UARS seberat enam tan dan dilancarkan menggunakan shuttle Discovery pada 1991.Ia menghantar data dari saat itu hinggalah dimatikan pada 2005.Bahagian satelit yang dijangka terselamat melepasi atmosfera bumi adalah dalam anggaran seberat 140kg.
NASA memberi amaran kepada sesiapa yang menjumpai objek-objek dari serpihan satelit supaya tidak menyentuhnya kerana risiko cedera.(??)Yang agak lucunya,NASA turut memberi amaran kepada orang ramai melalui Twitter supaya mengembalikan cebisan satelit UARS kepada pihak NASA.
Kerana menurut NASA,cebisan satelit UARS adalah hakmilik negara yang membuatnya(US).Apapun aku suspek diorang tak mau benda tu dijual ke negara China atau Korea Utara agaknya.
Apa itu Space Junk?
Sejak Soviet melancarkan Sputnik One ke angkasa 53 tahun dulu,dianggarkan manusia telah melancarkan berjuta-juta objek ke angkasa.Dijangkakan terdapat 370,000 objek terapung di orbit bumi antaranya serpihan satelit,roket lama dan serpihan misil.
Serpihan dari angkasa yang ditemui di Queensland,Australia |
Tangki bahanapi utama Delta 2 yang jatuh di Georgetown Texas pada 22 Januari 1997 |
Kapsul kapal angkasa Genesis yang terhempas di padang pasir Utah pada September 2004 |
Bebola besi yang jatuh pada April 2000 disebuah ladang berhampiran Worchester,150km dari Cape Town Afrika Selatan |