Apa yang aku nak tuliskan berlaku masa cuti raya Cina baru-baru ni.Adik aku,(tuan punya Vios yang aku selalu cerita dalam blog ni) mengalami kemalangan.Alhamdulillah semua yang ada dalam kereta tu selamat.Bagaimanapun ada sedikit pengajaran yang kita boleh pelajari terutamanya yang kerap memandu untuk perjalanan jauh.
20/2/2015 (Jumaat)
- Adik aku masih berada di kampung(rumah mak aku) sebab cuti CNY.Sepatutnya diorang dah boleh bergerak ke Sekinchan untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu aku,tapi wife dia seorang kakitangan Hospital Jengka perlu bertugas malam.
- Aku dengan abang ipar aku pulak dah selamat check in hotel di Sungai Besar tengahari tu.Semenjak kahwin,aku dengan abang ipar aku biasa memilih untuk bermalam di hotel sebab rumah saudara-mara confirm sesak.Nak mandi pun kena queue panjang.Untuk aku pulak pilihan tidur di hotel adalah kerana wife aku masih menyusukan anak.Biarlah selesa sikit kot-kot anak terbangun nak menyusu malam-malam.Takdelah terselak sana-sini tanpa disengajakan.
- Kitorang terpaksa book hotel jauh ke Sungai Besar sebab hotel-hotel di Sekinchan semuanya dah full booked.Maklumlah pekan Cina.Lagipun raya diorang kan..
- Sorang lagi adik lelaki aku yang masih bujang pun sama menge’check-in’ hotel di Sekinchan lepas dia tau yang kitorang pakat tidur hotel.Rezeki dia baik sebab dapat bilik kat Hotel Golden Harvest Sekinchan.Maybe bilik single banyak yang available lagi untuk walk in registration.Hotel ni best sebab hotelnya baru.Fasiliti pun padan dengan harga.
- Lepas Isyak ada aktiviti akad nikah di surau Tali Air 8 dan makan-makan.Itu saja.Agaknya dah lama aku tak makan menu kenduri kampung,sedap betul sup tulang diorang.
21/2/2015 (Sabtu)
- Hari kenduri.Mak aku dah sampai dengan adik aku dari kampung.Pukul 8 katanya gerak dari Bandar Jengka.Biasalah kenduri,aktiviti makan-makan,borak-borak dan menembak gambar.Lebih kurang pukul 12.00 tengahari,aku drive Vios ke pekan Sekinchan cari rokok.Bila keluar ke jalan besar,aku perasan kereta dia bergegar agak kuat.Aku suspek rim bengkok.Siap berenti tepi jalan tengok semua tayar.
- Dekat pekan pun aku check lagi sekali,tak nampak apa-apa pun.Sampai kat halaman rumah jiran makcik aku,baru la aku nampak tayar belakang sebelah kanan dah bengkak.Sebenarnya tayar tu asalnya dari rim kereta aku.Saiznya nipis sangat.Agaknya ada terlanggar lubang,dawai kat dalam putus lah tu.
- Jam 1 kitorang ke worksyop tayar(mujur ada yang buka).Asalnya nak tukar dua bijik tapi adik aku cakap kalau harga sekitar dua ratus,tukar je empat bijik.Sebabnya Isnin nanti dia nak ke Pekan,Pahang pulak.Wife dia ada kursus.
- Selesai tukar,petang tu kitorang memancing kat jeti kuala Sungai Bernam.Ingatkan best,tak best rupanya.Air serupa sungai Mekong.Bluesgang(belukang) banyak la kalau air camni.
-Lepas Maghrib aku balik hotel,adik aku yang Vios tadi balik rumah makcik sebelah mak aku kat Sekinchan.Dia tak check in hotel.
- Pukul 9 aku keluar pergi makan kat pekan Sungai Besar pekena nasi keras dengan sup daging kat gerai medan selera depan padang majlis bandaran.Punya la lemau gerai tu,jilaka betul.Dekat sejam aku buang masa kat situ.
22/2/2015 (Ahad)
- Aktiviti pagi Ahad cuma berziarah ke rumah sepupu aku yang kahwin semalamnya.Kitorang dah nak balik dah,sebab tu round satu kali lagi sebelum balik.Selain tu,ada la kutipan lauk kenduri dan jajan-jajan goodie bag yang lebih,hihihi!
- Pagi tu aku cuma sempat hirup teh tarik secawan.Drive balik dari Sekinchan pulak ‘bercinta’ sakan sebab kereta banyak.Mujur la destinasi aku cuma Kota Damansara.Adik aku yang Vios tu la naya,jauh lagi nak sampai kampung aku kat Pahang tu.
- Lebih kurang pukul 3.00 petang aku sampai rumah.Terus masak nasik sebab perut dah menggelegak.Lepas makan baru aku plan nak hantar adik aku balik hostel UIA.Aku ingat lebih kurang 15 minit lepas tu abang ipar aku call bagitau adik aku eksiden.Haaaaaa!!!???
