Aku baru je habis baca majalah Perajurit keluaran Januari 2013.Semalam tengok-tengok juga kot-kot ada majalah Tempur,tapi nampaknya tak ada.Tempur memang selalu terganggu keluarannya,aku rasa sebab proses penerbitan majalah tu diusahakan dalam keadaan kekurangan penulis.Menulis artikel militari memang tak banyak isu terutamanya isu ketenteraan tempatan.
Dalam Perajurit isu Januari 2013,dua topik menarik pertamanya tentang ketibaan dua unit pertama helikopter SAR(Search And Rescue) Eurocopter EC725 Cougar TUDM dan juga ekspo Indo Defence 2012.Sebenarnya helikopter(penulis artikel militari suka menulis helikopter sebagai pesawat sayap putar) EC725 ni mencecah bumi Malaysia pada 28 November 2012 di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,Subang iaitu diangkut menggunakan pesawat kargo Antonov AN124.
Pembelian yang dimuktamadkan oleh Kerajaan Malaysia pada DSA 2010 dengan nilai RM1.6 bilion ialah untuk perolehan sebanyak 12 unit EC725 lengkap dengan keupayaan SAR,khidmat latihan,alat ganti dan beberapa lagi hal yang berkaitan dengan pengoperasian EC725.Info lebih lanjut,puas baca dan tengok gambar,sila dapatkan majalah Perajurit yang terbaru.Aku tak boleh tulis banyak-banyak,sebab artikel orang.Kena hormat karya dia.
Kedua,khabar-khabar angin tentang penambahan aset baru TNI terjawab dalam liputan ekspo Indo Defence 2012.Sebelum ni mat-mat Indon memang jaki dengan Malaysia bila kita ada membeli aset ketenteraan baru.Kali ni mereka lebih lantang di medan forum internet kerana Indonesia berbelanja agak besar untuk menggantikan aset-aset yang usang.
Antara yang paling menarik perhatian ialah Kerajaan Indonesia membuat keputusan untuk membeli sejumlah MBT(sebelum ni Indonesia tidak memiliki Main Battle Tank) baru dan terpakai iaitu Leopard Revolution,Leopard 2A4(terpakai Jerman),kenderaan sokongan MBT dan Marder IFV(terpakai Jerman).Jumlah kos pembeliannya agak menarik,hanya US$280 juta.Lebih kurang RM840 juta.Nilaian itu adalah untuk pembelian sebanyak 63 unit Revolution,40 2A4,10 MBT support vehicle,dan 50 Marder IFV.IFV adalah bermaksud Infantry Fighting Vehicle.
Di Indonesia pun sama macam di Malaysia,tetap ada pihak pembangkang yang mempersoalkan kesesuaian Leopard untuk beroperasi di mukabumi Indonesia.Walaubagaimanapun pembelian tetap diteruskan,cuma tak tahulah samada unit ujian sudahpun diuji secara ekstensif dengan mukabumi negara seberang.Leopard Revolution seberat 60 tan,berbanding MBT Malaysia PT91-M yang hanya seberat 46.5 tan.Itu baru MBT,khabar tentang TNI-AU bakal dapat helikopter tempur Apache?Sakan Indonesia shopping ya,heeee!
Dari sudut doktrin peperangan TNI,aku tak tahu nak ulas.Maaf,sebab aku bukan pemikir militer apatah lagi ada kawan-kawan dalam bidang tu.Jadi apa yang aku tuliskan lebih sesuai untuk dibaca orang biasa yang berminat dengan dunia ketenteraan terutamanya aspek teknikal.Tidak ada istilah-istilah berat,maklumlah pembaca blog aku mungkin terdiri dari wanita yang secara asasnya kurang tahu tentang dunia militari.
Apa bezanya antara Leopard dan Leopard Revolution?Dari segi nama kita boleh tahu Leopard Revolution adalah versi naiktaraf modular Leopard 2A4.Antara perbezaannya ialah:
-pakej armor komposit AMAP(Advanced Modular Armor Protection) menggunakan teknologi nano seramik,aloi titanium dan steel yang lebih moden.
-bersifat modular,boleh disesuaikan untuk keperluan samada hentaman RPG atau IED.Kelebihan modular adalah kebolehan untuk ditukar-ganti jika rosak.
-Dilengkapi smoke grenade launcher baru iaitu Rheinmetall ROSY
-remote controlled 12.7mm machine gun
-Revolution mendapat sistem kawalan tembakan terbaru,periskop 360 darjah dan sistem pengurusan medan tempur
-dibekalkan auxiliary power unit untuk menjalankan operasi MBT ketika enjin dimatikan.
Agak cemburu juga Indonesia dapat MBT canggih,tapi tak apa.Malaysia tak suka mewujudkan suasana perlumbaan senjata di Asia Tenggara.Kita pakai apa yang sesuai dengan negara kita.Baru-baru ni aku terbaca dalam buku,lupa tajuknya,kos melatih seorang pilot Apache adalah sebanyak 4 juta pound.Hanya 2-3% layak menerbangkan Apache,contohnya pilot perlu menghafal fungsi 227 butang pada kokpit yang menghasilkan ribuan kombinasi.Malaysia takkan bazir duit beli Apache punya…
Info & gambar:majalah Tempur,military-today.com