Apa sebenarnya polystyrene dan setakat mana penggunaannya selain dari bekas pembungkus maggi goreng mamak?
Salah satu jenama pengeluar insulator,PolarGuard |
Kebiasaannya EPS digunakan sebagai bekas makanan atau minuman,soundproofing,dan dalam pembungkusan barangan.Disebabkan ciri-ciri EPS yang tahan lasak,ringan,perintang haba yang baik,kos rendah,dan boleh dikitar semula,penggunaannya menjangkau sehingga ke bidang pembinaan.Di US,adalah normal penggunaan EPS sebagai foundation untuk lebuhraya terutama di kawasan yang tanahnya kurang padat.Lapisan EPS akan disusun kemudian ditutup dengan lapisan getah diikuti selapis tanah dan terakhir barulah turapan bitumen dilakukan.
Antara kegunaan lain EPS yang juga popular adalah sebagai penebat haba untuk rumah-rumah.Di negara empat musim,penebat haba penting untuk mengharungi musim sejuk.Nilai R,iaitu rintangan haba/unit luas yang tinggi menjadikan ianya penebat haba yang baik,samada untuk mengekalkan suhu hangat dalam kediaman ketika musim sejuk,atau menahan haba luar ketika musim panas.Penggunaan pemanas elektrik atau penghawa dingin dapat dikurangkan seterusnya menjimatkan elektrik.
Semakin tinggi nilai R,semakin baik kadar kerintangan haba dan ianya bergantung kepada ketumpatan dan ketebalan EPS.Contohnya cuaca Malaysia yang panas lembab,penggunaan EPS boleh dipraktikkan dalam pembinaan rumah-rumah kampung.Dinding papan dilapisi dengan kepingan EPS sebelum ditutup dengan kepingan plywood untuk kemasan bahagian dalam rumah.
So,lepas ni jangan terkejut kalau terjumpa polysyrene kat mana-mana tapak pembinaan.Benda ni akan bertambah meluas penggunaannya.Katakan satu hari nanti korang beli rumah,mungkin ada terdapat beberapa bahagian yang menggunakan EPS.Jangan mangkuk jamban pun guna EPS dah la.