Sambungan dari entri lepas…
Petang Sabtu aku jemput En.Naruto aka. Is
Drummer ( aku memang selalu petik member aku ni kalau ada job kereta,tq so much bro! ) di Bukit Sentosa untuk follow aku ambik kereta spare Toyota AE110 kat
Teluk Panglima Garang. Kereta spare tu nampak je kondisinya macam nak runtuh,
tapi setakat nak acah-acah EJ menyamar EK dengan VTEC single cam takde hal lah.
Larian nadi 4AGE 20V Silvertopnya masih kencang, cuma bunyi-bunyian casis old
skool saja yang kurang enak. Nama pun sekolah lama. Bila tah owner dia nak cat
baru.
Lebih kurang jam 8.30pm, kitorang pass kunci kereta aku kat boss Jembo JDMGarage ( Mr. Jemey) dan balik ke Bukit Sentosa.
Walaupun ada kereta spare, wife aku tak yakin nak pandu AE110 tu sebab kereta panjang katanya.
Aduyaiiii…
Tak guna jugalah aku pinjam
kalau tak boleh drive. Sudahnya aku hantar balik AE110 ke tuannya (adik lelaki
aku), dan pinjam Myvi SE pak mertua aku. Selesai masalah pengangkutan untuk
tempoh pembaikan kereta yang aku jangkakan paling lama memakan masa
seminggu.
Aku belum cerita lagi kan projek apa sebenarnya yang aku nak
buat kat kereta aku ni? Selepas berkira-kira untuk membuat full overhaul atau
pertukaran enjin, aku rujuk pula pandangan beberapa bengkel. Kebanyakan dari mereka
mencadangkan jalan pintas iaitu swap enjin, Lebih mudah dan murah berbanding
full overhaul.
Katakan aku pilih opsyen overhaul, benda-benda yang aku
wajib tukar ialah full set overhaul kit (gasket, piston ring,valve
seal,crankshaft bearing, main bearing),clutch plate dan timing chain.
Masalah
selesai? Belum.
Dengan kondisi enjin asal aku, aku yakin alternator, water
pump, power steering pump (dah memang bocor), dan sistem penuh pendingin hawa
perlu ditukar. Bayangkan full system aircond punya harga sudah. Paling kurang
dekat 2k juga kalau pakai kompressor baru. Anggaran kasar modalnya senang cerita kasar
jugalah.
Modal dah kasar,then kira balik berbaloi tak. Aku akan dapat
paling tidak hampir-hampir menyamai kondisi kereta aku masa baru beli, K3VE
89hp (claimed), stereng kuasa, transmisi manual dan aircond yang sejuk macam asal.
Walaubagaimanapun, aku selalu ada backup plan supaya modal
besar yang dilaburkan tidak sia-sia. Untuk projek macam ni bukan modal je
besar, planning pun kena baik juga sebab kereta aku itu jela sebijik.
Selepas aku sediakan dana yang bersesuaian, aku minta
nasihat En.Naruto dari segi kombinasi bajet dan setup yang dikehendaki. Beliau
juga ada beberapa rekomendasi bengkel yang bersesuaian. Dipendekkan cerita, kami
bersetuju dengan cadangan Jembo JDMGarage yang sesuai dengan bajet yang aku
tetapkan.
Nah, akhirnya aku pilih untuk memasukkan nadi Toyota 3SZ-VE
1.5 liter bertransmisi automatik dari Toyota bB dan dilengkapkan dengan dashboard Toyota Passo
2006. Kenapa kena masuk dashboard kejap lagi aku cerita.
Kereta aku asalnya Myvi facelift 2008 asas, maksudnya tiada
ABS,airbag dan juga nilai tambah lain yang best. Pekak habis. Mujur Perodua
bagi power window, takde la segan kayuh tombol kat pondok tol.
Enjin pilihan pula ialah 3SZ-VE yang boleh didapati dalam
banyak body antaranya Toyota Passo Sette, bB, Rush , Materia, Daihatsu Boon Luminas
dan tak lupa Perodua Alza. Yang aku dapat ialah dari badan Toyota bB, berdasarkan design airbox dia. Mileage tak tau sebab aku beli enjin lantai, tapi alhamdulillah nampak cantik kecuali pengoksidaan normal pada permukaan head aluminium.
Halfcut dari Jepun ni payah nak dapat yang
bertransmisi manual sebenarnya, dan kalau ada pun harganya jekpot. Mahal! Takkan nak cari gearbox manual Alza pulak. Lagipun aku pernah drive Alza
manual, ratio final gear dia tak cantik lah.
