Seawal jam 7.30 pagi (awal la tuuuu),aku bergerak dari rumah untuk menjemput Mr.KI dan Mr.Timi di Kepong.Baru nak susur masuk ke LDP dari Ikano Power Center tetiba aku rasa kekurangan sesuatu……eh..mana henpon aku???Jilakeeeeeee!Tertinggal pulak dah.Dari situ jam 7.37 pagi,aku pusing balik masuk Mutiara Damansara untuk balik ke Sek.4 Kota Damansara.Semuanya berlaku dengan pantas bila jam 8.07 pagi aku dah sampai ke Restoran Abas.
Lama jugak kitorang melepak kat situ membincangkan masalah negara,masalah MLM,penjual agama dan sebagainya sampai pukul 9.00 kot.Makanan tengahari,bekal air semua takde lagi ni.Aku sekupang habuk duit pun takde,tak sempat jumpa ATM.Urusan membeli nasik goreng Kak Pura depan FRIM,beli minuman dan sebagainya mengambil masa agak lama.Rasanya pukul 10.30 pagi baru kitorang sampai ke lokasi permulaan iaitu muka sauk Syabas Sungai Gombak.
Selepas membayar RM3 duit parking dan RM1/kepala kat satu mamat yang katanya ‘penjaga’ tempat tu,kami terus ke lokasi.(satu jilake lagi ni,pagi-pagi dah tunggu mangsa)Sampai di tebing highway,kami mengambil keputusan untuk menyeberang sungai dan menyusur Sungai Gombak.Di point tersebut ada satu lorong menghala ke longkang/anak tangga saliran dari lebuhraya,tapi takkan nak naik ke highway kot.Kitorang pilih untuk menyeberang walaupun Mr.Yatimi mengalami masalah gayat akibat ‘sensor gyro’nya bermasalah.Kelakar juga Mr.Timi ni sebab jarak antara batu yang nak dilompat tu tak sampai dua meter pun.
Perjalanan diteruskan dengan meredah tebing kanan Sungai Gombak,meranduk lalang setinggi kepala di kebun buah-buahan dan sekali-sekala kami berjalan dalam air.Lebih setengah jam juga rasanya tapi mana kolong/terowong nak melintas highway Karak tu?Tak jauh dari situ akhirnya kami jumpa pondok-pondok.Ada satu brader tengah collect air sungai untuk buat breakfast.Jadah apa breakfast dah pukul 11 lebih.
Kitorang tanya dia,tapi dia tak tau kat mana Sungai Pisang.Dia panggil kawan dia,laaa….rupa-rupanya kawan dia ni budak si pengutip duit parking tadi.
Budak tu pun cakap kitorang dah sesat ni.Cabang jalan ke Sungai Pisang dah terlepas awal-awal lagi.Rupanya point yang Mr.Timi gayat tu la simpang nak ke Sungai Pisang.Kami berpatah balik ikut trek yang agak lebar dan baik kondisinya sebab banyak kereta masuk.Kereta pemilik-pemilik pondok tu lah.Tak tau la diorang ni penduduk tempatan ke haram.Lebih kurang 15 minit menapak,kami sampai ke jalan utama kira-kira 100 meter sebelum sampai ke penghalang jalan untuk memasuki bangunan muka sauk Syabas.
Perjalanan terpaksa dimulakan semula selepas membuang masa kira-kira satu jam.Baru kami faham rupanya Sungai Pisang dan Sungai Gombak tak sama.Ingatkan naik menghulu Sungai Gombak,sampailah kami ke air terjun tu.Di simpang pertama,kami memanjat longkang saliran untuk ke tembok lebuhraya Karak,kemudian baru berjumpa kolong berkembar untuk menyeberangi lebuhraya ke sebelah sana.
Sampai ke seberang,kami meneruskan perjalanan menyusur tebing sungai sejauh kira-kira 150 meter.Keadaan laluan makin sukar dan lorong semakin sempit.Lain macam betul trek tempat mainstream ni.Tambahan lagi tiada tanda-tanda manusia baru melalui tempat tu,sedangkan ada satu group budak sekolah belakang kitorang masa mula-mula sesat tu.Kami mengambil keputusan untuk berpatah balik ke kolong/terowong dan menyemak semula laluan.
Rupanya sekali lagi kami terlepas lorong sebenar iaitu di sebelah kanan terowong yang merupakan tangga saliran air dari longkang lebuhraya.Ha,ini baru betul.
Memanjat tangga tu pun satu hal juga.Penuh dengan dahan-dahan patah.Entah macamana muncul satu macha celah semak tak berbaju.Sah drebar lori tengah cari port nak berak.Sampai kat atas memang betul ada satu treler berhenti tepi jalan.Dari kilometer 28.2,kami perlu menapak sejauh 500 meter hingga ke kilometer 28.7.Dari situ terus boleh nampak lorong kekiri memasuki semak samun.
Ada beberapa motorsikal dan sebijik kereta Hyundai Matrix diparkir tepi lebuhraya masa tu.Siapa nak mudah,buat la macam diorang ni.Tapi aku tengok ada sekeping saman terselit kat celah wiper Hyundai tu.
Dari lebuhraya,perjalanan dan tak jauh,lebih kurang 10 minit dah boleh sampai ke air terjun.Bila kami sampai,masyaAllah ramainya manusiaaaa…Yang berendamnya,yang flying foxnya,yang rappelling lagi..adoiiii…terbantut selera nak mandi-manda.Akhirnya kami memilih kolam kecik di puncak air terjun untuk berendam.Kami panggil kolam VIP,takde orang kacau.
Kitorang suka jugak la aktiviti mandi-manda ni,tapi priority no.1 ialah privasi.Tak syok betul la mandi-manda beramai-ramai ni.Macam kat Lata Medang hari tu,bahagia betul conquer puncak air terjun.
Orang ramai mandi kat bawah,tak nampak dalam gambar |
Kolam VIP,hihi |
Settle makan dan mandi,lebih kurang pukul 1.00 petang,kami pun balik…huhu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan