Tengok gambar je dah serabut kepala!
Lagi 11 hari umat Islam akan menyambut Syawal.Kebanyakan orang dah mula buat persiapan membeli baju raya untuk diri sendiri atau anak-anak,sebab nak mengelakkan kekalutan disaat akhir.Maklum la semua pusat beli-belah tengah rancak buat sale.
Rasanya ramai yang bercuti panjang raya Aidilfitri kali ni.Yang mana kampungnya jauh,boleh la balik awal sikit.Aku sendiri ambil cuti dari 8/9/2010-19/8/2010.Jarang balik kampung,so balas dendam la!Hehe!Saki-baki musim buah ada lagi.Malangnya bos aku plak nak mintak aku stay jaga kontraktor hari Khamis(sehari sebelum raya).
Balik last minute ni bukan apa,aku malas nak mengadap sesak kat highway Karak macam tahun lepas.Sepatutnya perjalanan normal dari Gombak ke kampung aku di Lepar Utara 3,Jerantut,Pahang ambik masa lebih kurang 2 jam stengah ke 2 jam 45 minit je.Tahun lepas,4 jam lebih baru sampai!Berpinar mata aku tengok lampu brek kereta.
Aku pun tak pasti la waktu bila yang tak sesak nak balik raya nanti.Pihak penyelenggara highway Karak,pleaseeee...jangan la buat maintenance highway nak dekat-dekat raya ni.Siapkan la awal-awal(boleh ke aku mintak camni kat diorang??)Dah la highway dua lane je.Highway PLUS yang tiga lane pun boleh jem walaupun bukan musim raya.
Memandangkan aku kena kerja sampai Khamis(tu pun aku nak cabut lepas tengahari!),redha jela apa yang berlaku nanti.Tak sempat gak aku nak merasa buka puasa kat kampung,nak anyam ketupat,cat rumah...HUhu!
Kepada pemilik kenderaan bermotor,servis-servis la apa-apa yang patut.Takde la kereta korang buat dajal tengah jalan nanti.Kalau jem tak bergerak kat highway,bsepah la kereta yang overheat.Jangankan kereta tempatan,Merc ngan BMW pun kantoiii!Kereta mahal,tapi kalau owner bengap pun tak guna.Dia ingat kereta mahal tak payah check ke,main lenjan je.
Simple checklist yang owner kereta boleh buat sendiri:
1.Perkara paling basic;periksa tekanan udara tayar.Tambah angin ikut saranan pengeluar kenderaan.Jangan memandai-mandai nak bubuh angin lebih-lebih.
2.Periksa bunga tayar.Make sure tebal lagi.Jangan kedekut duit.Kalau nyawa melayang,ape pun dah tak guna.
3.Kalau dah sampai masa untuk servis,dengan pantas korang pegi servis.Tukar air filter,minyak enjin,filter minyak,spark plug dsb..
4.Periksa air radiator.Tambah coolant kalau perlu.Jangan periksa time enjin panas dah la.Kang tak pasal-pasal muka korang kena rebus.
5.Segala bendalir brek,power steering,clutch..perlu diperiksa.Tambahkan kalau perlu mengikut spesifikasi yang ditetapkan.Kalau tak tau,buka buku manual kereta korang,heee!
Apa yang aku senaraikan tu tahap basic gile untuk pemilik kereta.Untuk orang lelaki aku rasa takde masalah sangat.Untuk kaum hawa yang almost 'zero' pasal penjagaan kereta.Sori ye orang perempuan!Realiti beb.
Bila kereta dah ok,bawak pun kena berhemah.Maksud aku berhemah tu bukan maknanya SLOW.Bawak slow kat lorong memotong paling kurang pun kena maki,kalau nasib tak baik orang langgar dari belakang macamana??
Bawak berhemah ni(bagi aku la),ikut flow traffic.Orang depan speed 100km/j,kita ikut jela.Dia slow kita pun slow.Jangan tailgating(cucuk angin,heee!) rapat sangat.Nak memotong or tukar lane,bagi signal then baru masuk.Masuk pun pelan-pelan,Kang tak pasal pasal melatah plak orang yang kita potong tu.Ni tak,bawak kereta
Bagi penunggang motorsikal(mat rempit aku tak peduli,lantak korang),bawa motor dengan konsisten.Kadang -kadang aku tengok kejap laju,kejap perlahan.Berenti rehat merata-rata.Konvoi lak beriringan,kena rempuh ngan kereta nanti nak marah sape?Salah korang bawak macam tu.Elakkan la perangai macam tu.Korang nak jumpa parent di hari raya yang best ni kan?So,jadilah bijak sikit...Jangan gopoh-gapah,semua selamat.Tiap-tiap tahun dapat jumpa parent ngan adik bradik,bermaaf-maafan di pagi raya...
Itu jela nasihat dari aku bila mata tak mau lelap...