- Speechless aku beberapa saat.Kemudian baru aku tanya orang ok ke tak.Aku sarung baju semula dan terus gerak sorang-sorang ke lokasi kilometer 121 Lebuhraya Pantai Timur.Abang ipar aku gerak dulu dari Greenwood.Masa ni lapar aku tadi terus hilang,tak rasa apa dah.Sempat juga aku sambar dua goodie bag buat kudapan kalau keadaan mendesak.
- Kat highway Karak aliran trafik menghala ke Kuala Lumpur dah makin sesak.Nama je cuti CNY,Melayu yang sakan cuti balik kampung.Walaupun aliran trafik menghala ke Pahang tak heavy,aku terpaksa jugalah ON lampu hazard untuk maintain speed minimum 130kmj.Atas highway LPT laju sikit,150kmj.
- Sampai kat lokasi,kereta tengah ditarik naik towing truck…
- Semua orang dalam kereta tu termasuk mak aku nampak tenang cuma wife adik aku agak trauma.
- Selesai urusan report di Balai Polis Temerloh,aku drive balik ke Lepar Utara bawa mak aku kat depan,adik bongsu perempuan aku kat belakang dengan wife adik lelaki aku pangku anak kecik dia.Adik lelaki aku naik dengan abang ipar aku.
- Sambil on the way tu kitorang sembang-sembang pasal punca eksiden tu..Mak aku cakap,adik lelaki aku terlelap dan kereta terbabas.Selepas menghentam pengadang tepi jalan,kereta melantun ke tengah dan hentam pembahagi jalan.Mujur kereta dibelakang agak jauh.
- Adik aku ni agak tahan driving jauh,tapi kali ni dia tewas pulak.Aku tau apa puncanya.
Kemudian aku bagitau wife adik aku,akan datang cuba dapatkan juga hotel untuk berehat.Peruntukan hotel aku yakin diorang berdua tak ada masalah.Bukan kita berlagak sombong taknak tidur rumah saudara-mara,tapi tengoklah apa dah jadi.Mak aku diam je tanpa bantahan…
- Sebabnya malam Sabtu tu lepas makan nasi keras,aku gerak ke rumah makcik aku sebab nak sembang-sembang dengan mak aku.Kat rumah tu ramai orang termasuk makcik-makcik aku yang lain pun ada balik bercuti.
- Dengan ambient yang agak panas,orang ramai,ditambah lagi dengan nyamuk(rumah dekat dengan sawah),aku amat-amat yakin tidur dia tak berkualiti.Sedangkan awal pagi Sabtu dia dah drive dari Lepar Utara ke Sekinchan yang makan masa tak kurang 4 jam setengah.Awal pagi Ahad anak kecik dia pulak meragam.Pagi Ahad dah berkemas nak balik Pahang.Kalau ikut rancangan asal,pagi Isnin nak ke Pekan pulak.Padat la jadual dia.
- Kemudian dalam kelesuan tu,driving pulak atas LPT waktu awal petang…fuhhhhhh!!!gila mengantuk!LPT lah highway paling membosankan,tak caya boleh try.Kereta rosak boleh claim insuran,nyawa hilang boleh claim?Sekali lagi aku tekankan kat sini,dapatkan TIDUR yang berKUALITI sekiranya aktiviti harian terlalu padat.
- Jam 7.15 petang aku sampai ke Lepar Utara.Lepas rehat,solat dan makan sikit(baru jumpa nasik sejak malam Sabtu!),pukul 8.30 aku dengan abang ipar aku balik KL semula.Jalan tengah jem teruk,badan barai gila,hahahaha!
- Kitorang cruising 130kmj kat LPT kemudian exit Lanchang.Abang ipar aku membebel minyak dia tinggal setakuk sebab cruise laju katanya.Lepas refuelling kat tengah-tengah jalan lama Lanchang-Karak,abang ipar aku pulak buat perangai pelesit dia.Dah la masa tu hujan,kereta awak tu ekon pun rosak.Adoiiiii!Aku rilek follow kat belakang.Bagi je dia lead,kang masuk sikit Highway Karak tetap nak kena hadap jem sikit sebelum exit Bentong.
- Keluar jalan lama Bentong-Gombak,abang ipar aku kembali mempelesit.Tau la power touge dengan 1.5 way LSD.Aku bawak Myvi nak touge kejadahnya.Braking pun dah rasa faded, plus mounting absorber kong.Sampai naik mabuk aku ikut belakang dia,terutamanya bila dah makin dekat dengan area Gombak.Sharp betul selekoh kat situ.
- Pukul 1.15 pagi aku sampai Kota Damansara.Ok,dah habis.Korang paham dak cerita aku ni?