Khamis, 29 November 2012

HTC One X JellyBean;Ujian Ulangan

Semalam aku ada menulis tentang ‘kekurangan’ HTC One X selepas menjalani penaiktarafan dari sistem operasi Android Ice Cream Sandwich(ICS) kepada Android JellyBean.Tetapi sebenarnya ada beberapa kondisi yang menyebabkan prestasinya menurun sedikit berbanding sistem operasi ICS.

Penyebab utamanya adalah kerana semua ujian benchmarking dijalankan semasa fungsi Power Saver berada dalam keadaan ‘ON’.Pagi ni aku cuba jalankan sekali lagi ujian-ujian benchmarking dengan menutup fungsi Power Saver sebab aku berpendapat fungsi tu mungkin ada mengehadkan sedikit prestasi untuk penjimatan bateri.

Selepas ujian dijalankan ternyata keputusannya amat berbeza berbanding semalam selepas disable fungsi Power Saver.

1.Quadrant Standard

Screenshot_2012-11-29-09-49-30

2.AnTuTu Benchmark

Hasil ujian AnTuTu Benchmark v2.9.4 mendapati score yang dicapai berjaya mengatasi Samsung Galaxy SIII walaupun perbezaannya tidak begitu ketara.

Screenshot_2012-11-29-09-47-05

 

3.Vellamo

Berlaku peningkatan yang ketara dengan score lebih kurang 2200.

Screenshot_2012-11-29-09-54-44

 

Semalam aku juga ada menyatakan tentang masalah semasa menghubungkan phone ke PC menggunakan kabel USB.Perkara ini juga ada kaitannya dengan masalah bateri aku lambat sangat penuh walaupun dicas menggunakan soket kuasa kediaman.Selepas menguji cuba kabel USB member aku,ternyata semuanya ok.

Antara penemuan selepas sehari menaiktaraf kepada Android JellyBean:

 

1.Fungsi Power Saver lebih baik dari aplikasi Juice Defender yang disetkan pada tetapan default.Setting default Juice Defender mengawal penggunaan bateri semasa phone dalam keadaan idle sahaja.Manakala Power Saver menjimatkan penggunaan kuasa sepanjang masa.Bermakna bateri dapat bertahan lama lebih sedikit.

2.Susunan keyboard QWERTY berlainan sedikit.Butang untuk nombor dialihkan ke sebelah kiri.

3.Melayari internet dengan aplikasi Chrome sangat lancar dan pantas,agak terasa perbezaanya berbanding aplikasi Internet.Tab maksimum tiada had,berbanding Internet hanya enam.

4.Aplikasi Voice Search berfungsi dengan baik dan pantas.

5.Dalam menu Settings>Security,tiada lagi fungsi Face Unlock.

6.Jika di ICS,screenshot diambil dengan menekan butang Power+Volume Down,sekarang menggunakan butang Power diikuti butang Home.

7.Memainkan muzik menggunakan aplikasi Play Music menghasilkan bunyi yang lebih kuat.Format AAC boleh dimainkan tanpa gangguan berbanding aplikasi Music pada ICS.

Setakat ini sajalah dapat aku ulaskan buat masa ni.Dari sudut prestasi memang berbaloi update kepada JellyBean.Tapi kalau rasa ICS masih relevan,tak jadi masalah.Oh ya,tulisan hari ni menepati piawaian SPM.Bercerita tentang teknologi seharusnya serius!