Isnin, 24 Disember 2012

Bebelan Akhir Tahun

Salam…

Sekejap je kita dah menghampiri penghujung 2012.Macam-macam peristiwa berlaku sekeliling kita dan juga pelbagai cabaran dah kita lalui sepanjang tahun.Perkara yang paling ketara sekali dalam tahun 2012 ni adalah berkenaan ramalan puak Mayan tentang Doomsday yang berlaku pada 21 Disember 2012(damn,tu hari jadi aku).

Well,hari tu dah pun berlalu seperti hari-hari lain,dan masyarakat Islam terutamanya tak ambil kisah pun sebab kenapa doomsday nak berlaku pada hari tersebut.Sebab nombornya 21122012?Kenapa tak 20122012?Sebab angkanya cantik?Tiap tahun kita akan jumpa nombor cantik,contohnya 11/11/2011,atau 10/10/2010.Angka tetap angka,seperti odometer.Bila dah reach angka 9999999,ianya kembali kepada 0000000 dan segalanya bermula semula.Ok,biarkan soal tu,segalanya kerja Allah S.W.T.

Apa update yang aku nak tulis hari ni pun aku tak tau.Rasa agak malas nak mencari berita-berita semasa sebab benda-benda macam tu berlambak orang tulis kat luar sana,copy paste je.So,apa yang bakal aku tuliskan ni adalah mengikut apa yang terlintas di fikiran aku buat masa ni.

Sebenarnya aku teringat satu kejadian di stesen minyak beberapa bulan lepas.Kita semua sedia maklum kat stesen minyak kita sewajarnya tahu untuk mematikan enjin semasa mengisi minyak.Satu hari aku ternampak sorang akak(rasanya tua dua-tiga tahun dari aku) kat pam minyak Shell dengan Alza putihnya.Lepas buat bayaran di kaunter,dia berjalan ke kereta,buka pintu sebelah pemandu dan start enjin.Aku ingat dia nak blah,rupanya tak.Dia pergi angkat nozzle pam dan mengisi bahanapi macam takde apa-apa yang tak betul.

 

kemalangan-di-pam-minyak

Aku dah pelik semacam,kaedah isi minyak apa yang akak tu praktikkan?Husband dia ajar macam tu ke?Padahal kemain besar tulisan amaran matikan enjin,jangan merokok,dan juga matikan telefon.Matikan telefon tu memang tak ade orang praktik la,sekurang-kurangnya tak bergayut sambil isi minyak.

Kalau nak difikirkan lojik,memang agak susah api nak menyambar walaupun enjin running,cuma apa salahnya amalkan kaedah yang betul.Sekurang-kurangnya kita  dah berusaha untuk elakkan bencana.Kalau terbakorrrr kat situ bukan diri sendiri je susah,orang lain pun terlibat sama.Kisah akak yang isi minyak tu pernah aku ceritakan kat wife aku,then dia jawab bos dia tak pernah matikan enjin bila isi minyak…Owh…macam tu ke?

Tak ramai yang ambil serius rupanya.Malu kot nak praktik,macam skema pulak rasanya ye tak?Oklah,harapnya takde yang terbakar walaupun tidak skema di pam minyak.

Masa zaman aku berkelana cari kerja dulu,biasalah konvoi ramai-ramai naik motor.Apa yang bagusnya bila konvoi ni kita boleh tolong kengkawan kalau motor ada problem bila jalan jauh.Tapi yang aku herannya,pantang jumpa pam minyak mesti nak singgah pam rokok.Takde tempat lain ke nak pam rokok?Aku pun smoker jugak,tapi takkan la sejam tak dapat rokok boleh pitam kot.

Lepas pada tu aku memang tak berminat nak berkonvoi ni.Balik kampung memang aku lebih suka layan solo dengan Yamaha SS110 buruk aku.Kalau dari Puchong isi penuh,sampai Shell sebelum Lebuhraya Karak refill balik bagi penuh walaupun minyak banyak lagi.Hentian berikutnya Petronas Pekan Karak.Kat situ pun kadang-kadang aku berhenti minum/breakfast kalau awal lagi.Refill semula then non stop sampai Bandar Jengka.Sepanjang Lebuhraya Pantai Timur ada dua hentian,R&R Lanchang dan R&R Temerloh,tak payah berhenti pun tak apa.Semua R&R nak berenti bila nak sampai rumah?Kalau berkonvoi dah tentu ada yang gatai nak mengepam rokok,padahal baru setengah jam menunggang.

Dari Bandar Jengka,ada lebih kurang 40 minit lagi perjalanan sebelum sampai kampung aku.Kekadang geng-geng konvoi ni nak masuk bandar ronda-ronda dulu.Memang aku tak faham betul.Dari sudut pemikiran diorang mungkin aku ni tak fun,lurus,dan tak berjiwa remaja.Haha!Sebenarnya aku dah puas dengan zaman permotoran sejak aku belajar kat Politeknik dulu.

Perjalanan dua jam setengah dari KL ke kampung aku kekadang boleh jadi empat jam,konvoi punya pasal.Baru dua jam setengah beb.Masa aku ulang alik zaman belajar kat Poli Kuantan dulu,LPT tak siap lagi.Empat jam naik motor ikut jalan lama,masuk kampung,kebun getah bagai.Solo je.Alhamdulillah tak pernah motor buat perangai ataupun tayar pancit.

Konvoi tak salah,tapi rancang perjalanan.Bila singgah isi minyak,semua isi.Bawak motor bebaik,maintain halaju.Konvoi dua tiga motor cukup,tak payah banyak.Lebih dari tu memang merapu je lebih.Maksud aku kat sini motor kapcai,konvoi motor besar ni biasanya dirancang dengan baik.

Oh ya,persepsi masyarakat tentang rider motor besar agak terjejas.Bebaru ni kan agak panas dengan istilah pelesit lebuhraya.Wartawan pun sengal,tak mention lakonan semula.Ada baiknya diorang beli superbike,dapat 600cc punya pun jadi la.Pastu tunggang kat lorong motor sesama dengan geng kapcai,amacam?Aku tak kisah langsung pun gomen nak pasang AES ke,dari sudut positifnya dapat juga kurangkan kemalangan,tapi janganlah sampai keluar idea bangang dok tayang rider pelesit lakonan semula.

Aku teringat pasal kemalangan konvoi motor besar kat NKVE bebaru ni.Ada yang komen,kenapa tak tunggang kat lorong motorsikal ?Watdehek,celah mana NKVE tu ada lorong motorsikal?Padahal punca kemalangan sebab ada kereta yang tukar lorong secara tiba-tiba.Masing-masing ada tanggungjawab bila di jalanraya.Kesiapsiagaan paling penting,deria kena peka dengan apa yang ada di sekeliling.Aku ni Isnin-Jumaat rider kapcai,hujung minggu jadi driver.Dua-dua aku rasa…

In b4,maaf kalau entri ni agak memeningkan kepala korang,heee!