Baru-baru ni banjir besar melanda negeri-negeri Pantai Timur terutamanya Kelantan dan Pahang.Kali ni kesannya sangat teruk,sampai hari ni pun masih ada lagi yang terpaksa menumpang di pusat pemindahan banjir.Bukan sebab rumah diorang masih lagi ditenggelami air,kebanyakannya kerana kehilangan rumah.Cuba korang bayangkan rumah tak ada beb…gila sadis..
Aku dengar-dengar khabar kawasan yang mengalami banjir teruk memang biasa banjir,cuma tak seteruk kali ni.Kebanyakan penduduk malas nak pindah rumah bila paras air naik.Terpaksalah pasukan penyelamat memujuk dan meyakinkan diorang untuk berpindah.Tapi itu bukan cerita yang aku nak ulas.
Apa yang dah berlaku,biarlah berlalu.Kehidupan mesti diteruskan walau apa cara sekalipun.Persoalan penting kat sini ialah apa perancangan hakiki untuk menghadapi bencana banjir di masa depan.
Kita tak mampu mengawal bencana alam,tapi kita dikurniakan akal untuk mempelajari kaedah meramal cuaca.Walaupun tak banyak membantu dari segi menyelamatkan harta-benda,ramalan cuaca membolehkan kita menyediakan pelan kecemasan macam yang aku tulis dalam entri lepas.Sekurang-kurangnya ahli keluarga dan dokumen penting selamat.Boleh juga survive untuk seminggu dua.
Tapi macamana pulak dengan rumah dan harta-benda?
Takkan nak stay dalam khemah/pusat pemindahan lama-lama pulak ye tak?
Berdasarkan informasi yang mengatakan kampung diorang ni memang kerap banjir,ada baiknya satu idea perlu difikirkan untuk menghadapi masalah banjir ni.Hidup dengan air,bukan lari daripada air.Rumah boleh terapung?Macam mustahil pulak nak buat ye tak?
Apa kata rumah kabin?
Ala,macam kontena barang 40 kaki tu.
Memang rumah kabin takkan selamat 100% sebenarnya.Kalau terapung pun,tapi hanyut ke tempat lain apa faedahnya.
Idea aku sebenarnya macam ni.Tak payah la duduk dalam kabin tu,panas kot.Kabin tu digunakan untuk memuatkan harta benda disaat kecemasan sahaja.Masuk je musim hujan,bersedialah pindahkan barang-barang elektrik,perabot,pakaian dan sebagainya kedalam kabin tu.Kemudian sewa treler,dan pindahkan kabin tu ke tempat tinggi.
Bagi yang berkemampuan,buatlah macam tu.Kalau tak semua dapat simpan dalam kabin pun,sekurang-kurangnya kerugian dapat dikurangkan.Cuma idea ni tak lah bijak mana sebab kos permulaan dia agak tinggi.Kalau di Selangor,harga sebuah kontena 40 kaki terpakai berharga sekitar RM7,200 hingga RM8,200.
Tapi untuk jangkamasa panjang tak rugi sebenarnya.Ruang 40 kaki tu cukup luas untuk simpan harta benda,silap-silap kereta pun boleh masuk.Kalau rajin modified la dia bagi boleh terapung,tapi jangan tak tambat pulak.
Kekadang aku suka imagine aku ada caravan.Stail macam orang putih tu.Ataupun bas yang diubahsuai jadi macam rumah.Complete dengan tempat tidur,bekalan air,tempat memasak,stor bekalan makanan,generator elektrik,sistem hiburan,telekomunikasi…..Best kot macam tu?Ikut suka hati nak duduk mana.Agak-agak kawasan tu tak selamat,pindah sajalah.
Sekarang ni aku tengah dok fikir idea dan modus operandi sama tapi khas untuk golongan keluarga yang kurang berkemampuan pulak…