Rabu, 22 Mei 2013

Bacalah Kalau Sudi Nak Faham…

*Andainya penulisan aku ni dibaca golongan profesional dan berpendidikan tinggi,harap maaf sebab penulisan ini hanya berdasarkan dari pandangan peribadi aku,niat aku cuma untuk kita sama-sama mencari jawapan yang terbaik.Pendidikan percuma,adakah ianya akan berhasil seperti yang kita harapkan?

images

Ini isu lama,tapi aku terasa nak ulas pulak.

Hari ni aku terbaca satu artikel bertajuk 'mengapa kerajaan wajar biayai pendidikan tinggi',hasil penulisan Anas Alam Faizli dalam laman web freemalaysiatoday.Latar belakang beliau hebat juga,tapi yang paling penting artikel beliau sangat menarik dan tidak sedikit pun mengaitkannya dengan sebarang isu-isu politik.Rumusan dari apa yang disampaikan beliau aku boleh katakan begini;pendidikan tinggi percuma akan memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia ke aras yang jauh lebih baik.
Aku bersetuju dengan apa yang diperkatakan beliau,cuma ada beberapa isu yang perlu diambilkira.Apa yang bakal aku perkatakan bukanlah untuk memperdebatkan isu pendidikan percuma ni.Aku cuma nak memberi sedikit ruang untuk kita semua terokai perspektif ekonomi dari sudut pekerjaan bukan profesional.Maksud aku,sumbangan kepada sektor perindustrian oleh golongan pendidikan pertengahan dan rendah macam aku ni.
Mula-mula kita fahami dulu apa matlamat pendididikan tinggi percuma ni,tak lain tak bukan ialah untuk memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk mendapat pendidikan yang bukan sahaja baik,tetapi memenuhi keperluan pasaran pekerjaan.Tetapi adakah ruang yang diberikan itu(jika dilaksanakan),mampu menghasilkan lebih ramai graduan berkualiti?
Pendidikan di Malaysia secara umumnya bermula dari sekolah rendah dan seterusnya ke peringkat menengah.

Zaman aku bersekolah dulu,setiap tahun pelajar mesti membayar yuran sekolah dan yuran peperiksaan.Sekarang ni rasanya dah tak ada yuran sekolah,yuran peperiksaan aku tak pasti.Boleh dikatakan hampir semua rakyat Malaysia mampu menghantar anak ke sekolah,dan menamatkan persekolahan sehingga ke peringkat SPM.Mungkin ada yang keciciran ke sekolah,tapi peratusannya tidaklah begitu besar.

Sebagai contoh,statistik SPM 2012 menunjukkan 15,793 daripada 472,541 calon mendapat semua 'A'.Maksudnya hanya 3.342% termasuk dalam golongan cemerlang akademik,hasil dari pendidikan yang tak mahal langsung itu.
Bermakna bakinya 96.658% akan menyambung pengajian di bidang kemahiran,atau lebih malang lagi ada yang terhenti setakat itu sahaja.Persoalan aku satu saja,kenapa pendidikan sekolah rendah dan menengah yang tak mahal itu masih belum mampu menghasilkan pelajar cemerlang akademik sekurang-kurangnya 50%?Dimana silapnya ya?
Ianya bukan soal percuma,ia lebih kepada soal mampu/layak.Mampukah semua pelajar-pelajar kita menerima cabaran pendidikan peringkat tinggi?Aku nak cerita subjek pengajian level ijazah ni aku tak tahu,so aku bagi contoh tahap diploma sahaja.Masa aku mengaji part time dulu,semuanya sudah bekerjaya dan mampu membayar yuran pengajian.Tapi segelintir saja yang mampu menghadam subjek Termodinamik dan Kajidaya Bahan.Pasal apa?
Sebab sudah lumrah manusia,ada yang bijak dan ada yang tak berapa pandai.Bukan di Malaysia saja macam itu,orang putih pun ramai juga yang bodoh.Disebabkan mereka speaking Inggeris itu saja yang membuatkan mereka nampak educated walaupun sebenarnya sekolah pun tak habis.
Berbalik kepada topik pelaburan kerajaan dalam pendidikan tinggi percuma untuk menjanakan ekonomi Malaysia.

