Isnin, 2 Februari 2015

Kasi Hadamkan Sikit…

Hari ni macam tergerak hati nak menulis lepas baca posting dari satu page Facebook yang memberikan reaksi berkenaan saranan sorang Menteri supaya memboikot peniaga Cina.

Sekali baca pun kita dah tau saranan tersebut berbunyi rasis.Soal rasis atau tak bergantung kepada terjemahan memasing,aku taknak masuk campur.Ada baiknya meh fahamkan dulu akar umbi permasalahan harga barang yang nampak mustahil untuk turun hanya semata-mata kerana petrol murah sikit.

Semuanya berpunca dari ketidakstabilan harga bahanapi.Orang ramai sebut harga minyak.Tolong perbetulkan yang ini dulu.Yang dok turun naik dan paling buat rakyat Malaysia marah ialah harga bahanapi,bukan harga minyak.Minyak ada banyak jenis,minyak wangi,minyak afiat,minyak belacak,minyak hitam…ahhh..macam-macam jenis lah.Tapi minyak-minyak yang banyak ni orang tak bising kalau harga dia mahal sekalipun.Cuba tengok minyak lintah,orang jual dalam Facebook sebotol 30ml RM50 pun ramai yang dok suruh PM..PM..Padahal minyak lintah tu tah apa yang lintahnya,minyak kelapa yang lebih.

Aku bukan nak membongak,ceritanya aku pernah buat benda ni masa aku kerja kompeni kosmetik dulu.Aku tau la dilution ratio dia berapa.Betul-betul pure punya minyak lintah,bau dia macam taik tau tak?Korang sure tak sanggup nak letak kat ‘adik’ korang.Bini terbau pun silap-silap mintak cerai.Pokoknya orang tak kisah pasal minyak lintah mahal sebab nak sedap,tapi bising bila bahanapi naik harga.

Aku cakap macam tu bukan sebab aku sokong harga bahanapi mahal,tak…aku pun sama tak setuju sangat tindakan kebudak-budakan main harga bahanapi ni.Impak dia macam sekarang kita rasa ni lah.Barang maintain mahal walaupun harga petrol RON95 dah RM1.70 seliter bermula tengah malam semalam.Ingat senang nak control peniaga?

Kita tengok contoh mudah,kuih.Harga standard kuih-muih sekarang sebijik 40 sen.Jarang orang beli dua-tiga bijik.Biasanya orang akan beli lima bijik pada harga RM2.Padahal nak makan 3 ketul je.Rasa toksah cakaplah,sekadar melepas batuk ditangga.Nak tambah majal lagi,karipap lima ketul semua inti angin.

Kebetulan pula kebanyakan yang jual kuih dan semua bangsa dalam Malaysia ni makan ialah kuih buatan orang Melayu.Orang Cina beli kuih Melayu,India beli kuih Melayu,Serani pun beli kuih Melayu.Sebabnya orang Melayu punya kuih je semua bangsa boleh makan.Orang Cina nak makan kuih orang India buat?Orang Melayu nak makan kuih Cina buat?

Bila harga kuih tak turun lagi sedangkan harga bahanapi dah murah,semua pihak nampak peniaga kuih Melayu makan untung lebih.Yelah sebab orang Melayu yang jual kan?Lepas tu pulak ada menteri tambah nasik, suruh boikot peniaga Cina.Haaa…kat sini la punca satu bangsa lain panas punggung.Racism katanya.Diorang counter balik statement dengan ambil contoh kuih mahal tadi.

Sekilas pandang memang,peniaga kuih Melayu pasal apa jual kuih mahal sangat.Ikutkan jiwa pahlawan tadi aku rasa macam nak komen je kat page tu.Tapi,aku selalu akan delete semula komen aku sebelum post bila emosi dah stabil dan kembali waras.Kat sini ramai yang fail kawal emosi.Semua ikut kepala lutut.

Sebabnya kena fikir balik,sebelum jadi kuih banyak bahan mentah yang perlu digunakan.Ambik contoh karipap angin.Bahan yang perlu ada ialah kentang,bawang,ikan bilis,cili kering,serbuk kari,minyak masak,tepung gandum dan marjerin.Banyak kan?Belum kira tenaga dengan gas lagi.

Secara asas lojiknya,harga kuih dikira berdasarkan kos modal + upah buat kuih.Bahan mentah untuk kuih tadi beli kat mana?kedai runcit?Pasaraya?

Tak kira kedai atau pasaraya,diorang cuma penjual barangan.Diorang pun nak upah juga,upah menjual dan kos operasi.Balik kebelakang lagi kita jumpa pengedar.Pengedar-pengedar ni pulak bukan kerja free bang.Anak bini pun nak kena suap nasik.

Kemudian barulah kita jumpa pengeluar.Sama juga macam penjual kuih nak buat kuih,pengeluar pun memerlukan bahan mentah.Kalau nak diikutkan rantaian bekalan ni masih belum sampai ke penghujung tapi cukup la kalau kita faham setakat pengeluar bahan mentah.

Ok,sekarang buat sikit kajian.Sambil-sambil pilih barang kat pasaraya,cuba baca sikit label kat bungkusan dia.Syarikat apa/mana pengeluar barang tu.Kemudian kaji bangsa mana punya.Jangan tak tau,nama kompeni Melayu Islamik tak semestinya dimiliki orang Melayu Islam.Alahhh…tak payah fikir susah la ye?Soalan paling senang aku bagi.Bangsa apa yang banyak jadi tauke?

 

Tulah jawapan kepada persoalan kenapa kuih seketul 40 sen.Bai.