Published with Blogger-droid v2.0.6
Ahad, 8 Julai 2012
Kebenaran Disebalik Menjadi Usahawan MLM
Semalam aku dapat emel dari seseorang yang bertanyakan tentang produk pembelajaran online yang aku jual.Barang tu dah lama dalam simpanan aku,sejak sebelum aku bertunang lagi.Konon-kononnya nak buat duit dulu then baru kawin.Malangnya sekeping pun tak terjual.
Macam tulah bisnes multi level ni.Modus operandinya senang,cari partner/downline untuk mengembangkan bisnes.Bisnes apapun semuanya berasaskan beberapa perkara yang sama.Ada produk,dan ada permintaan.Maka terjadilah urusniaga.Contohnya orang jual pisang goreng,produknya pisang goreng dan ada penggemar pisang goreng.Masalah dengan berniaga pisang goreng ni pulak lambat benor nak kaya.Sampai mati berniaga pun jangan harap dapat beli Ferrari.Tapi wujud segelintir manusia yang genius(kaki pembelit?),yang mencipta kaedah perniagaan canggih dan cepat buat duit.Cukup dengan satu produk,orang paling atas akan jadi jutawan sekelip mata.
Katakan produk yang macam aku jual tu dijual terus kepada pengguna dengan kaedah perniagaan konvensional,hasilnya tetap sama macam goreng pisang tadilah.Lambat kaya beb!So,macamana nak cepat kaya?Jual secara pukal.Daripada orang beli sekeping,baik cipta kaedah untuk orang beli 10 keping sekaligus.
Caranya mudah,cipta satu pakej yang membuatkan orang membeli secara pukal dengan menamakannya pakej usahawan.Orang macam aku ni yang bersemangat nak jadi usahawan pun terus beli dengan modal yang besar,(nama je usahawan,sebenarnya akulah pelanggan yang membeli secara pukal).Tanggungjawab aku pulak,jual barang aku kepada pelanggan,samada sekeping untuk satu pelanggan atau ulang semula MO yang sama dengan mengajak orang jadi usahawan macam aku.
Makin kebawah makin susah sebenarnya nak yakinkan orang.Sebab tu mana ada perniagaan multi level ni bertahan lama sebab orang hilang kepercayaan.Berlainan kalau berniaga kaedah konvensional,memang lambat kaya tapi kepercayaan yang diberi pelanggan tu menjamin kelangsungan perniagaan kita.Sampai sekarang pun macam-macam produk yang dijual dengan kaedah sebegitu rupa,filter air made in China dengan modal puluh-puluh ringgit seunit diorang tutuh harga sampai dua tiga ribu.
Memang le cepat kaya tapi ape konsep berniaga macam tu.Jadi usahawan konon,padahal kita la sebenarnya pelanggan yang membeli secara BORONG.Harap-harap ramai orang sedar tentang perkara ni sebelum terjebak.Duit yang kita usahakan kerja siang malam tu,belanjakanlah dengan bijak.Jangan tamak nak cepat kaya apatah lagi dengan kaedah menipu,urusniaga yang tidak jelas.
Setakat nak jadi pelanggan tak apa,tapi tak payahlah jadi usahawan.Kita hanya jadi tool untuk mempercepatkan orang diatas kumpul duit berkepuk-kepuk.Zaman sekarang ni ramai tak ambil berat dari mana punca rezeki,bagi anak bini makan.Ingat,seronok didunia ni sekejap je..