Isnin, 30 Ogos 2010

Tunguska M1:Anti-Aircraft Gun/Missile System

Pertahanan negara sangat penting.Macam kita rakyat Malaysia,perlu memahami betapa pentingnya usaha mempertahankan negara.selain mempertahankan negara,kita mempertahankan agama,bangsa dan tanah air kesayangan kita.Aku sedikit emosi bila terbaca betapa jahilnya soalan berbunyi,'siapa musuh kita?',siapa nak serang Malaysia?'Sakit hati bila hal pertahanan negara dipersoalkan.
Pleaseee!!Jangan la tanya soalan bangang macam tu.Kita tak perlu menunggu diserang baru nak terjaga dari tidur lena.Aku bukan la pandai dalam bidang militari ni,cuma aku minat.Niat aku nak educate rakyat kita menyayangi negara kita sendiri.
Ingat,tanpa tanah air kita,kita bukanlah siapa-siapa.Agama kita,bangsa kita akan dihina.Sure kita marah,melenting bagai nak rak bila bangsa lain cuit hal agama kita.Dah,malas aku nak explain banyak,aku xnak blog aku jadi blog politik.Aku benci politik.
Ok,kali ni kita berkenalan plak dengan salah satu pertahanan anti-pesawat milik Russia,Tunguska M1.



 Tunguska(NATO name SA19 Grison),ialah pertahanan darat anti-pesawat yang dibekalkan cannon 30mm dan juga misil 9M311 untuk menghalang kemaraan musuh dari udara dan juga darat.
Design asal ialah 2K22,diikuti dengan 2K22M,2K22M1,dan 2K22M+57E6(dilengkapi misil dan radar baru dengan jarak keberkesanan misil sehingga 18km dan radius pengesanan radar 38km).

Spesifikasi Tunguska :
Berat: 34 tan
Panjang: 7.93 meter
Tinggi: 4.01 meter
Kru: 4
Persejataan: Primary-8 x misil 9M311/misil 57E6
                   Secondary- 2x 30mm 2A38M Autocannon




Misil 9M311 mampu memusnahkan sasaran pada jarak antara 2.4km hingga 8km,pada ketinggian 3.5km.Tunguska M1 menggunakan 9M311-M1 yang ditingkatkan jarak capaian sehingga 10km.Ia dibina dua peringkat iaitu peringkat pertama,booster dengan 4 sirip berlipat akan meningkatkan pecutan misil sehingga kelajuan 900 meter/saat dan selepas itu booster akan tertanggal.Peringkat kedua dilengkapi sirip tetap dan sirip pandu.Panjangnya 2.56 meter dan berat 57kg.




Cannon 2A38M direka oleh KBP Instrument Design Bureau dan dihasilkan oleh Tulamashzavod Joint Stock Company.Berkemampuan menembak antara 3900 hingga 5000 peluru 30mm seminit.





Tunguska M1 menembak peluru 30mm kearah pesawat yang terbang rendah.
 Contoh peluru 30mm