Selasa, 26 Ogos 2014

Xiaomi Mi4 vs. HTC One E8

Ok,semalam aku dah baca review GSMArena tentang flagship terbaru Xiaomi yang dinanti-nantikan iaitu Mi4.Smartphone ni tersenarai diantara calon-calon yang dipilih untuk program penggantian One X barai aku,hehe!

Untuk pengetahuan,HTC One X aku berada dalam kondisi tenat buat masa ni sebab kemalangan.Umpama pepatah lama,sudah jatuh diatas jalan tar,digelek motorsikal pula.Sebuah lagi HTC One X yang dibeli serentak untuk wife aku masih berkhidmat dengan baik kecuali prestasi bateri yang makin menurun.Tambahan lagi kapasiti bateri sebesar 1800mAh sangatlah 2012.

Secara keseluruhannya Mi4 Xiaomi baik tapi apa yang lebih penting bagaimana prestasinya sekiranya head to head dengan calon utama pilihan aku iaitu HTC One E8.Aku ringkaskan saja point-pointnya berdasarkan apa yang aku baca malam tadi.Kalau ada yang miss tu,maaflah.Ingatan tak berapa nak tajam macam zaman belajar dulu.

 

Kelebihan Xiaomi Mi4 mengatasi HTC One E8

 

- Dimensi yang lebih padat untuk skrin 5 inci dan juga kemasan premium aluminium dengan       potongan jitu

- Memori terbesar yang ditawarkan 64GB dan RAM sebesar 3GB

- Kamera hadapan 8MP

- Rakaman video 4k

- FM radio

- Bateri sebesar 3080mAh

- Dilengkapi IR blaster

- Standard video codec yang lebih baik

- Harga sedikit murah berbanding HTC One E8

 

Kelebihan HTC One E8 berbanding Xiaomi Mi4

 

- Sedikit ringan hasil penggunaan material polikarbonat

- Perlindungan paparan Corning Gorilla Glass 3

- Slot Micro SD yang menyokong sehingga 128GB

- Stereo speaker dengan kualiti audio yang lebih baik

- Ketahanan bateri lebih baik berbanding Mi4 walaupun berkapasiti lebih kecil

- Prestasi hampir kesemua ujian synthetic benchmark mengatasi Mi4

 

Jadi yang mana jadi pilihan anda termasuklah aku sekali?