Nak tulis apa ye?Dok cerita pasal motor kang jemu pulak orang baca.
Tapi aku nak juga cerita sikit,hehe!
Sikittt je ye?
Baru aku tau mesin yang berlumba dalam MotoGP pakai bahanapi RON100.Sebelum ni pernah juga aku terfikir,lepas RON97 ada lagi tak RON yang lagi tinggi dari tu.Of coz ada,tapi bukanlah untuk kegunaan awam.
Benda ni banyak kali diperdebatkan tapi orang still tak faham-faham juga.Orang menilai keberkesanan atau bahasa pasarnya ke'power'an sesejenis bahanapi tu melalui nombor oktana.RON92 paling cap ayam sekali dan RON97 kira paling best lah.
Teori tu boleh pakai juga tapi tak tepat.Kena sipi-sipi je.Kalau rasa kereta power sikit pun tu bukan sebab petrolnya,tu adalah efek psikologi.Bezanya tak signifikan sangat pun.Pokok pangkalnya adalah menggunakan bahanapi yang sesuai dengan spesifikasi enjin.
Sebagai contoh EX5 Dream 110 dibina dengan spesifikasi nisbah mampatan 9.0:1,cukup sesuai pakai RON95.Setakat nisbah lemau macam tu tak ada guna pakai RON97.Kalau nak merasa juga petrol mahal,skim la head blok motor tu barang 1.5mm.Baru la ada benefit.
Sebab tulah aku sebutkan pasal MotoGP tadi.Dia pakai RON100 sebab nisbah mampatannya lebih 14.0:1.Jangan cuba-cuba bikin motor stok kilang dengan pressure macam tu.
So,ada pekdah ke tidak tuang petrol mahal walhal pakai enjin stok kilang?Rentikan le.
Aku pernah berdebat dengan kawan baik aku pasal petrol ni.Masa tu dia pakai Saga LMST.Dia kata sejak pakai RON95 enjin dia banyak karbon.Aku jawab puncanya tuning air/fuel ratio tak betul.Kereta hang pakai karburetor kan.Bila kali terakhir hang tuning?Macam tak pernah.......Haaa!Tu la pasalnyaaa!
Karbon banyak sebab combustion tak perfect,almaklumlah karburetor.Bukan salah petrol.Lainlah enjin yang pakai injector.Berapa banyak sensor yang feed data ke computer box untuk mendapatkan talaan paling optimum.Computer box tu cukup bijak dah untuk tentukan talaan yang terbaik samada pakai petrol RON95 atau 97.
Mujur RON197 tak ada.Kalau tak,petrol tulah yang orang anggap terbaik sekali di planet bumi.
Hah!Panjang juga aku meracau malam ni.Cukup la dulu ye.Besok nak raya Haji.Selamat Hari Raya dan selamat memandu sampai cramp petang besok,hehehehe!