Barangkali ada yang masih ingat entri aku pasal calon kereta kedua Perodua Kenari.Tak lama la sangat,dalam bulan lepas je aku tulis.Kali ni aku ada idea lain pulak dah.Haiihhhhh!Tak tetap pendirian betul.
Sebelum tu aku nak maklumkan entri Patriotik Level Orang Awam terpaksa aku remove semula untuk mengelakkan salah faham dari mana-mana pihak.
Let’s continue to the main topic.Idea tentang kereta kedua versi ketiga ni timbul lepas aku ternampak salah satu ex classmate aku post tentang kereta Ford Focus Sedan yang baru siap direstorasi.Tahun bila punya model aku tak pasti.Dulu aku mudah mengecam jenis-jenis kereta,tapi kebelakangan ni pengetahuan aku makin merosot pulak.Barangkali disebabkan fokus kerjaya vs. hobi.
Sejarah dia ni yang aku tau ialah dia memang bermain kereta sekolah lama terutamanya jentera Mazda,dan beliau agak serius dalam sukan drag.Bila nampak kereta sedan beliau yang kemas bergaya selepas proses baikpulih,aku terfikir..why not aku cari je sebijik sedan yang tak terlalu tua untuk dipulihkan dan dalam masa yang sama masih nampak gagah dijalanraya?
Ihsan Google
Secara automatik kereta ni muncul dalam fikiran aku,Toyota Corolla SEG dengan kod cesi AE111.Dua tiga tahun lepas harganya masih berlegar sekitar RM24k-30k.Baru-baru ni harganya dah mula masuk akal iaitu sekitar RM12k-RM25k.Yang termurah aku jumpa dalam Mudah.my ialah RM11,800.00.Kondisi macamana aku tak tahulah.Enjin barai tak apa,jangan body sambung.Pilihan enjin power untuk keluarga Corolla amat banyak terutamanya dari varian 4A-GE SilverTop,
BlackTop dan juga Supercharger.
Hasil analisis aku,aku lebih prefer SilverTop.Kenapa?
Semua enthusiast kereta tentu maklum perbezaan ketiga-tiga enjin tadi.Atas kertas yang paling pelesit sekali dah tentu varian Supercharger,4A-GZE dan diikuti BlackTop yang menghasilkan 165ps @ 7,800rpm daripada sesaran enjin 1600cc.
Cuma,enjin BlackTop ni disyaki memerlukan bahanapi RON97 kerana nisbah mampatannya 11:1,manakala SilverTop dibina dengan nisbah mampatan 10.5:1.Teori ni disahkan oleh abang ipar aku yang menyertai komuniti Toyota sejak beberapa tahun lepas.Memang kengkawan dia yang pakai BlackTop terpaksa menggunakan bahanapi premium yang faham-faham ajelah berapa harganya sekarang.
Memandangkan matlamat aku cuma nak enjin yang sedap sikit je daripada standard,cukuplah setakat SilverTop.160ps @ 7,400rpm.Ok what?
Ok,bahagian enjin dah selesai.Sekarang fasa pemulihan rupa luaran.Tidak dapat tidak pakaian yang paling cantik untuk SEG ialah dari model Carib.Lebih-lebih lagi aku tak tau.Baru nak belajar pasal Toyota.Maaf eh?
Platform dah ada,enjin dah ada,baju pun dah ada.Sekarang meh cerita bab bajet pulak.Cerita deras pun tak guna kalau tak ada bajet.Atau sekurang-kurangnya perancangan pengurusan bajet.
Platform | RM 12,000 – RM 15,000 |
Halfcut 4A-GE | RM 5,500 – RM6,500 |
Pemasangan | RM 2,000 kot???? |
Lain-lain | RM 4,000 |
TOTAL | lebih kurang RM25,000 |
Macam terlebih bajet je??Kahkahkah!
Ok,jangan risau.Kepala genius kena pandai cari penyelesaian segera.Pakai je enjin asal 4E-FE.Overhaul baik-baik,ganti apa jugak part yang dah uzur.Dari spec asal,enjin 1600cc yang ditala untuk penjimatan ni mampu menjana 115ps @ 6000rpm.Power sikit dari VIOS kott??