Tuesday, July 27, 2010

Extinct Species

Pertambahan populasi dan evolusi manusia di mukabumi ni seiring dengan kepupusan beberapa jenis haiwan akibat tiada kesedaran tentang kepentingan ekologi alam.Zaman dahulu belum wujud istilah pemuliharaan atau kawalan terhadap aktiviti pemburuan.Manusia semakin sedar kepentingannya namun sudah terlambat..

Antara haiwan yang tak wujud lagi di dunia ni:

Dodo(Raphus Cucullatus),burung prasejarah yang dah pupus.Bila sebut pasal binatang yang dah pupus,burung ni la yang pertama orang akan sebut sebab burung ni la makhluk pertama yang pupus disebabkan oleh manusia(bukan kerana perubahan alam semulajadi).
Model burung Dodo di Muzium Universiti Oxford

Burung Dodo ni berasal dari kepulauan Mauritius dan telah pupus pada abad ke-17.Kapten kapal Belanda,Wybrand van Warwijck menjumpai pulau Mauritius dan burung Dodo pada 1598.Burung Dodo bersaiz kira-kira 50lb(23kg),bulu berwarna kelabu dan kaki berwarna kuning.Burung ni tak boleh terbang dan makanannya buah-buahan,biji-bijian dan kekacang.

Pelayar Portugis mengatakan burung ni turut memakan ikan dan kadangkala memakan batu-batu kecil mungkin untuk membantu penghadaman.

Punca kepupusan adalah kerana burung ni tidak takut dengan kehadiran manusia,menyebabkan burung ni mudah diburu.Kehadiran kucing,anjing dan tikus bersama-sama pelayar turut menyumbang kepada kepupusan kerana burung ini bertelur diatas tanah dan dimakan oleh haiwan-haiwan tadi.

Sehingga 1681,tiada lagi terdapat burung Dodo di kepulauan Mauritius.Hanya terdapat satu sampel tulang burung Dodo yang lengkap di Natural History Museum,Mauritius.

(Sumber,Wikipedia)


Harimau Bali

Harimau Bali atau Balinese Tiger(Panthera Tigris Balica) ialah salah satu dari tiga sub-spesies harimau yang telah pupus.Harimau ini pupus pada 1937,dan sub-spesies harimau pertama yang pupus.spesies harimau ini merupakan sub-spesies harimau yang terkecil.Spesies terdekat dengan Harimau Bali ni ialah Harimau Jawa dan Harimau Caspian yang pun dah pupus sama.
Pada asalnya Harimau Bali dan Harimau Jawa adalah sama,tapi pada Zaman Ais,kepulauan Bali terpisah dari Tanah Jawa oleh Selat Bali.Pembunuhan Harimau Bali terakhir ialah di Sumbar Kima,bahagian barat Bali pada 27 September 1937.

Harimau Bali yang terakhir di mukabumi

(Sumber,Wikipedia)

Moa
Moa ialah sejenis burung bersaiz besar dan menyerupai burung unta dan hidup di New Zealand.Burung ini berketinggian 3.7m(12ft) dan beratnya kira-kira 230kg.Telurnya berukuran 10 inci panjang dan 7 inci lebar.Burung ini mengalami kepupusan setelah ketibaan orang Maori walaupun ianya adalah sumber makanan utama bagi sejenis burung helang besar yang juga telah pupus iaitu Helang Haast.


 Helang Haast

Helang Haast(Harpagornis Moorei) atau panggilan orang New Zealand,Pouakai,adalah satu spesies helang besar yang pernah hidup di South Island,New Zealand.Spesies ini dipercayai spesies helang tebesar yang pernah wujud.Sumber makanannya ialah burung yang tidak boleh terbang dimana ia mudah menjadikan burung tersebut mangsanya.Ini adalah kerana burung helang Haast sangat kuat dan mepunyai kelajuan tinggi ketika menyerang mangsa,iaitu kira-kira 80km/j.


Helang ini bersaiz besar dimana burung betina lebih besar dari burung jantan,mampu mencapai berat sehingga 13kg dan lebar bukaan sayap sehingga 3 meter.Penemuan tulang spesies burung ini adalah pada 1871 ketika penggalian tulang-tulang burung Moa di sebuah paya Glenmark di Canterbury.Burung ini digambarkan pada tahun 1872 oleh Dr Julius von Haast,pengarah pertama Muzium Canterbury.
Punca kepupusannya ialah kerana pertambahan koloni Polynesia dan juga kepupusan sumber makanan utamanya iaitu Burung Moa.Selain itu ia juga diburu oleh kaum Maori yang menjadikan anggota tertentu burung helang ini sebagai senjata.

Sumber:(Wikipedia,nzbirds.com)
Post a Comment

Post a Comment