Negara manakah yang mempunyai kekuatan ekonomi buat masa ini?Amerika?China?Jepun?Kebelakangan ini ekonomi China semakin kuat,tapi kita sedar tak apa yang berlaku disebalik pertumbuhan rancak ekonomi China?Jawapannya adalah kos buruh yang sangat rendah.Menurut adik aku yang pernah bekerja di China,operator disana berpendapatan RM400(800 yuan) gaji asas sebulan.Disebabkan kos buruh yang murah dan ramai inilah mereka dapat membuat produk dengan murah dan berskala besar.Bukan itu saja,kos buruh rendah juga menarik minat pelabur untuk melabur di negara berkenaan.Adakah buruh-buruh disana berpendidikan tinggi percuma?Jurang pendidikan antara lapisan bawahan dan profesional tetap akan wujud sebab ianya sebahagian dari keperluan industri.
Asas industri iaitu tunjang ekonomi ni senang saja.Ada pekerja profesional peringkat pengurusan dan ada pekerja bawahan.Dari mana datang sumber pekerja bawahan?Sudah tentu dari golongan berpendidikan rendah dan sederhana.Mahukah graduan Ijazah Kejuruteraan Kimia bekerja melipat kotak,memasang komponen enjin kereta ataupun bermandi peluh menurap jalanraya?Mungkin mereka mahu,tapi berapa gaji nak dibayar agaknya.6k?8k?
Itulah yang aku tak berapa nak faham matlamat sebenar pendidikan tinggi percuma.Samada untuk membolehkan lebih ramai pelajar mendapat pendidikan tinggi atau meramaikan lagi jumlah graduan.Atau hanya benar-benar mahu membantu golongan 3.342% tadi menamatkan pengajian tanpa dibelenggu hutang?Sekiranya peratusan kecil itu saja yang dibantu dengan pendidikan tinggi percuma,ianya patut dinamakan skim pendidikan percuma untuk pelajar layak ke universiti sahaja.Baki selebihnya dibiarkan terkontang-kanting mencari bekal untuk menempuh alam realiti kehidupan yang tiada belas kasihan ini..
Matlamat perlu jelas,golongan mana yang menjadi sasaran untuk pelaburan pendidikan jangkamasa panjang.Aku cuma faham macam ni sebab aku sekolah tak tinggi.Pendidikan tinggi percuma barangkali untuk meramaikan lagi graduan atau lebih tepat lagi masyarakat masa hadapan yang lebih bijak.Kuantiti graduan atau kualiti graduan.Aku rasa pendidikan tinggi percuma tak akan dapat dinikmati golongan majoriti,itu saja.Pendidikan tinggi percuma tak melayakkan semua orang menamatkan pengajian dengan cemerlang.Kita kena terima realiti ni.Sekalipun pendidikan itu percuma,kos kehidupan tidak percuma.
Aku bagi contoh masa aku belajar di politeknik dulu.Yuran tak mahal,lebih kurang RM350 satu semester kalau tak salah.Tapi kos hidup macamana?Rumah sewa,minyak motor,makan,dsb.Yuran je free tapi kos lain tu yang penting juga.Dulu aku belajar dalam keadaan serba-serbi tak cukup.Walaupun yuran berbayar,bila putus duit belanja je moral dah drop.Nak buat assignment pun susah.Kesudahannya result exam final aku sekadar bolehlah nak hidup.Aku tak rasa yuran free akan membantu moral nak mengaji tu akan meningkat.Orang risau hutang belajar berpuluh-puluh ribu ya?Then belajarlah rajin-rajin,loan akan diconvert menjadi biasiswa.Betul,tak ramai langsung yang boleh sampai tahap macam tu.Tapi dari sudut positifnya,ia merangsang kita untuk belajar dan tamat pengajian dengan cemerlang.Bukan setakat cukup-cukup makan dan tiada hutang saja.

Mungkin pendidikan percuma yang dicadangkan dapat membantu dari segi yuran pengajian.Tapi kena ingat,living cost tanggung sendiri,okeh?Keluarga miskin macamana?
Selepas aku tulis panjang lebar ni,agak-agak dapat tak dikaitkan hubungan antara pendidikan tinggi percuma dan pertumbuhan ekonomi negara?Jom fikir….