Thursday, August 30, 2012

Kenapa Bangsa Kita Macam Ini

Semalam aku baca satu blog politik yang menulis pasal video latihan komando yang makan biawak ngan monyet dan dalam masa yang sama berpakaian sekadar menutup anu.Memandangkan blog tu blog politik,aku assume penulisnya dan peminat blog beliau adalah golongan yang tidak mahu membuka mata terhadap pengorbanan orang lain dalam menjamin keamanan dan keselesaan negara.Apa yang mereka runsingkan adalah harga minyak naik,wang rakyat,ketelusan dan segala macam benda yang tidak pernah sempurna dan cukup.

Terkait dengan isu latihan komando makan biawak tadi,muncul ramai pakar agama dan politik yang meluahkan ‘kebijaksanaan’ masing-masing di ruang komen yang mempersoalkan kenapa perlu memakan biawak/monyet semasa latihan.

Dibawah adalah antara komen yang menarik aku kumpulkan dan jawapan untuk setiap komen dari sudut kacamata aku sebagai orang awam.

 

1.”Didalam beg tentera barat ada sedikit air zam-zam dan kurma untuk kegunaan ketika darurat”.

2.”Pendek kata darurat tidak boleh dirancang”

3.”Tak solat ke bebudak komando ni?”

4.”Adakah darurat itu mesti didalam hutan?'”

KOMANDO

Pertamanya kita kena faham apa itu maksud komando dan bezanya dengan tentera biasa.Komando ialah unit khas yang dibentuk untuk menjalankan tugas-tugas kritikal seperti sabotaj,mematikan bahan letupan,pengumpulan maklumat,peperangan bukan konvensional dan mengekang keganasan.Tugasan-tugasan ini memerlukan kepakaran dan ketahanan yang melampaui batas manusia normal kerana risikonya yang tinggi.Gagal bererti maut ditangan musuh.

Keanggotaan dibuka kepada mana-mana anggota tentera dan pegawai yang berminat untuk menyertai latihan komando,tetapi harus diingat jumlah individu yang melepasi fasa latihan adalah sangat sedikit.

Fasa latihan berperingkat yang meliputi pelbagai aspek terutamanya ketahanan mental dan fizikal perlu dijalani oleh calon-calon yang sedia menyahut cabaran untuk menyertai unit khas ini.Tujuannya untuk menanam sifat no mercy kepada musuh.Antaranya aktiviti larian yang meliputi jarak ratusan kilometer,latihan survival(kat sini la timbul cerita makan biawak ngan monyet tu),latihan laut termasuk drown proofing(berada dibawah air dengan tangan&kaki diikat,mau try?)dan akhir sekali ujian E&E(Escape & Evasion),iaitu membuat serangan ke kawasan musuh dan berundur tanpa dikesan.Jurulatih akan bertindak sebagai ‘musuh’.Jarak pelarian ni adalah sejauh lebih 200km melalui hutan.Ada juga aku dengar lebih dari tu.Sekiranya tertangkap,gagal sudah semestinya,tapi yang peritnya mereka akan diseksa untuk membocorkan maklumat.

Aku percaya dalam 1000 lelaki yang sihat walafiat,satu pun belum tentu layak lulus ujian komando.Kembali kepada beberapa petikan soalan yang aku kumpul tadi berkenaan :

 

1.Kurma dan zam-zam dalam beg.Apa bezanya kurma dalam beg tentera barat dan ration dalam beg tentera kita?Semua tentera bawa bekalan makanan.US Marine yang berperang kat Iraq tu pun tak makan biawak pasir.Situasi perang masih belum mencapai tahap darurat yang sebenar.Situasi darurat yang dijalani komando kita adalah situasi darurat sekiranya ditawan musuh.Contohnya askar Yahudi tangkap kita,ingat diorang nak bagi kita makan nasik kandar ka?Kena pijak ada la.Satu lagi,bolehkah kita jangka musuh akan melayan kita dengan memberikan pakaian lengkap semasa dalam tahanan.Sebab itulah pakaian latihan komando ni seadanya saja.Hari panas ke,hujan ke,diorang wajib survive dalam semua situasi tu.

2.Darurat tidak boleh dirancang.Ya,darurat itu sendiri hadirnya memang tidak diketahui bila.Malaysia yang aman damai ni pun entah sampai bila agaknya.Latihan itu adalah persediaan,bersedia untuk menghadapi situasi paling buruk.Contoh paling mudah kalau mereka-mereka yang mengeluarkan komen ini celik agama pada tahap asas.Apakah tujuan kita beribadah semasa hayat masih ada?Sebab kita tau azab di akhirat nanti.Macam tu juga dalam latihan komando.Kita sudah boleh menjangka bagaimana ‘neraka’ dunia sekiranya ditawan musuh,sebab itu latihannya keras kung.Spring kancil potong pun tak keras macam tu.

3.Artikel tu berdasarkan satu video pendek di YouTube.Oleh kerana durasinya pendek,apa yang ditunjukkan cuma keadaan calon ketika menjalani latihan.Maka timbul soalan adakah mereka ini tidak solat.Kenapa tidak ditanya adakah mereka ini tidak buang air hanya kerana tidak ditunjukkan dalam video itu?Video tu pendek je,tidak menunjukkan keseluruhan hari latihan.Ketika latihan tiada halangan untuk bersolat.Islam itu memudahkan,tak mampu solat berdiri,boleh duduk,baring sampai tahap kedip mata pun boleh.So,tak baiklah kita anggap diorang ni tak solat.

4.Darurat dalam hutan je,kenapa tak darurat kat shopping mall.Ha,macam tulah agaknya maksud si pengomen dalam blog tu.Seperti yang aku cakap awal tadi,bersedia untuk situasi terburuk.Antara shopping mall dengan hutan mana lagi ekstrim?Sekiranya ramai komando lulus modul survival dalam shopping mall,belum tentu diorang lulus survival dalam hutan.Tapi kalau lulus dalam hutan,maknanya lulus celah gigi je survival dalam shopping mall sambil makan kuaci.

 

Sebagai orang awam,ada baiknya kita memahami terlebih dulu apa yang berlaku sebelum menunjukkan kebodohan di laman internet.Kerjaya diorang kadang-kadang meragut nyawa di peringkat latihan lagi.Aku pernah berkawan dengan seorang ex-komando yang badannya penuh parut,telinga dah tak berapa nak dengar sebab kena jerit dengan jurulatih atau selalu dengar bunyi GPMG meletup tepi telinga agaknya.Mental pun ada sedikit kecelaruan sebab tekanan latihan yang maha dahsyat dan memang betul ada sesetengahnya gila,demi nak memastikan negara kita aman damai.

Ramai orang tak appreciate aman damai ni sebab tak pernah rasa zaman ubi kayu ngan baju guni beras.Tak perlulah kita rasa semula darurat tu hanya untuk sedar dalam beberapa puluh tahun sahaja,lepas tu tak sedar diri semula.Tak lama lagi merdeka,bendera subsidi pun tak dapat lagi,huh!

Post a Comment