Disebabkan hari ni kebosanan yang amat sangat,tiba-tiba nafsu nak meng’rooting’ smartphone muncul semula.Serius walaupun proses rooting berjalan lancar,tangan gua still gigil lagi ni.Korang semua sedia maklum yang proses rooting agak berisiko mengkondemkan phone korang,tapi tak taulah jiwa gua ni tak boleh tahan nak rooting jugak.
Sebenarnya sepanjang hidup aku belum pernah ada device yang virgin sampai betul-betul rosak.Semuanya pernah aku bega-bega/dismantle/tweak dan macam-macam istilah yang sewaktu dengannya.
Selepas melakukan kajian selama beberapa minggu dan membaca tutorial Unlock Bootloader dan Rooting One X di omghackers.com,maka bermulalah proses rooting.Oh ya,membaca tutorial sahaja tidak memadai,aku jugak menelaah video tutorial berkaitan rooting One X yang dihasilkan oleh cursed4eva.Carilah kat YouTube ya?
Pasaipa tangan aku gigil lagi nih?
Ok,sementara data-data dalam phone aku dibackup menggunakan Titanium Backup,aku merepek sekejap kat sini.Sebenarnya tak banyak tutorial berbahasa Melayu yang mudah diikuti untuk menjalankan kerja berisiko tinggi ni.Memang ramai mereka-mereka yang pro dalam kerja-kerja rooting,tapi tak ramai yang ada blog dan menulis tutorial.
Sebabnya kalau tersalah langkah,phone korang akan menjadi batu-bata mahal yang tidak berguna.Istilah sains perkomputerannya adalah bricking.Tak faham?Senang cakap phone korang jahanam.Proses ni memerlukan seseorang yang cukup ballsy untuk memperjudikan nasib smartphone yang berharga ribuan ringgit.Segala risiko tanggung sendiri okeh.
Kaedah rooting One X ni aku tak beranilah nak tulis takut salah guide,cuma apa yang aku boleh cakap ialah follow baik-baik tutorial dalam omghacker.com dan video rooting cursed4eva.InsyaAllah selamat.Sebaiknya smartphone korang tak ada apps yang berbayar sebelum Unlock Bootloader sebab semuanya akan hilang.Ingat tu.
Satu perkara lagi,tutorial tu untuk One X Ice Cream Sandwich,maka ada beberapa step yang kena switching antara Charge Only dan Disk Drive.Dalam JellyBean tak ada,maka cukup dengan enable usb debugging.
1.Unlocking Bootloader
Secara asasnya daftar di HTCDev,lepas tu pastikan dah download dan install ADT Google SDK dan seterusnya ikut langkah yang diberikan.Dalam tutorial cursed4eva,diorang terus skip ke Step 8 untuk melengkapkan proses Unlock Bootloader.
2.Rooting
Tonton video YouTube dan fahami langkahnya betul-betul.Kalau boleh salin stepnya atas kertas.Sebelum tu sediakan keperluan yang diminta seperti fail zip fastboot.rar yang siap sedia diunzip dalam Local Disc C:.
Jangan tertinggal command tambahan fastboot erase cache tu ya?
Ini ajelah screenshot yang aku dapat ambik selepas buat validation guna Root Validator
Oklah,walaupun proses rooting dah selesai,sebenarnya aku masih blur nak buat apa sebenarnya kat phone aku ni.Orang cakap boleh bagi power la,save bateri la,internet laju la,memacam lagi ayat manis,hahah!Maybe selepas install custom ROM kot?Bagi aku masa untuk explore kelebihan rooting ni dulu,then kita cerita-cerita lagi kat sini.