Isnin, 26 Mac 2012

Gundam Avalanche Exia 1/100

Semalam aku singgah ke kedai Toy’s N Hobbies kat e@Curve di aras tiga.Dulu kedai ni kat ground floor,maybe ground floor sewa mahal.Kat kedai ni model kit Gundam aku rasa murah sikit dan lebih banyak pilihan berbanding Sun Comic yang terletak dalam e@Curve jugak.Sekarang kat Sun Comic banyak figura hentai je,haha!Tempat lain yang banyak pilihan tapi mahal ialah di MetroJaya.
Kali terakhir aku beli model kit Gundam masa aku belajar kat Politeknik dulu iaitu Strike Freedom ZGMF-X20A MG skala 1/100 kalau tak salah.Semalam aku beli Gundam Avalanche Exia GN-001/hs-A01 skala 1/100.Yang ni aku tak sure HG ke MG sebab takde tulis kat kotak.Tapi aku rasa HG je.Harganya RM125.Ok la kot,tak tau la kalau tempat lain lagi murah.
DSC01067
Sebelum ni aku pernah beli Gundam Exia HG 1/144,yang menjadi titik tolak minat aku kepada model kit Gundam.Avalanche Exia lebih besar rocket boosternya dan lebih banyak senjata.Maksudnya,ini adalah model Exia yang memakai armour suit Avalanche.Aku memang pilih model Gundam yang ‘sarat’ dengan aksesori sebab lebih inzal kalau ditenung lama-lama.Haha!

Sedikit info pasal Exia Avalanche:
Operator Celestial Being
Pilot Setsuna F.Seiei
Height 18.3m
Max.Weight 62.1 ton
Power Plant GN Drive
Armor E-Carbon,GN Composite Armor
Armament GN Shield,GN Vulcan x2,GN Beam Saber x2,GN Long Blade,GN Short Blade
Special Equipment Optical Camouflage,Trans-Am System

Start pukul 3.30pm semalam aku geledah semula kotak-kotak buku zaman aku belajar dulu.Dalam tu ada koleksi Gundam marker dan Gundam pen.Mujur ada dakwat lagi.Mata pen Gundam aku agak bulat pointnya,tak boleh nak masuk celah-celah alur badan Gundam.So aku pun dengan kreatifnya cuba mengasah mata pen tu dengan pisau.Tindakan aku tu cuma menjahanamkan pen dimana tipnya kudung terus,dah tak boleh pakai dah.
Tapi takpe,kerja kena diteruskan:
DSC01069

Sehingga jam 12 malam,inilah saja yang sempat+dua jari luka terkena pisau.
DSC01071

接続された…(bersambung)

*Dah siap!