Bila dah tak ada pilihan transmisi, mekanik mencadangkan pemasangan
sistem pendawaian penuh dan dashboard Toyota Passo automatik untuk memudahkan proses
penyesuaian enjin kedalam badan Myvi. Setakat ni yang kita cuma nampak ialah
enjin dan dashboard. Sebenarnya banyak lagi peralatan tambahan yang termasuk
dalam pakej :
1. Sistem
EPS ( Electric Power Steering ). Dulu aku tak suka sebab tang korner mcm
hampeh, tapi high speed cruising atas highway memang terbaik!
2. Dashboard
Toyota Passo 2006 dengan speedometer lampu kuning. Tombol gear di kolum
steering dan parking brake kaki.
3. Sistem
aircond lengkap Passo dengan kompressor dan kondenser 3SZ-VE. Sejuk dia pun terbaik!
4. Full
set mounting baru.
5. Set
kunci Passo.
6. Pendawaian
lengkap Toyota Passo termasuk suis tingkap utama sebelah driver full auto UP/DOWN
7. Sistem
ABS termasuk knuckle dan wheel sensor.
8. Sistem
airbag ( inflator je takde,kena beli asing).
9. Entri
lepas aku cerita pasal belting baru. Silap saiz tu. Yang aku tulis tu saiz
Alza, memang tak ngam sebab panjang. Alza ada pam power steering. Saiz sebenar
untuk 3SZ-VE Japan mari ialah 6PK1580. Boleh tahan bercinta nak carik.
10. ECU 3SZ (89560-B1560,G25),TCU(Transmission Control Unit) aku taktau TCU apa. Kalau ikut spec sheet Toyota bB,transmission dia ada pakai program Super ECT.
10. ECU 3SZ (89560-B1560,G25),TCU(Transmission Control Unit) aku taktau TCU apa. Kalau ikut spec sheet Toyota bB,transmission dia ada pakai program Super ECT.
Setelah bersabar menunggu, akhirnya petang Selasa lepas kereta
aku siap. Walaupun excited, ada satu benda yang membunuh keterujaan aku iaitu
lampu check enjin menyala. Aku trauma betul dengan lampu ni. Sebabnya aku
hantar kereta aku masuk woksyop pasal lampu ni la. Kali ni diagnos error code (21)
menunjukkan kegagalan sensor ekzos atas.
Hari Sabtu, mekanik repair balik apa yang bermasalah.
Sepatutnya mudah je kerjanya, cuma tukar sensor. Malangnya sensor melekat kuat
dan mekanik terpaksa menukar satu unit exhaust header. Bukan baru pun, cari kat
belakang woksyop pun boleh dapat. Masuk sensor baru dan tadaaa! Masalah
selesai. Sensor ni bila problem power ada loss sikit dan penggunaan bahanapi
masyaAllah, rabak betul.
Selesai part enjin, tinggal lagi meter RPM dan reverse
sensor. Untuk makluman, reverse sensor asal Myvi tak boleh pakai, aku tak tau
kenapa sebab aku bukan pomen wiring. Untuk benda-benda ni aku dah standby beli
barang aftermarket tapi belum berkesempatan nak pasang.
Kecuali meter RPM, aku
gagahkan juga pasang sendiri sebab nak tengok final drive dia berapa RPM @
100kmj. Mujur sekitar 2600rpm.Aku memang tak gemar final ratio jejak 3000rpm
takat speed 100kmj. Nak henjut 140kmj pun jenuh mintak gear.
Meter RPM aku tak pakai RPM Passo ya sebab mahal. Memang
comel tapi itulah, hanya purist JDM sanggup pakai. Yang orang panggil RPM senyum tu biasa je kot cecah RM 1k orang jual.
Aku cuma pakaikan meter RPM GReddy Multi D/A Gauge. Kaler boleh tukar-tukar dan
ada bacaan volt sekali. Murah dan praktikal.
Pendapat aku, gear automatik jimat untuk highway cruising dan
manual bagus untuk perjalanan pendek dan kerap berhenti. Terpulang selera
masing-masing. Duit banyak beli la dua jenis kereta lain-lain transmisi.
Jumpa lagi di artikel seterusnya.
* gambar aku upload kemudian.
assalam bro..
BalasPadambrape total kos tu?
Waalaikumsalam faizal lc..Depend pada kereta asal n kondisi enjin lantai jgk.harga enjin antara rm3.5k-rm4.5k.Kalau myvi auto+3sz =rm4xxx,myvi manual+3sz=rm6xxx siap pasang.
BalasPadam