Isnin, 19 Ogos 2013

Khabar Terbaru dan Isu Semasa

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog5zal.Maaf sebab kesibukan kerja dan ketiadaan komputer personal menyebabkan blog ini terabai agak lama tanpa sebarang entri terbaru.
Untuk pengetahuan semua,aku bertukar tempat kerja untuk meningkatkan nilai tambah diri sendiri dan juga dah tentu kerana tangga gaji yang jauh lebih baik.Maksud aku,kat tempat baru ni gaji aku taklah naik melambung.Beza tiga,empat puluh ringgit je pun.Cuma aku dah tak mampu untuk meneruskan kehidupan sebagai buruh kasar sampai pencen.
Walaupun fikiran tak semak dengan kertas kerja,keadaan fizikal aku yang terlalu banyak ditimpa kecederaan di tempat kerja amat-amat menyusahkan aku.Ditambah lagi dengan karenah pihak pengurusan yang paling weirdo,meletak jawatan adalah jawapan yang paling jitu tanpa was-was.Kalau nak diceritakan keburukan orang lain,mau haus skrin Gorilla Glass ni aku tenyeh,tapi apa gunanya.Lagi dapat dosa ada la.
Oklah,dipendekkan cerita kerjaya baru aku berbeza 360 darjah dari pekerjaan lama yang bergelumang dengan suasana panas dan aroma ketiak umpama kerbau.Pekerjaan baru aku lebih kepada permainan minda,training,laporan,mesyuarat dan juga temponya amat pantas.Setiap hari ada tugasan baru sedangkan tugasan pertama masih belum siap.
Boleh dikatakan aku agak 'tertinggal' rentak pekerjaan baru ni.Macamanapun aku sukakan cabaran.Tak ada lagi rutin kerja yang sama setiap hari dan diburukkan lagi dengan gaji siling pada aras pekerja asing.Perancangan kerja aku bebas,bukan lagi diaturkan peringkat atasan.Tak mudah juga sebenarnya,yang penting bagi aku adalah kerjaya yang baik untuk menyara keluarga untuk tahun-tahun mendatang.
Apa lagi nak cerita ya?
Mesir?
Kes tembak-tembak?
Malas juga nak komen.Teramat ramai keyboard warrior yang menaip,lepas tu tekan ENTER tapi tak guna akal fikiran.Main hembusss je.Kebanyakannya cenderung menyatakan pendirian sendiri tanpa mengambilkira faktor sekeliling.
Contohnya berkenaan isu Mesir.Presidennya dipilih secara demokrasi,menteri-menterinya juga dipilih oleh rakyat Mesir,tapi malang sekali presidennya sahaja yang berusaha membawa perubahan dalam pentadbiran Mesir kearah Islam yang sebenar.Apa yang aku nampak dalam isu Mesir ni ialah hasil kerja rakyat mereka sendiri+'kuasa ghaib' yang pastinya menyebabkan Mesir akan tumbang dan rosak teruk untuk tempoh yang lama.
Di mana-mana negara pun,akan ada dua pihak yang berbeza pendapat.Calon A ada pengikut sendiri,Calon B ada peminat sendiri.Katakan Calon A menang,peminat B merusuh sampai darurat.Bila diadakan pilihanraya semula,B pulak menang,pengikut A merusuh pulak.Bila nak habis???Tak paham betul aku...
Doakan untuk keamanan Mesir dan juga negara kita sendiri.Dalam kita dok bising-bising kenapa kerajaan tak bantu Mesir,fikirkan juga yang ini.Kebelakangan ni statement "syukur Malaysia masih aman" menjadi bahan jenaka macai-macai politik.Ambil sedikit masa dan renungkan bagaimana ribuan saudara seagama kita di Mesir terkorban nyawa dalam mencari sesuatu yang bernama "keamanan"....Renung-renungkan...