Isnin, 27 April 2015

Pi***id (sambungan)

Hari ni aku rasa nak menulis pasal sejarah pulak lah.Cerita pasal piramid je….Yelah,kalau bukan sebab piramid aku yakin ramai yang tak minat nak baca cerita-cerita sejarah.Sebenarnya aku dah tutup cerita pasal piramid ni sebab bukti fizikal belum ada.Leceh lah nak convincekan orang setakat guna papan kekunci.

Persoalan utama bila melibatkan cerita piramid sudah tentulah dimana terletaknya piramid-piramid ni.Ni aku nak bagitau awal-awal,sampai habis entri ni korang baca pun aku takkan sebut lokasi tepatnya.Bukan pasal aku berahsia,pasal aku tak sure.Tapi dia ada.

408771_421849721207705_923581441_n

Mula-mula kita tengok balik map lama Kepulauan Melayu diatas.Ada beberapa lokasi yang ditandakan sebagai lokasi piramid.Tapi kita akan fokuskan kepada dua lokasi sahaja di Semenanjung.Macam yang aku pernah sebut sebelum ni,radiusnya amat besar dan jangan ada yang cuba-cuba buat lawak nak cari dengan Google Earth.Memang takkan dapat.

Jadi,kaedahnya ialah rujuksilang dengan cerita-cerita hikayat lama,dalam kes ni Sulalatus Salatin.Dipendekkan cerita,perjalanan Raja Suran yang asalnya nak menakluk Empayar China  telah tersesat sampai ke Semenanjung Tanah Melayu dan menyaksikan sekurang-kurangnya dua peperangan besar tercetus iaitu dengan Kerajaan Gangga Negara dan Kerajaan Langgiu.

Kedua-dua kerajaan yang tewas ni ditinggalkan begitu sahaja apabila Raja Suran kembali ke Amdan Negara.Dipermudahkan lagi cerita,lokasi piramid di alam Melayu ni ialah di tapak kerajaan-kerajaan lama yang tewas tadi.

Anda dapat pinpoint kat mana pusat kerajaan Gangga Negara dan Langgiu,dapatlah jumpa piramidnya sekali.Nampak macam mudah tapi mencabar sebenarnya.Sebagai pencetus semangat,bacalah petikan novel Bercakap Dengan Jin hasil karya Tamar Jalis.Batch-batch sebaya aku je sempat layan novel angker pakcik Tamar Jalis ni.Paling aku ingat ialah hantu bajang,lidah panjang suka makan telur mentah,haha!Nampak macam tak ada kaitan langsung,cerita hantu bajang dengan sejarah Melayu lama kan?Baca je dulu,tak rugi pun.Baca kat blog abang Merah Silu ni,http://merahsilu.blogspot.com/2008/03/mencari-asal-usul-beruas-gangganegara.html

 

Sedikit petikan novel tersebut,

 

"Puteri itu telah membawa aku ke mari, " kata datuk, "menurutnya Raja Gangga Negara, Shah Johan telah menanam hartanya di sini. Jauh dari pusat kerajaannya, dia melakukan ini, sebelum kepalanya dipancung oleh Raja Suran." Datuk pun berhenti bercerita. Mr.Brown ketawa berdekah-dekah. Barang yang dicari dan dihajati sudah ada didepan matanya.
Kawasan itu segera kami bersihkan. Saya terjumpa patung ular yang dibuat dari tembaga dipuncak tanah tinggi itu. Patung ditegah oleh datuk dari dijamah oleh sesiapapun. Kata datuk di bawah perut patung itulah tempat harta karun Raja Gangga Negara.”

 

Dah habis baca?

 

Rasa-rasa ilmu penuh didada,persiapkan peralatan kembara korang dan silakan cari piramid tu.Tak berminat aku nak berahsia-rahsia sangat.Sebabnya hanya segelintir je yang dapat ‘jumpa’ tempat tu.Itupun tak boleh bawa balik apa-apa.Hehe!So,tunggu ajelah orang yang benar-benar layak untuk cari dan keluarkan semua khazanahnya.

Harus diingatkan juga,angkatan tentera Raja Suran yang menyerang dan menjarah empayar-empayar lama Tanah Melayu ni amat besar.Kemusnahan yang dibawa juga besar.Sebab tu lah sampai sekarang orang tak percaya kewujudan tamadun-tamadun awal Tanah Melayu ni.Macam perumpamaan yang aku tunjuk kat member baik aku Sabtu lepas.

Kitorang makan tengahari kat satu kedai makan berhampiran apartment bekas hostel pekerja Perodua.Kebetulan depan kedai tu ada satu projek lot kedai terbengkalai lebih kurang belasan tahun.Cuma sempat naik tiang je.Selepas belasan tahun terbiar,anak-anak pokok kayu sudah sebesar lengan katang(pffftttt!!) aku.

Itu baru belasan tahun,bayangkan pula runtuhan kota-kota lama didalam hutan yang berusia ribuan tahun.Lagi mau cari dengan Google ka?