Apapun persoalannya adakah Y15ZR mempunyai hardware yang cukup untuk memberi saingan yang sepatutnya kepada Belang 150R?
Suzuki Belang 150R
|
Yamaha Y15ZR
|
Enjin : 4-lejang sejukan udara, DOHC 4 injap | Enjin: 4-lejang sejukan cecair, SOHC 4 injap |
147cc ( 62mm x 48.8mm ) | 149.8cc ( 57mm x 58.7mm) |
Comp.ratio : 10.2:1 | Comp. ratio : 10.4:1 |
Daya kilas : 12.76Nm@8500rpm Horsepower :12.13kW@9500rpm | Daya kilas : 13.8Nm@7000rpm Horsepower :11.3kW@8500rpm |
Sistem Bahanapi : karburetor Mikuni BS26SS | Sistem Bahanapi : pancitan bahanapi elektronik |
Kapasiti petrol : 4.9 liter | Kapasiti petrol : 4.2 liter |
Berat Kering : 108 kg | Berat kering : 115 kg |
Gear : 6 kelajuan | Gear : 5 kelajuan |
Brek : cakera depan dan belakang | Brek : cakera depan dan belakang |
Berdasarkan spesifikasi teknikal ringkas,masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.Layout DOHC biasanya dipilih untuk mengurangkan bebanan kerja camshaft dan juga untuk binaan sudut injap yang lebih luas.Manakala binaan SOHC adalah lebih mudah dan kurang komponen yang bergerak.Faedahnya?Kurang selenggaraan.Simple.
Tapi kalau dilihat dari sudut prestasi,binaan DOHC adalah biasa ditemui dalam enjin berprestasi tinggi.Pernah jumpa Type R atau superbike pakai head enjin SOHC?
Untuk penyejukan silinder enjin,Suzuki hanya mengadaptasi sistem penyejukan udara yang dibantu penyejuk pelincir.Manakala Yamaha menggunakan sistem sejukan cecair.Pendapat aku,ianya sepatutnya lebih besar sedikit daripada Yamaha LC135.Sekurang-kurangnya menggunakan radiator yang sama terdapat pada FZ150i.Ah,barangkali semuanya berkongsi sama dengan Yamaha FZ150i.
Suzuki memilih binaan silinder overbore untuk capaian rpm lebih tinggi manakala Yamaha lebih yakin dengan ukuran bore & stroke seimbang.Seperti yang dijangka,enjin Yamaha Y15ZR menghasilkan puncak tork lebih tinggi daripada Suzuki Belang pada rpm rendah,tetapi Belang mempunyai sedikit kelebihan kuasa kuda pada putaran enjin yang tinggi.Sekiranya kedua-dua pengeluar memilih nisbah mampatan 11.5:1,aku rasa angka-angka yang terhasil lebih menarik.
Seterusnya,sistem bahanapi karburetor vs. sistem pancitan elektronik…
Yaaaaa…part ni seronok nak diulas ni.
Karburetor lebih mudah diselenggara dan dinaiktaraf tetapi tidak mesra petrol.Manakala pancitan elektronik lebih cekap menggunakan bahanapi (jimat),tetapi tidak mudah dinaiktaraf.Maksud aku naik taraf tanpa kos yang besar.Kalau aku dibagi pilihan,aku lebih suka karburetor.Tak payah nak cocok komputer lah,pakai cip racing lah,buang duit semua tu.Lagipun barang elektronik ni sensitif.Bayangkan bateri kong,macamana injektor nak pancutkan minyak masuk dalam enjin ha?ha?Motor karburetor takde bateri pun rilek je.
Dek kerana itu Suzuki membekalkan tangki petrol sedikit besar untuk disesuaikan dengan karekteristik karburetor.Manakala Yamaha hanya memasang tangki sebesar 4.2 liter untuk bekalan ke stesen minyak seterusnya.Jangkaan aku Yamaha YZ15R sedikit jimat berbanding Suzuki Belang sebab kombinasi kecekapan sistem suntikan bahanapi dan juga karekter enjin yang menghasilkan tork pada rpm yang lebih rendah.Bahasa mudahnya tak payah pulas throttle beria-ia sangat pun motor dah boleh memecut dengan selesa.
Walaupun Suzuki berkelebihan 1 gear aku rasa perbezaannya tidak memberi kelebihan yang signifikan berbanding Yamaha.Berdasarkan pengalaman aku,gear 6 Suzuki Belang lebih sesuai untuk cruising dengan kelajuan yang selesa di lebuhraya.
Atas beberapa faktor lagi seperti rekabentuk dan styling,posisi menunggang,harga dan selera masyarakat Malaysia membuatkan aku rasa Yamaha Y15ZR bakal mencatatkan jualan yang jauh lebih baik berbanding Suzuki.I don’t know why tapi cuba perhatikan trend sejak model Yamaha Sport 100.Lebih ramai yang memilih Yamaha Sport berbanding Suzuki RC.Tapi yela Suzuki RC tu fesyen orang tua.Suzuki Best?Lagi la rare.Yang nampak seimbang sikit zaman Suzuki RG/RGV.
Itupun jadi lauk dengan Yamaha SS110/ SS Two.Timeline aku mula dari sini je sekitar 1990-an.Zaman RX-S aku tak tau.
Apapun antara keduanya personal taste aku ialah Suzuki Belang.Sebab?Aku tak berapa gemar benda mainstream ni.Boring tau?Kedua,aku yakin dengan tweak yang simple Suzuki Belang mampu diroketkan atas jalan.
Ketiga, penghidup tendang/engkol mana????
Sekian.
Sumber:
Wikipakhang
www.yamaha-motor.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan