Salam bertemu lagi...
Sebenarnya agak banyak idea untuk penulisan sempena tahun baru ni,tapi malangnya kebanyakan topik tidak sesuai diulas dalam kedudukan aku sekarang berbanding sebelum ni semasa bekerja di sektor swasta.Terpaksalah aku tapis dulu topik-topik yang sesuai sedangkan ada antara isu-isu tu yang tak tahan jejari ni nak mengulas.Cuma yang merisaukan adalah bila ada segelintir pembaca tak sampai kepada maksud tersirat yang aku cuba sampaikan.
Jalan selamatnya adalah menulis cerita-cerita biasa saja,orang pun senang faham.Beberapa minggu lepas aku ada terjumpa satu laporan impak kepada alam sekitar berkenaan projek jalan penghubung antara Felda Lepar Utara - Sungai Lembing.Isi kandungan laporan tu aku ceritakan serba sedikit kejap lagi.Mula-mula kena tahu dulu projek apa benda ni dan juga apa keperluan untuk projek yang khabarnya dirancang sejak pertengahan 80-an lagi.
Itu cerita tentang Sungai Lembing.Sekarang aku nak tanya pembaca,dimana terletaknya Lepar Utara?Zaman aku sekolah dulu pun ada juga orang Pahang yang tak tau dimana Lepar Utara.Kalau ada yang tau pun orang akan cakap tempat tu jauh bebenor,dalam hutan,ulu banat dan sebagainya.Ya,hampir kesemua telahan tu benar,tapi tidak tepat.Adakah 2 jam 30 minit dari Lepar Utara ke Gombak lebih jauh dari 4 jam 30 minit dari Gombak ke Alor Star?Pernah dengar lagi tak orang cakap 'uiiiiiiiiiiii!jauhnya kampung hang!'bila disebut anda berasal dari Alor Star?Tak ada kan?
Kecuali anda warga Lepar Utara.Barangkali orang Pahang sendiri akan cakap lokasinya jauh.Secara geografinya,Lepar Utara ni terletak di tengah-tengah Negeri Pahang dan dikelilingi ladang kelapa sawit dan hutan hujan Khatulistiwa yang bergunung ganang.Bandar terdekat ialah Bandar Jengka dalam anggaran 50km dan jarak ke Gombak lebih kurang 200km.Aku pernah catat mileage dari halaman rumah kakak aku di Greenwood hingga ke laman rumah mak aku,tepat 200km.
Jarak ke ibu Negeri Pahang pulak ialah 210km iaitu dari Felda Lepar Utara 4 - Kuantan melalui gugusan Jengka,Lebuhraya Pantai Timur dan exit di Gambang.Nampak tak betapa turun ke Gombak lebih dekat sikit daripada turun ke Kuantan?Tak hairanlah pertama kali aku sendiri menjejak kaki ke Kuantan masa aku berumur 19 tahun.Siapa nak pergi kalau dah jauh macam tu?
Kalau rajin lepas ni buat macam yang aku cakap ye?Buka Google Earth,pinpoint kat mana Lepar Utara(N 3'53' 58.2",E 102 46' 43.4") dan Sungai Lembing.(N 3 55' 4.8",E 103 2' 9.9")Lepas tu guna function ruler,ukur jarak kedua-dua tempat tu.Dari kiraan aku,jaraknya lebih kurang 35km.Route calculation pulak dari Sungai Lembing ke bandar Kuantan lebih kurang 35km juga.Jumlah keseluruhan 70km.Sekarang bandingkan jarak asal Lepar Utara-Kuantan (210km,sebahagiannya bertol) VS. jarak baru 70km (tiada tol).
Jauh bezanya kan?Disitulah relevannya pemmbinaan jalan baru penghubung antara Lepar Utara dan Sungai Lembing tadi.Jarak dan masa perjalanan dapat dipendekkan,dan seterusnya memakmurkan sosio ekonomi dikawasan sekitarnya.Jalan baru tu juga dapat memendekkan jarak dari bandar Jerantut ke Kuantan.
Berkenaan projek tersebut,khabarnya ia akan dimulakan awal 2014 dan berakhir sekitar akhir 2016.Itu dari apa yang aku baca dalam laporan tu lah.Wallahua'lam..
Untuk baca laporan tersebut,boleh baca di sini.