Industri permotoran dunia semakin menumpukan pada pembangunan kenderaan hibrid dan akan datang pasti kenderaan elektrik yang praktikal akan terhasil.Ini termasuklah kenderaan berkelas sport yang juga tidak ketinggalan untuk menerima perubahan demi menjaga alam sekitar.
Tidak ada lagi kereta sport yang berbunyi bising dan sentasa dahagakan petrol mahal.Siri lagenda Mitsubishi Lancer juga bakal menerima transformasi drastik pada model akan datang iaitu Lancer Evolution XI.
Khabar angin yang tersebar adalah,model Lancer terbaru akan dikuasakan hibrid turbodiesel yang mampu memecutkan Evo XI pada kelajuan 100kmj dibawah 5 saat.Motor elektrik 81hp akan menggerakkan kereta pada rpm rendah dan disambung oleh enjin diesel 1.6 liter pada kelajuan tinggi.Teknologi S-AWC pada EVO X akan turut digunakan pada model baru nanti.
Apapun ia masih lagi khabar angin.