Ahad, 4 Mac 2012

Liverpool 1-2 Arsenal;Superboy Robin & Szczesny

Liverpool bermain dengan sangat baik,agresif,pantas,hantaran tepat dan interception yang sentiasa berjaya mematikan hantaran-hantaran bola pemain Arsenal;tapi dua bintang Arsenal,Robin van Persie dan Wojciech Szczesny beraksi cemerlang untuk menamatkan rekod tanpa kalah Liverpool di laman sendiri musim ini.
Liverpool 1 Arsenal 2  Robin van Persie scores double in late win   Mail Online-092924

Koscielny memberi gol kepada tuan rumah pada minit ke 23 dan van Persie menjadikan keputusan kembali seimbang dengan gol penyamaan pada minit ke 31 selepas menanduk masuk hantaran cantik dari Bacary Sagna.
Gol kedua van Persie di minit 92 hasil cubaan first touch kaki kirinya yang menyambut hantaran dari Alex Song.Peminat bolasepak Inggeris pasti tau bagaimana sentuhan kaki kiri beliau.Setakat ini van Persie telah menjaringkan 25 gol dalam kempen EPL 2011/2012.
Walaupun menjaringkan dua gol,man of the match untuk pertemuan malam tadi adalah Wojciech Szczesny,penjaga gol Arsenal kelahiran Poland.Szczesny beraksi cemerlang menafikan percubaan-percubaan pemain Liverpool dan paling cemerlang,menepis keluar sepakan penalti Dirk Kuyt sebanyak dua kali.Liverpool dianugerahkan penalti selepas Luis Suarez ‘dijatuhkan '’dalam kotak penalti dimana ianya sedikit kontroversi kerana terlalu sedikit contact yang berlaku.Sama seperti minggu lepas,Szczesny menjatuhkan Gareth Bale,dan Adebayor menyempurnakan penalti walaupun Szczesny dapat membaca arah bola.
Arsenal di tangga ke 4 pada 49 mata,dibawah Tottenham dengan perbezaan 4 mata.

Jumaat, 2 Mac 2012

Liverpool vs. Arsenal 3 Mac 2012

Jom tonton perlawanan antara Liverpool dan Arsenal yang akan bersiaran di saluran ESPN HD (channel 832) secara live dari Stadium Anfield jam 8.40 malam,3 Mac 2012.
Lima perlawanan di Anfield sebelum ni seimbang,seri tiga kali,tuan rumah menang sekali dan pelawat menang sekali.Liverpool berada ditangga ketujuh dengan 39 mata dari 25 perlawanan dan Arsenal 46 mata dari 26 perlawanan.

Fixture   Liverpool vs Arsenal-142057

Malam ni fan(adik aku) Liverpool balik dari China.Nak tengok dah pandai cakap cina ke belum.

Super Fine Model Car

Dulu masa aku duduk Puchong,tiap hujung minggu aku suka berjalan ke IOI Mall.masa tu IOI tak sebesar sekarang,cuma yang menarik kat situ ialah kewujudan sebuah kedai Tamiya.Wajib aku ziarah tiap kali masuk ke IOI Mall.Aku teringat satu model Sprinter Trueno AE86 berskala 1:24 keluaran Hot Works Racing Factory yang memang detail habis.Sampaikan lambang Toyota kat hubcap pun ada.Set Hot Works tadi ialah AE86 standard tapi disediakan aksesori macam piping ekzos,rim Watanabe hitam,seat bucket sampailah ke pemadam api.Harga masa tu RM140 je,sekarang ni dah naik ke RM159.90(www.rcsmart.com.my).
Tadi aku sesaje search model car yang paling detail,so terjumpa dengan satu manufacturer yang aku rasa kerja diorang memang superb habis.Nama syarikat tu Amalgam Modelmakers yang mula ditubuhkan sejak 1985 dan terletak di Bristol UK.Setiap model dibina dengan tangan dan semasa proses permulaan membentuk sebuah master patterns,pasukan pakar pembina model menghabiskan masa selama 3 bulan untuk memperincikan setiap bahagian.Untuk proses pemasangan,sebanyak 250 jam diperlukan.Kalau kita tempah model kereta mengikut spesifikasi yang kita nak,biasanya memakan masa selama enam minggu untuk siap.Selain model kereta,Amalgam juga ada membuat model kapal layar dan model enjin kereta.Kita boleh tempah ikut apa yang disenaraikan dalam borang tempahan antaranya warna dashboard,parking sensor,BOSE HiFi system,stitching colour,dan memacam lagi.Macam tempah kereta mewah yang sebenar.Contohnya macam model Ferrari 599 GTB Fiorano,harga asasnya ialah GBP3350/RM15,368.1.Kalau tambah pilihan lain,harga akan meningkat.

Amalgam Aventador 1:8 scale
Amalgam Aventador Orange (5)

Amalgam Aventador Orange (4)

Mc Laren MP4 12C 1:8 scale
Mc Laren MP4 12c

Mc Laren MP4

http://finemodelcars.com