengan kejatuhan nilai ringgit.Anda semua tahu jawapannya.Berlainan pula dengan pemain industri yang berurusan dengan matawang dolar.Mungkin kita terkejut,ada pihak yang bersetuju dengan statement menteri tersebut.
Aku bagi contoh,

Kompeni lama aku menjual produk ke US dengan harga USD1000/kg,atau purata RM3120.0 (2013).Purata jualan bulanan katakan 150kg,didarab dengan 12 bulan.Jumlah penuh jualan tahunan ialah RM5.6 juta.
Berdasarkan nilai semasa ringgit tahun ni,katakan jumlah jualan masih sama tetapi dengan nilai purata tukaran RM3.615/USD,jumlah penuh jualan produk ialah RM6.507 juta setahun.
Sekarang nampak tak?Kerana permainan nilai ringgit ini,syarikat untung hampir RM1 juta?Katakan aku adalah usahawan tersebut,baguslah macam tu.Dengan prestasi mendatar pun masih boleh buat untung.Lojiknya mestilah suka betul tak?
Sekali lagi,aku bukanlah budak ekonomi,ini cuma teori kasar semata-mata.Realitinya aku macam orang lain juga.Shopping barang untuk persediaan puasa semalam tak setara mana pun dah rabak RM280.Macam makcik aku cakaplah,tiap-tiap tahun gaji naik,tapi kenapa tak dapat rasa peningkatan kualiti hidup.Apa taknya,harga barang pun sama naik.Sebagai manusia normal,ada ke orang yang suka perkara membebankan?Ada?Haishhhh……doa-doa lah ye supaya negara kita ni terhindar dari perkara-perkara buruk di masa akan datang.Cukup-cukuplah apa yang kita rasa sekarang ni.

Sekian.